Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan is coming...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...wish u ols da best owez!!

Ini tahun kedua SUfi berpuasa bersama Mr.Faris. Berbeza dengan tahun sudah, tahun ini kami tak buat apa-apa persiapan pun untuk menyambut ramadhan,melainkan sempat jugalah SUfi memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban, demi melatih diri untuk bangun seawal jam 4.30 pagi untuk masak sahur..Berbeza dengan tahun lepas, macam-macam benda kami prepare. Dari hal di tikar sejadah hinggalah ke barang-barang dapur. Seminggu sebelum puasa kami dah sibuk mencari dan melengkapkan itu dan ini. Tapi tahun ini, ditengah keterujaan menyambut ramadhan karim ini, SUfi x berapa sihat sangat..SAKIT PERUT...bunyi macam biasa..tapi sakitnya kali ini lain macam.Allah sahaja yang tahu. Sampai terpaksa ponteng kelas. Ada ketikanya juga terpaksa membongkokkan badan. Perut rasa ditarik-tarik..Hari ini masuk hari keenam sakit perut SUfi ini berterusan.. uh..dunnow why..

Dan fokus untuk semua benda macam hilang...hilang macam tu je...ye, sekarang masanya ALLAH uji SUfi dengan ditariknya sedikit nikmat kesihatan. Mendoakan diri sendiri agar cepat sembuh..

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH semua, Sufi sangat sayangkan kalian semua, walau ada antara kita tak pernah bersua muka, tak mengapa...yang penting hati kita bersatu dalam rabitah yang utuh, dan dengan satu wehdah yang sama... SUfi doakan sahabat-sahabat semua dipermudahkan urusan, dipertingkatkan kesabaran..dan dirahmati Ramadhan kalian...

Tak boleh nak tulis panjang-panjang..sebab tak leh nak fokus, kena layan cik perut ni..takut nanti merapu-rapu pula..WIsh you a blessed ramadhan!

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini

Friday, August 6, 2010

Pergilah Duhai Aura Hitam...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Wish u ols the best owez..

Marah ni..marah..jantung rasa laju je..Huh..memang marah sungguh ni..
SUfi tak tipu..tak baik pun main tipu-tipu...
Tapi sakitnya hati Ya ALLAH...

Ya, itulah aura hitam yang SUfi maksudkan. Marah..bagi Sufi marah, benci, dengki, semua itu adalah aura hitam yang patut diusir pergi jauh-jauh dari menghiasi kerajaan hati kita.. Itu pun kalau kita tak mahu kerajaan hati kita ni musnah.

Hari ini, di penghulu segala hari, Sufi marah sungguh-sungguh... Puas Sufi cuba buang rasa marah ni. Setengah orang bila marah pecut kereta laju-laju, tapi tidak bagi Sufi. Sebab symptoms badan SUfi bila marah, tangan terketar-ketar, jantung berdegup laju,dan menangis!

Apa yang berlaku tu tak elok rasanya kalau Sufi kongsikan semuanya di sini. Sebab Sufi marahkan seseorang, jadi sebolehnya tak mahulah mengaibkan seseorang itu. Kisah seseorang yang meminta tolong dari Sufi dan Sufi teramat mahu menolongnya. Tapi apabila Sufi sedar yang dia sebenarnya sedang menganiaya Sufi dan sedang mementingkan diri sendiri, aura hitam itu cepat sahaja melingkari diri Sufi, lalu menerbitkan amarah..(amarah yang alhamdulillah masih terkawal kerana tak pula SUfi tengking atau marah dia..sekadar marah di hati).. Marah sungguh sampai satu apa pun tak jadi. Niat Sufi nak ulangkaji petang ni pun terbengkalai..

Ya..memang dia minta tolong dengan lemah lembut dan susun bahasa yang melunakkan telinga.. Tapi kadang-kadang, ada ketikanya ALLAH hadiahkan kita naluri yang menjentik rasa bahawa kita sedang diperalatkan.. Oh, kawan..(kawankah itu yang sanggup menganiaya kawannya demi kepentingan diri sendiri?)

Tak ada apa yang mampu menenangkan jiwa Sufi tadi, apatah lagi kekasih hati SUfi tak ada kat rumah, lagilah tak ada tempat nak mengadu..Sehinggalah azan asar, Sufi berwudhu' dan menghadap Yang Maha Berkuasa.
Usai salam, Sufi dapat panggilan dari Abang Hafiz (abang sulong Sufi), dia bagitau mintak Sufi dan Mr.Faris balik kampung 12/12/2010 nanti..wah, itu ulangtahun kahwin kami! Rupanya Abang Amin (abang keempat) SUfi nak kawin..dan mereka sengaja memilih hari ulangtahun perkahwinan SUfi semata-mata untuk meraikan kami..Alhamdulillah...

Sufi rasa sangat gembira..ya, di saat ada yang sedang menganiayai SUfi, masih ada yang menyayangi Sufi dan menghargai SUfi.. Terima kasih buat keluarga SUfi.. Love u ols!

Jadi, kesimpulannya di sini..aura hitam itu datang dengan izin ALLAH, juga pergi dengan izin dan bantuan ALLAH..Mungkin ia diutuskan ALLAH untuk menemani kita seketika untuk menguji setebal manakah lapisan iman yang membalut jiwa kita, dan setinggi manakah gunung kesabaran yang membentengi amarah kita..

Dan..Sufi rasa ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa amarah adalah memikirkan yang indah-indah dan yang membahagiakan..INSYA ALLAH.

Wish you all the best!

Wednesday, August 4, 2010

Ayat Pengasih...Perlukah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Wish u ols da best for today..

Sahabat-sahabat semua mesti dah baca title kat atas ni kan?

"Psstt..Su, nak ayat pengasih untuk suami tak...?Jgn risau, ni ayat Al-Quran.."
Soalan inilah yang buat SUfi terpanggil untuk menulis entry ini..Hihi...
Itulah yang terjadi kat kelas tadi..Seorang sahabat bisikkan soalan tu kat SUfi.. SUfi terkedu juga..
Tapi SUfi ketawa jer.. tak tau nak jawab apa sebab dah terkedu. Bukan terkedu kerana apa, tapi terkedu kerana sepanjang berkenalan dengan 'buah hati' SUfi sampai lah sekarang Mr.Faris dah jadi suami Sufi, dah hampir 2 tahun, Sufi tak pernah terlintas langsung di fikiran nak amalkan ayat-ayat pengasih.. Innocent sungguh rasanya..hehe..

Belum sempat Sufi bagi apa-apa respon kepada soalan tu, lecturer kami, Datuk Salleh dah masuk kelas..Dan sepanjang pembelajaran tadi SUfi rasa 50% saje yang masuk ke telinga SUfi, selebihnya Sufi fikirkan pasal 'ayat pengasih' tu..

SUfi fikirkan..Perlukah ayat pengasih tu SUfi amalkan? SUfi tahu tak salah kerana guna ayat-ayat Al-Quran. Tapi Sufi takut SUfi rasa bersalah pada Mr.Faris..terasa macam guna-gunakan Mr.Faris la pulak..

Alasan SUfi...apa tujuan ayat pengasih tu? Biasanya sebab tak mahu suami cari lain.. Ye..Sufi akui tak ada perempuan di dunia ni yang sudi berkongsi suami. Sebab kita sayang sangat pada suami kita tu kan.. Tapi bagi SUfi...

SAYANG BUKAN BERERTI MEMILIKI DIA, TAPI BERKORBAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN DIA

Kita selalu rasa bila kita sayang seseorang kita wajib memiliki dia.. Itu namanya sayang yang bertunjangkan nafsu.. Sedang sayang yang sebenar-benar sayang adalah apabila kita mahukan yang terbaik untuk dia, bukan yang terbaik untuk kita. Contohnya macamana seorang ibu dan ayah sayangkan anak..sayang yang tak mengharapkan apa-apa balasan, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknda tersayang.. Itu lah sayang sebenarnya.. lalu sebagai isteri, Sufi harapkan Sufi boleh sayang Mr.Faris seikhlas itu..

Jadi, andaikata satu hari nanti Allah buka pintu hati Mr. Faris kepada wanita lain, apalah daya SUfi untuk menentang hukum ALLAH yang telah termaktub halalnya itu kan..Cuma doa SUfi mudah-mudahan andai itu terjadi Allah hadiahkan SUfi dengan keimanan yang berganda-ganda dan kesabaran yang tak tertara.Kerana SUfi sangat sayangkan Mr.Faris..
Jadi,masih perlukah doa pengasih itu untuk SUfi amalkan? Ya, keinginan tu ada, tapi entahlah...lalu sebagaimana biasa SUfi bincangkan dengan Mr.Faris, Sufi tanya kepada Mr. Faris..SUfi rasa jalan terbaik ialah SUfi MINTA IZIN dari Mr.Faris..Kalau Mr Faris izinkan SUfi amalkan ayat pengasih ke atas dirinya, insyaALLAH SUfi akan amalkan...

Dan...jawapan Mr. Faris petang tadi adalah : "Amalkanlah sayang..apa salahnya..siapa tahu kalau doa yang sayang amalkan tu boleh melindungi abang dari guna-guna orang lain kan.." Ye..exactly itulah jawapan yang keluar sepontan dari mulut Mr.Faris.. Sangat comel jawapan itu.. Secara tak langsung SUfi dah dapat izin..Tapi rasanya tak secepat ini Sufi nak amalkan..Hihi..masih berkira-kira lagi..

Sufi google... jumpa doa in dari http://altf4numeric.blogspot.com
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"
Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.
Wallahu A'alam... :)

Tuesday, August 3, 2010

How to manage your PTPTN money?

Wah..bunyi mcm SUfi ni money management consultant pulak..No lah, I'm juz a wife of Mr Faris, and a student of AIKOL, at IIUM..
Hari ni kawan-kawan semua teruja bila duit PTPTN dah masuk..Yelah, dah sebulan semester bermula, baru nak kuar ye.. tapi apapun SUfi panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana memberikan nikmat selepas diuji dengan kesusahan dan kepayahan. SUfi tengok kawan-kawan semua happy - teruja - excited - macam2 riak muka pun ada. Sufi faham. Dulu pun SUfi lalui benda yang sama juga. Bila duit PTPTN lambat masuk, makan pun terpaksa dicatu. Nak beli barang keperluan pun terpaksa berkira-kira, apatah lagi buku. Kadang-kadang duit belanja yang ibu dan abang-abang bagi Sufi guna untuk beli buku je dulu. Sufi sanggup korbankan makan demi untuk beli buku original - tak mau yang fotostat.Hihi.. Tapi selalunya bila duit PTPTN dah masuk pun, hujung-hujung semester pun sama juga, terpaksa mencatu makan juga. Ye, sabab bila duit dah ada kat tangan borosnya lain macam.
Tapi dulu, sepanjang SUfi bergantung sepenuhnya pada PTPTN, alhamdulillah, hujung-hujung semester pun Sufi masih punya saki-bakinya berkat berjimat-cermat. Waktu itu bolehlah SUfi belikan buah tangan seadanya untuk anak-anak buah kesayangan SUfi. Setiap seorang akan dapat satu mainan dan buku. Sebab Sufi biasa hidup susah mungkin, maka dari kecil lagi Sufi sudah dilatih untuk menahan keinginan untuk memiliki apa-apa yang bukan berkepentingan..

Sekarang Sufi dah kahwin, dah ada orang tanggung, alhamdulillah...Ok kawan-kawan, mari kita sama-sama mengira.. Sufi sekadar ingin berkongsi cara Sufi buat pengagihan duit belanja dulu, time SUfi belum kahwin dan time Sufi masih bergantung penuh pada PTPTN..disamping membantu kawan-kawan supaya di akhir sem nanti ada baki yang boleh di guna untuk next semester..

Biasanya kita akan dapat PTPTN sebanyak RM2,500 lepas tolak yuran belajar.
RM420 untuk bayar kolej. Jadi tinggal lagi belen RM2000 lah senang cerita..
Katakan ada lagi 4bulan untuk tamat semester, bersamaan dengan 120 hari ..
Budget makan RM10 sehari x 120 hari = RM1,200.
Jadi ada lagi belen RM800. Banyakkan?

Selalunya Sufi asingkan RM1,200 ni dlm akaun bank bersaingan. Dan lagi RM800 tu SUfi akan keluarkan dan asing-asingkan dalam sampul surat:
RM300 - untuk buku dan kos fotostat..Selalunya ada lagi belen tu..
RM100 - untuk beli keperluan kat kolej - sabun basuh, sabun mandi, softner, etc.. (so, sufi akan mak sure time membeli belah tu tak kan lebih dari RM100. Tak jadi masalah pun sebab Sufi memang keluar shopping sekali je setiap sem..hehe)
RM400 - yang ni lah yang SUfi simpan..boleh beli baju raya sepasang untuk SUfi, sepasang untuk ibu Sufi, dan hadiah untuk anak-anak buah..pun masih ada belen lagi..kalau ada duit dlaam sampul-sampul lain yang habis bila akhir sem selalunya SUfi top-up guna sampul RM400 ni lah..

dan, paling SUFI bersyukur kerana semenjak dah dapat bantuan PTPTN tu, Sufi tak pernah ada hutang dengan kawan-kawan..bukan apa, Sufi kalau boleh tak mahu susahkan orang. Kalu orang nak pinjam dengan kita tak apa..kita tolonglah.. tapi kalau kita nak pinjam dengan orang..cubalah elakkan..
Teringat pesan ayah mertua SUfi ; dalam hidup ni kita kena banyak menyenangkan orang, dan sedikit menyusahkan orang..

Untuk kawan-kawan, cubalah amalkan cara ni.. Dengan syarat, kena jimat cermat.. kena hidup macam cara orang susah sikit lah..hehe..
(Kalau yang berkereta, atau tiap-tiap bulan mesti beli baju/magazine/novel/henset/perfume baru tu mungkin cara ini tak sesuai..hehe)

Sunday, August 1, 2010

Sufi Rasa Sufi Sayang Wak Juga.

Salam... Hari ni Sufi buka buku,study Ayat Al-Ahkam dan Usul Al-Fiqh.
Sufi tak boleh main-main dah, sebab Sufi dah besar, dah 25..Sufi kini sudah tahu menilai erti ilmu.

Sufi buka kitab Ayatul Ahkam karangan Syeikh Al-Sobuni, Jilid 2..bab pertama (berdasarkan muqarrar/syllabus LLB(s)) adalah mentaati ibu bapa. Sufi fahamkan satu-satu ayat yang terkandung dalam surah Luqman ayat 14 dan 15 tu..yang bermaksud;

"Dan kami perintahkan kepada semua manusia (supaya) berbuat baik kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dengan lemah dan bertambah lemah dan bertambah lemah dan (kemudian) menyusukannya dalam (tempoh) dua tahun; Oleh keranan itu hendaklah kamu bersyukur kepada-Ku (ALLAH) dan kepada kedua orang tuamu........dan bersahabtlah engkau dengan mereka itu di dunia ini dengan sebaik-baiknya...."

Sufi rasa sebak, terus Sufi ambil Veauty kesayangan Sufi,Sufi scroll down "mama sayang" terus Sufi call ibu..Sungguh Sufi rasa amat rindu pada ibu Sufi, dan Sufi percaya ibu juga begitu kerana antara kami ada rabitah hati..Sufi tahu biasanya ibu sunyi sorang-sorang kat rumah tu.. Hati tua ibu pasti sentiasa mengharapkan anak-anak pulang, apatah lagi Sufi yang cuma satu-satunya puteri yang lahir dari rahim ibu..

Sufi Sayang Ibu...

Sufi call, Sufi gelak lepas, dan Sufi tahu juga yang ibu mesti suka dengar Sufi ketawa kan..tapi Sufi dengar mcm ada orang lain yang tengah borak-borak dengan ibu..Bila Sufi tanya Ibu kata itu Wak..Wak Limah..Wak datang tengahari tadi berziarah.. Dan Sufi terkedu..Terkedu kerana Wak sudah sangat tua, sudah 90-an Sufi kira. Tapi masih jua gagah melangkah demi menziarahi ibu...Sungguh wanita tua bernama Wak Limah ini sudah lama tak melintas di kotak fikiran Sufi. Ya..siapalah dia untuk Sufi ingat dan untuk Sufi rindui..

Tapi tengahari tadi lepas call ibu, Sufi rasa Sufi rindu dia..dan Sufi rasa ada rasa sayang yang menyelinap halus ke sudut hati Sufi, berlegar-legar menghasilkan aura yang menyamankan.. Kerana Wak seorang sahabat ibu yang baik. Maka tidak salah untuk Sufi turut mengingati dia.. Sufi ingat lagi cerita ibu waktu Sufi kecil-kecil dulu ; 30 tahun dulu, waktu ibu dan baba sufi pindah ke kampung tu, ibu sangat susah, diuji ALLAH dengan kesempitan hidup yang tak tertahan. Tak punya rumah yang sempurna, tak punya sumber untuk disuap ke mulut anak-anak ibu. Apatah lagi kos untuk menyekolahkan anak-anak. Ibu dan arwah Baba sangat kesempitan. Tiada jiran yang yakin untuk membantu kerana ibu'org baru'.. Ibu kenal Wak bila Wak datang ke rumah (rumah yang tak seperti rumah - mungkin pondok - kerana tak berdinding)berkunjung menziarahi jiran baru. Wak tahu rupanya ibu susah.Wak pun susah juga. Wak pun ada 8 anak yang perlu disuap. Wak cuma kerja menanam di kebun. Tapi Wak ada seutas gelang dan seutas rantai emas. Gelang dan rantai emas itulah yang Wak bawa, Wak serahkan pada ibu dan baba, Wak minta Baba tolong gadaikan, dan duit gadaian itu Wak serahkan semuanya pada ibu dan Baba..untuk memulakan hidup di tempat baru..Wak kata Wak kerja kebun, tak pakai barang kemas pergi kerja..Wak cuma beli untuk guna waktu terdesak sahaja..

Persahabatan mereka bermula di situ...

Tulusnya hati Wak..dari saat itu, sehinggalah suami Wak meninggal, sehinggalah Wak sudah punya cicit, sehinggalah Baba sufi kembali ke rahmatullah, sehinggalah ibu sudah bercucu, sehinggalah wak sudah berpindah ke kampung lain, sehinggalah rumah ibu kini sudah berubah menjadi sebuah bungalow, sehinggalah Wak sudah cecah usia 90 tahun lebih kini, persahabatan mereka masih lagi utuh..Sekarang anak-anak ibu (abang-abang Sufi) tidak pernah lokek dengan Wak, susah Wak mereka bantu sedaya mungkin..

Sufi rasa Sufi sayang wak juga..
Kerana Wak sayang ibu Sufi..

Ya Allah berkatilah ibu dan Wak...peliharalah mereka dari segala kejahatan dunia..
Aaaamiin...

My First Entry..A welcoming Post to Everybody and A Special Attribute to Adawiah Ibrahim - The Best Friend of Mine

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Thanks to Allah for this new born of mine..soooooooo hepi..
Alhamdulillahillazi nahmaduhu wa nasta'inuhu wanastaghfiruh..(Laptop Sufi takde font arabic!) hehe..

Untuk 'kelahiran' blog kali ini Sufi rasa sangat gembira. Tak sepertimana blog-blog lain yang sebelum ini yang dah Sufi 'anaktirikan' dengan jayanya. Juz a lil bit history; SUfi sebelum ini punya 4 blog, i created them and i had successfully ignored them! How so cruel I am..hehe..

But for this time I think I will put much more attention as THIS IS MY NEWBORN BABY..yang telah dilahirkan dengan penuh kasih sayang oleh seorang sahabat..hihi.. Sufi anggap ini hadiah yang teramat istimewa dari seorang sahabat bernama RABIAATUL ADAWIAH IBRAHIM. Anak pakcik Ibrahim ni sangat baik hati.. She is the one who created this, though upon my own request, but she gives me more than what have been requested.. How lovely Adawiah is..

Adawiah, terima kasih ye..Uhibbuki fillah

Untuk semua sahabat-sahabat, dan bakal-bakal sahabat maya, blog ini Sufi jadikan rabitah hati kita, pengikat ukhuwwah dan mahabbah..Sahabat-sahabatku..Di perutusan maya ini kita bertemu..Maka andai ada saatnya kamu susah, berziarahlah ke sini, andai ada saatnya kamu gundah singgahlah di teratak ini..Akan ku hidangkan sajian yang menenangkan jiwamu, menghilangkan gundahmu, dan memudahkan payahmu..InsyaALLAH..InsyaALLAh..