Sunday, November 9, 2014

Most Favourite Activity at Home : BERENDAM!

Semua budak pun suka berendam.. (i guess),
So like Imtinan dan Iman.
Eh, tapi Iman tak suka sangat la air.
Paras lutut dia ok lagi.
Kalau air macam paras pinggang ke dia cannot..
Dia boleh meraung tau.
Nak kena siasat ni kenapa...





Cer tengok Iman...
tak lepas kan dia berpegang kat palang  tu.
Nama dia nak duduk lama-lama memang tak lah,
kesian dia takut air.
Kalau mandi pun sampai sekarang nangis.
Tetiap hari dan tetiap kali mandi pun dia nangis.

Water is a good therapy for kids.
Saya betul-betul percaya teori ni.
Even untuk orang dewasa pun air ni good therapy.
Tak dapat swimming, berendam dalam bath tub pun jadi lah.
Let say kalau kat rumah takde bath tub la kan, 
cuba beli besen besar ke, atau apa-apa yang boleh tampung air yang banyak,
then sediakan satu ruang dalam bilik air untuk 'rendam' anak-anak dalam tu.
Selalu-selalu buat, ambil masa sekejap time mandi petang ke.
Kalau dah malam toksah la. Tu dah bawak bahaya dah.

Berendam kejap je, dalam 20 minit ke ok dah.
Seminggu 2-3kali ke, ok dah tu..
Ape sangatlah 20minit kan... 
Alangkan tengok drama tv3 petang-petang yang satu jam tu boleh?
Kannn dah kena.....hahahaha..

Bagi anak-anak main buih,
buat bubble banyk2..
bagi cawan2 plastik atau apa2 bekas plastik, biarkan anak-anak berimaginasi.
Tengok macamana anak-anak syurga ini cuba cedok air, masuk dalam satu bekas, tuang dalam bekas lain...seronok...sangat seronok..
Belikan binatang-binatang laut yang jenis rubber tu ke,
ataupun rubber duck tu ke...biar terapung, 
sambil-sambil tu ajar anak-anak mengira atau membaca secara sepontan.
 
Thing like...
"whoaaaa...very cute YELLOW DUCKS u got sayang!"
Dua vocabs dapat kat situ. DUCK & YELLOW (secara otomatik belajar warna)

Sambil nyanyi phonic song..
"D...D...D...DUCK!"
Kan freeeee je anak-anak dapat belajar. 
G google kat youtube "nursery rhym song", belambak keluar lagu2 pasal animal lah transport lah, pets lah, macam-macam..
Tinggal rajin dengan idok je nak menghafal..
Bukan apa....kids ni kan,
lesson yang diorang dapat sambil bermain macam ni lebih fun dan lebih senang lekat kat kepala.
Alahhh...nama pun kids kan. 
They wont sit on the chair for 1hour to listen to u teaching them A-B-C right? 
Not even 10minutes ponnnn ;p

Kehidupan sekarang ni susah tau  nak let the kids grow up naturally.
Kekangan cara hidup moden. Nak buat camana kan.
Tambah-tambah kalau yang hidup kat bandar.
Keadaan rumah tu sendiri tak membantu anak-anak untuk membear secara semulajadi.
Rumah macam kotak yang disusun berderet,
ataupun kotak yang disusun meninggi...
Halaman takde...kalau ada pun kecik.
Ruang dalam rumah kecik, ruang luar rumah pun kecik.
So, where else anak-anak nak bermain?

Cer tengok orang dulu-dulu...
Rumah luas walaupun perabot takde pun dari Empire Gallery?
Halaman luas, walaupun takde Ferrari pon kat porch?
Hahahaha..
Anak-anak bebas berlari walaupun tak pakai kasut converse.
Hari-hari boleh berenang kat sungai ,
walaupun sah-sah air sungai tak kaler biru macam sunway lagoon?
Seronok budak-budak zaman dulu...(kita-kita la tu)..

Tapi, no matter how hard the life is, 
tanggungjawab membesarkan anak-anak itu ada kat bahu kita as parents.
Bercakap pung pang pung pang salahkan orang tu salahkan orang ni,
pun tak bagi manfaat apa-apa jugak.
Gunakan kelebihan 'akal' yang Allah bagi untuk makhluk bernama  manusia macam kita ni.
Cuba twist life selagi boleh.
Kena kreatif untuk anak-anak.

Kena. Mesti. Wajib.

Saturday, November 8, 2014

SUSUNATUR PETISEJUK (Bahagian Freezer)

Ok la...
syabas untuk diri sendiri sebab berjaya up entri selama tiga hari berturut-turut.
This is rare. Very rare...hahaha poyo!
Yela bukan senang uiks nak up entri konsisten macam ni.
Taktau la bertahan berapa lama attitude cenggini.
Siap gambar edit bagai.
Tak syabas lagi macam tu?
Tak syabas tak dapatla air freee...haha
Tetttttttt...

Ni gambar freezer kitorang.
Pun gambar lama jugak. Godek-godek laptop nampak ada banyak pulak gambar.
Marilah kita bercerita sikit...

CARA ORGANISE/SUSUNATUR BAHAGIAN FREEZER.
Sama jugak dengan cara saya susunatur bahagian sayur-sayur. [sila klik untuk membaca..gituuu]
1. Saya guna bekas-bekas plastik jugak.
Saya start guna cara macam ni kalau tak silap year 2012.
So lebih kurang dah 2 tahun la kan bertahan teknik ni.
Tu tandanya cara ni sesuai dengan gaya hidup kami anak beranak.
Syabas bete syabas.

Reason guna bekas plastik ni sebab murah. Andaikata pecah pun tak ralat nak buang.
Ganti je baru. Alaaa selalu blh dapat free je pun bila tapau nasik arab.
Tapi biasanya bekas-bekas plastik ni tahan lama la jugak.
ok la..suka la. Nak handle pun senang.

Terpaling best sekali sebab senang nak nampak apa isi dalam.

Dan yang terpaling paling paling best sekali sebab bekas ni jenis yang sama kaler dan sama saiz.
So bila susun tu cantik je kejadiannya.

2. Bahagikan lauk-lauk mentah kepada portion kecik.
Ikut berapa portion sekali masak. 
Eh, ini rasanya semua orang pun buat macam ni kannnnn...
Nanti lauk pun akan kekal fresh.
Lauk-lauk mentah ni kalau duk ulang-ulang keluar masuk peti, lama2 jadi kurang fresh.
Silap-silap boleh kena food contamination.
Newlyweds biasa tak ramai la yg tahu benda2 macam ni, unless kalau mak dah siap2 bagitu.
Hahahaha...
Ingat lagi mula2 kawin dulu (year 2008) , simpan udang dalam peti semua sekilo satu bekas.
Bila time nak masak keluarkan rendam air kejap pastu pelan-pelan cungkil sekor-sekor guna garfu.
Hoih fail sangat rasa bila kenang2 balik..hahaha..
Yela, mana biasa kan. Time anak dara kat umah mak biasa je setengah kilo udang tu sekali masak. 
Mau tak, dah tinggal sampai 6-7 orang, masak pun banyak la.
Dah kawin, tinggal berdua je dengan cik abang, sekali masak paling banyak pun seploh ekor je.

3. Label
Kalau rajin buat la labelling. 
Saya ni pun bukan sentiasa sempat nak tulis label semua tu.
Time free buat. Time tak maafkan je diri sendiri...
Alah, yang masuk dapur pun saya sorang je.
Mr.Faris? Memang takkkk laaaa...hahaha...
Tapi kan, labelling ni membantu sebenarnya. 
Walaupun kata dah guna plastik jenis cerah boleh nmpak terus ke dalam,
tetap bila dah beku, visibility tu kurang.
Especially kalau ayam...mana part peha,mana part dada, mana part kepak,yada yada yada....

Enjoy the picturessss..

 1. Box merah : Bahan-bahan yang takde kumpulan/geng/kawan2..
Contoh dalam gambar tu ada tray putih kecik tu, pastu ada leftover sikit, cheese 3-4keping,etc.

2. Box biru : Ada bekas kecik tersusun kan..Dalam bekas kecik tu adalah daging cincang. Beli sepeket pastu asingkan terus kepada portion kecik-kecik. Kadang-kadang bahagian isi ayam/daging yg dah dipotong kecik pun simpan macam ni jugak. Biasanya guna untuk rencah goreng mi ke, macam tu.

3. MyChef : Tu bekal Mr.Faris bawak pegi keje tu. Hehehe...




 Stok makanan kudap-kudap biasa letak kat tepi pintu ni. 
Dalam proses nak kurangan makanan macam ni sebenarnya. Pelan-pelan kayuh.
Sekarang tengah belaja slow2 buat stok nugget sendiri, donut &karipap frozen sendiri...
Tapi biasalah time constrain kan...huhuhu..


 Ni rupa freezer di hari yang lain pulak. Restock barang basah biasanya dua minggu sekali.
So dua minggu sekali keadaan dalam fridge akan berubah.
Tapi cara penyimpanan maintain. 
Tu nampak leftover banyak kan, huhu..
Ni kalau macam ni biasanya time mak&ayah mertua datang. 
Biasala orang tua kan jenis sayang nak buang.
In a way baguslah bila sayang nak buang tu. Tak membazir.
Saya pulak jenis yang atas meja makan kena kosong. 
Lepas makan time, meja mesti clear. Taktaula kenapa...tapi cannot la tengok kalau ada makanan banyak atas meja. So, kalau time mak ayah mertua ada left over tu saya masukkan dalam plastik terus masuk freezer. Esok nak makan panaskan. Tapi kalau time family Mr.Faris ada ok la tak membazir. 
Niyang jadi lambakan leftover dalam fridge ni bila diorang dah balik.
Takde sape nak makan sudahnya. Lama-lama terpaksa jugak buang. Huhuu. 


 See the lauk pauk mentah ni bila masuk dalam bekas plastik murah camni nampak kemas kan.
Hahahha...matilah, memuji mendiri mesendiri ni..
Ok, cer tengok rapat-rapat...nampak tak dalam bekas plastik tu eceli ada plastik lagi.
Yes, i know so many plastic bags equals to not go green.
T_____________T
Forgive me for this dear earth.

Dalam setiap bekas tu ada dalam 3-5 portion. Contoh la dlm bekas yang label 'ikan kembong' tu kan, eceli ada 5 portion. Each portion ada la dalam 2@3ekor ikan kembong, masukkan dlm plastik, bungkus,then baru letak dlm bekas plastik besar tu.
Paham? Huwaaaaa...nangis nak explain.


Ni ketul ais, pon masukkan dalam bekas plastik jugak. (Zoom in bekas berpenutup hijau tu).
 Saya kan.... cukup la sakit mata kalau bukak petiais nampak bekas plastik ais ketul segedabak besar dalam freezer. Makan ruang pun ye jugak.

Dan, kelapa parut tu adalah kes-kes terpencil tu. Jarang sangat kat umah ni nak ada stok kelapa parut. Biasa beli ni bila nak buat inti kuih ketayap je..Ada lebih, bahagi dua portion, frozen kan. Besok-besok boleh buat lain yg inti kelapa lagi.

Ok,dah tu je...
Penat uiks.

Friday, November 7, 2014

RUANG TAMU : Bench With Drawer

Again, mintak ampun mintak maaf,
tajuk campur2 language.
Nak buat cemana, bercakap hari-hari pun campur aduk macam ni.
T_______T

Ruangtamu kitorang kecik je.
Inilah ruangtamu nilah ruang keluarga.
That's why lah sofa tu semua dah kelabu asap.
Biasala budak-budak.
Mak bapak budak pun sama lepak makan atas sofa jugak.
Hahaha.

Abis dah takde tempat kan.
Meja makan pun kerusi dia jenis cushion jugak.




 Ni gambar lama ni.
Lama sangat dah.
Tapi dulu dengan sekarang sama je...
Tak berubah pape pun.
Hahaha...

Serius malas nak menghias letak bunga frame segala.
Apa?
Bunga?
Pasu?
Nehi nehi nehi....
Malas oii nak berperang dengan anak-anak,
Rumah ni pun ruang kecik je.
Budak-budak pun takde bilik besar untuk transform jadi playroom.
So macam kesian kalau kat ruangtamu ni ada macam2 hiasan,
nanti diorang takleh nak lari-lari.

Ni kat ruang tamu ni jugaklah tempat diorang main basikal motor segala tu.


Ini ruang feveret.
Bench yang dibuat kat tepi tingkap tu play its own role.
Banyak fungsinya.

1. Selalunya kalau tetamu ramai, bench tu akan jadi extra seat. 
2. Kalau nightstop pulak tetamu lelaki ada yang suka tido kat sini.
3. Elemen deko. Tinggal lagi nak kena tambah bantal kecik banyak2.
4. Tempat lepak petang-petang sambil baca buku.
5. LAci kat bawah tu sebagai storage.





Haaa...nilah kegunaan laci tu. Tempat simpan kasut. Ada empat laci semuanya. 
Satu untuk kasut papa.
Satu untuk kasut mama.
Satu untuk kasut anak-anak.
Satu untuk selipar jefunnnn ;p

Hurmmm...banyak benda yang tak kena kat ruang tamu ni eceli.
Tapi sealu buat tatau je.
Kasi pejam mata.
Langsir rosak, sarung bantal tak takde, macam-macam lah.
Nak kena make over sikit.
Tapi bukan sekarang la.
Kena menabung buat beli Hermessss...
Hahahahaha...




Tempat bertenang dan bertendang ;p
 

WE ARE FAMILY

Gitu tajuknya.
Family saya tak ramai. 
Kitorang siblings pun 5 orang je.
Altogether masuk mak ayah kira tujuh orang je la pun.
Kecik-kecik dulu memang lah rasa meriah.
Makan rebut-rebut, main masak-masak sama-sama, main perang pun sama-sama..
Bila dah besar, sorang kat asrama, sorang kat uni, bla bla bla...dah tinggal mak ayah berdua je kat umah.
Bila arwah ayah dah takde lagila sunyi. 
Kalau jemaah solat tu dulu tujuh dah jadi enam.
Sayu je rasa.
Tapi...tu duluuuuu..Haaa sekarang ni bila semua dah kawin..
Dah berkembang dah anak cucu mak&arwah ayah.
Dapat pulak ramai-ramai tinggal sebumbung,
fuhhh meriah.

Alhamdulillah.....

 
K.A.M.I

Sikit kan? Tapi semua dah kawin dah ada isteri dan anak-anak. 
Ni gambar malam raya 2014.
Duk godek-godek laptop terjumpa gambar ni..alahai...rindunye rasa.

Yang nombor satu tu abang sulung, abang apip.
Nombor dua tu abang mujib.
Nombor tiga tu abang atiq.
Nombor empat tu abang amin.
Nombor lima tu kenal tak sape?
Hahaha..
Yang kat tengah tu mak. 

Nak ambik gambar macam ni pun punye susah.
Anak-anak bergantungan di kaki..hahaha.
Tak caya meh tengok behind the scene ;p


Hahaha..yang tengah pegang mangkuk tu Husna, anak sulung abang amin. 
Rapat tu dengan ayah dia.Dia panggil Ba.
Orang sibuk bergambar, dia sibuk nak makan biskut raya atas riba Ba dia.
Atoiii...
Tu yang ternganga tu sape lagi...ratu i la..
Malas nak layan. Biarla dia...
Abang mujib kan dia kata say ni jenis mak yang "touch n. go"..
anak nangis, tepuk2 camtu je,pastu blah...haha..
kurangasam punye abang... Orang dah penat la jaga anak kat sini sorang2.
Sekali sekala balik kampung korang la jagakan.
Imtinan tengah moody dah time ni. Merajuk sebab nak duduk atas riba ayahjib (abang mujib) dia.
Manja sangat Imtinan ni dgn abang-abang guwe..

Kira ok la boleh dapat sekeping gambar walaupun tak berapa elok. Sebab abang apip tu macam Carlos dah renungan dia...Hahaha..

Ni gambar sekarang. Diorang semua ni lah yang jaga dan temankan mak sekarang ni, yang uruskan mak sejak-sejak mak sakit. Kecuali saya dan Mr.Faris la. hehe... Kitorang je yang duk jauh dengan mak. Merantau di bumi Cyber ni. 

Jauh disudut hati, saya sangat kagum dengan jasa dan pengorbanan abang-abang dan kakak-kakak ipar sebab sanggup tinggal bersama demi untuk kebajikan mak. InsyaAllah nanti ada masa nak sangat story pasal diorang ni. Mereka ni anak-anak dan menantu-menantu syurga.. InsyaALLAH...

Thursday, November 6, 2014

Susunatur Petisejuk (Bahagian Sayur)

Kegilaan terhadap susunatur dan dekorasi rumah ni ada dari duluuuu lagi.
Zaman kecik-kecik lagi suka mengemas. Hingus meleleh-meleleh belum reti nak lap sendiri dah pandai nak berkemas rumah. *metafora*. Hahaha...Toksah la percaya sangat. Tapi iye....betul tak tipu, kecik-kecik lagi dah ada perangai macam ni.
Mak kadang-kadang rimas, 
dah kenapa la anak dara nan sorang ni melampau sangat.
Selalu gaduh dengan arwah ayah sebab suka kemas buku-buku dengan kertas kerja ayah, pastu bila ayah tanya taktau letak kat mana,,,hihihi..

Rasanya start darjah tiga macam tu kot, dah ada fefeeling nak hias2 rumah,
nak susun semua benda kasi teratur...takmo sepah2.
Agaknya mak pun mesti stress kan,
yela perangai anak ngalahkan mak...padahal duduk umah mak je pon kan...
lawan tokey nampak???
T________T

Pastu dapat laki pulak satu kepala. Hahaha...sape tak suke? 
Kadang-kadang dia lagi over. Eh samela, kadang-kadang saya yang over.
(Taknak kalah jugak).

Petisejuk umah guwe, kecik je.
Jenis yang dua pintu. Atas freezer, bawah chiller.
Petisejuk owner punya. Sewa sekali dengan rumah. 
Ok,rephrase....sewa rumah fully furnished termasuk peti sejuk ready.

Dulu kan pening-pening jugak nak susun sayur mayur dalam fridge ni. 
Macam-macam cara penah guna dulu-dulu..
Penah jugak guna plastik yang ala-ala ziploc tu, kan ada yg khas untuk isi sayur tu kan.
Tapi leceh. Kadang-kadang bila time jarang masak tu sayur lama-lama dalam tu rosak, dah berbau plastik tu. Lecehnye nak kena basuh, kena keringkan,bla bla bla...
Ke aci buang je? Macam tak go green je kalau buang?

ZIPLOC - sumber dari google

Soooooo.....after almost 6years being a housewife....nilah cara paling feveret takat ni.
Simple. Nak cuci senang. Nak simpan senang. Nak tengok apa ada kat dalam pun senang. 
Nak masak pun senang bawak keluar.
Orang malas camnila , semua benda nak senang2 je...hahaha...


Ada pembahagian kat situ. Yang part laci kat bawah tu buat simpan sayur yang jenis keras. Haha paham tak sayur keras camana? Tak reti ah nak explain. Dia sayur-sayur yang jenis payah rosak.Jenis yang kalau duduk bertindih-tindih pun dia ok je...Jap eh kita tengok gambar dalam dia.

Dalam drawer

Contoh sayur keras : Petai, carrot, petola, timun, bla bla bla. Kira jenis yang tak cepat benyek macam sawi la. Kadang-kadang ada gak tumpang letak pucuk paku ke kangkung ke. Jenis-jenis sayur yang saiz panjang. Terpaksa tumpang sini kejap sebab tempat lain tak muat. Tu cili giling tu pun tumpang jugak tu. Lambatnye lahai nak expired. Tak lalu nak makan dah, kurang best sikit rasa dia.

Dalam bekas plastik besar bukan jenama tupperware ;p

Pun dalam plastik bekas plastik besar bukan jenama tupperware jugak ;p

Dalam bekas plastik besar tu saya letak sayur-sayur yang cepat rosak. Macam tomato, bendi,capsicum,timun yang dah potong, salad,sawi,kobis,buncis, bla bla bla. Idok le lambak semua sekaligus. Kalau minggu ni beli sayur-sayur jenis key ellll, minggu depan beli pulak sayur-sayur jenis kampung macam sawi,pucuk paku,pucuk ubi,etc. Gitule kekdahnya bila ruang storage kecik. Takleh membeli ikut nafsu. Kena pikir tempat nak simpan jugak muat ke tak.




Dalam bekas plastik kecik takde jenama ni pulak saya isikan sayur jenis kecik. Tu tengok contoh, macam tomato ceri, cilipadi,serai, daun limau purut. Sayur saiz kecik ni kalau campak sekali dalam bekas plastik besar bukan jenama tupperware tadi mesti susah nak cari. hujung-hujung rosak....dah membazir. Biasanya ada 4 bijik bekas plastik kecik kat ruang ni. Kenapa tinggal tiga eh? Urmmm...ade la tu kot yang habis stok. 


Sekian, Tu jela pembentangan dari saya. Rajin kalu, saya snap picture lagi.


Lagi satu, sapa-sapa yang tengah hunting for new fridge, go for LG eh. Hehe...Brand lain watatau elok ke tak. Tapi LG ni kitorang pakai 4tahun, tak pernah buat masalah. Jual pun sebab rasa petisejuk tu besar sangat. Sampai tak tau nak isi apa dah. Asyik kosong je...Tinggal berdua je pun. Dulu tamak, beli sebab suka sangat LG side by side ni.. Tapi tak praktikal la duduk berdua je. Kalau yang anak empat lima ataupun duduk ramai-ramai satu family tu sesuai la. As for now, rasanya fridge kecik lagi praktikal. Tapi tetap LG lah jugak...hehe..

Jap google gambar...


Ni la LG side by side tu. Besar kan...yang side lebar sikit tu side chiller. Senang nak isi barang, takyah pening-pening susun. Tapi yang side lagi satu tu side freezer...Ya ampunnnn pening pikir nak isi apa kasi penuh freezer. Especially kat bahagian pintu tu... Hahaha...



Saturday, October 18, 2014

S.A.Y.A


1. Paranoid

Contoh la..hari tu ada customer call nak beli jam. Customer ni lelaki. Call malam-malam pulak tu. Bila tanya encik kat mana ni? Dah on the way rupanya. Ok la...kebetulan takde ape hal pun, meet up je lah kat mamak. Mr.Faris jela yang kuar keta pun. Saya stay dalam keta je. So ushar dari cermin depan. Dapat gak ar snap 5,6 keping gambar customer tu. Kot la... Mana tahu kan. Jam tu mahal gak la...Customer plak call tgh2 malam nak jumpa beli barang bayar cash. Lelaki pulak tu...Uih ngeri, mana tahu kot dah ada geng standby nak rompak kita balik ke....aaaaaaa....nampak tak paranoid giler... Drama betul...haha...

2. Blur

Ada sikit penyakit blurrr di situ. Ada masa saya ni cepat gak pick up. Macam cepat spot something. Tapi banyak masa cepat blurrr. Haish....

Contoh macam kalau orang tanya "eh...ko tak rasa sensitip ke orang cakap ko macam tu?"

Saya? Spontaneously boleh reply "ooo...selalu kalau orang cakap macam tu...tu sensitip ke?"

Nampak tak blurrr tu?

3. Melawak, tapi tak sengaja.
Jujurnya banyak masa saya tak perasan pun saya selalu melawak. Saya tak rasa pun saya buat lawak. Tapi kadang-kadang orang tibe2 gelak. Eh apesal ni???? (Tu pun perangai blur ada jgk tu). Selalunya kat group wasapp kengkawan ke...kat group adik beradik ke...selalu lah terjadi lawak tak disengajakan macam ni.

Contoh macam hari tu kakak ipar saya dia buat joke cakap lepas ni takyah panggil dia Iqah dah...panggil Neelopa je... Pastu isaya cakap la...Neelopa ke Neelopong ni? Pastu semua orang pun pakat duk gelak guling2(metafora)...laaaa dah kenapa? Macam tak lawak pon? Huwaaaa...

4. Kretip tapi tak pandai nak tunjuk konfiden
Ni penyakit bahaya ni. Bila tak konpiden semua benda tak jadi. Betul ni.... Sama macam hal gubah-menggubah la...gubah hantaran ke, buat doorgift ke, gantung2 pelamin ke...selalu sangat ilang konpiden. Tak reti nak convince orang cakap yang apa yg saya buat tu cantik (hahahha perasan kauuu).

Takat ni dah banyak kali gubah hantaran dan dah 4kali DIY pelamin konsep bajet...design hape semua kemain. Dah siap kaler2 bagai. Tinggal takde software je nak design, kalo tak mesti gempak.Tiba tang part nak terjemahhhhkan design tu ke alam nyata selalunya hancus bila ada campur tangan orang lain. Bukanla hancus tak menjadi ke apa. Jadi tu tetap jadi....tapi lari la dari konsep/tema asal nak buat.

Thats why tiap kali nak menggubah hantaran saya kena buat sorang2. Takleh ada banyak mulut dan tangan yang sama2 membantu. Tapi tu lah,kalau gubahan bolehla angkut balik duk rumah sendiri...tau-tau dah siap. Selalunya bila sedara mara tengok hasil yang dah siap tu diorang akan terkagum2... Ok ni bukan sesaja nak up diri sendiri ke apa. Cuma nak cakap nye, walaupun dah selalu orang cakap cantik la perfect la apa la, tetap jugak takleh nak konpidenkan diri sendiri yang apa yg saya buat tu cantik.

Ok macam ni...contohnya kalau buat hantaran ramai-ramai, mesti nanti ada yang tanya eh kenapa tak lipat macam ni? Apesal bunga tak sengetkan ke kanan? Kenapa tak pakai alas dulang? Nanti saya akan jawab...urm...kalau lipat macam tu nanti nampak macam old school sangat...tapi takpelah cube la, mana tahu cantik kan...bunga tu pulak boleh je kalau nak sengetkan ke kanan...sengetkanlah... Ataupun, urm, ntahla...acik ada ke alasnya? Bawakkanlah sekali kita test tengok caner... Padehalllll memang dari awal dah set dalam kepala, gubahan konsep elegant, tak perlu alas dulang kelip2 labuci...Nanti cacamarba konsepnya....

Tengok....dah tau....tapi yet takde konfiden untuk say NO....haipppp.... Samela buat pelamin pon mcm tu jugak. Tapi biasala kita bukan bridal kan...kalau bridal tu lain orang tak berani komplen. Ingat lagi time kawin saya dulu, plan pelamin marroon+white. Nak kain yang berat dan flowy....Sekali kak ipar g beli kain organza pulak...huhu...frust gile rasa.... Kata dia cantik pelamin kain organza... Pastu time kawin adik ipar tu lagila, plan asal nak kaler pastel turquoise+black. Sekali mak mertua cakap takpe dia nak g beli sendiri kain... Dibelinye kain kaler turquoise gelap. Combine pulak dengan kaler krim...Kain jersey tebal tu pulak...agagagaga....abih dah beli takkan nak cancel kan? So ejas punye ejas dapatla jugak hasilkan pelamin tu...cukupla untuk bergambar. Same gak...kang waktu tengah pasang kain segala tu, kejap kak maklong cakap ehhhh scallop buat 4 tak cantik. Kecik sangat. Buat tiga la besar...dah buat tiga, jap kang maksu pulak cakap takyah buat scallop...sekarang orang tak buat scallop...letak je bunga banyak2...aaaaa cabuttt balik....T______T

5. Suka bagi hadiah tapi sedih bila orang tak bagi pun kita hadiah balik. Hahahhahaha...gelakkan diri sendiri. Tu tak ikhlas namanya. Hahaha.... Eh tapi serius...macam kalau birthday adik beradik anak2 buah ipar duai...belah family sendiri ke belah Mr.Faris ke... Saya jenis yang wish tau. Tulis siap2 save dalam note birthday semua family member. Kadang kalau sempat siap beli hadiah segala....takpun order kek ke....Pastu bila time birthday sendiri takde sorang pun wish i??? Huwaaaa...ai is kecik ati u know. Ada sorang je manusia yang tak pernah lupa birthday saya....iaitu....Mr.Faris. Hehehehe...so suwit... *terbelahak jap*

6. Tak peramah
Haaaa....selalu kalau orang menyapa kat blog ke kat fb ke insta ke....selalu org cakap saya peramah. Padehal tak pun....siyesly tak. Saya ni jenis tak reti nak mula. Kena orang mula dulu, lama2 kang baru reti join. Ye ye..emangnya ramai yang bilang aku kok nyombong. Alah tapi benarnya takdela nyombong pun. Just tak tau camana nak mula. Sebab tu kalau kat blog. Jarang sangatla nak drop komen. Sebabnye segan.

Eh tapi saya suka je berkawan. Tapi saya nye style berkawan tu is berkawan jelah...takyah la nak kuar2 outing bejalan shoping ke apa. Pegi holiday dgn kawan2 lah apa...Tak gemar.Sama gak time kat uni pun, kalau nak makan kat cafe ke apa kalau sapa2 nak join jom la. Tapi kalau takde orang nak join pun takde hal, boleh je makan sorang2..lagi cepat siap, sebab takde nak menyembang ke apa kan. Cepat siap, cepat boleh buat keje lain. Gitu...

Ok dah malas dah nak pikir...hahaha...hari minggu tak ramai orang update blog. So kena paksa diri update blog sendiri sebab bosan blog-blog feveret takde entri baru...hihihiho....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Nak Cantik Dan Nak Sihat?


#Ni bukan iklan Shaklee tau...hahahaha...

Taun depan kalau takde aral insyaAllah masuk umur 30 tahun dah. Kalau ada aral tu paham2 yo lah... Rambut, muka, tangan, kaki, kulit, perut, semua dah rasa lain macam.

Baju seluar semua sendat2. Jeans yang mmg beli khas tuk pakai time pregnant 5-8 bulan tu biasa lepas besalin takleh pakai dah. Loose giler2. Lepas je besalin terus lipat2 simpan... Ini sekarang bila try sarung jeans tu selesaaaaa sgt rasa. Sedang elok je. Hoiii tensen oiii. Cek berat naik 8kilo dalam masa sebulan!! Terus kena darah tinggi. Hahahaha... Eh boleh gelak lagi ? T________T

Memang pencapaian terlampau hebat sangat ni boleh up berat sampai 8kilo sebulan! Kalaulah nak turun pun semudah tu....

Ok la....frankly....saya bukan type yang jaga badan jaga muka segala. Ala kadar je. Nama nak kuar rumah dengan dress shawl segala jauh sekali. Walopon suka tengok orang lain pakai gojes2, tapi diri sendiri adalah mahalas. Haha. Sebab tu saya tak suka attend event. Rimas tau. Dress pun ada dua tiga helai buat stanby je, kot-kot ada night wedding ke apa...ulang je lah pakai yang sama...bukan ada orang kenal pun. Hihi...

Kalau boleh attend event pakai jeans haaaaa cek suka sangat. Saya memang suka jeans. Rasa selesa. Kawan2 yang kenal saya lama taula saya ni cemana. Jubah hitam+jeans kat dalam+tudung turkey/bawal. Tu je outfit den. Haha...Jubah hitam memang banyak. Ni pun sejak2 duduk rumah, banyak dah let go. Suka pakai jubah/abaya hitam yang besar, pastu kat dalam pakai jeans. Kasut flat/sport shoes. Suka gile3... Rasa bebas berlari ke hujung duniaaaaaa.....

Jiwa masih remaja walaupun umur dah tak remaja. Gituuuu....

Tp Mr.Faris sekarang ni tak berapa kewlll sangat dah. Tak berapa pandang round neck & jeans dah... Asik la sikit2 nak sarung slack. Pastu t-shirt nak ada kolar je...eiiii x best la bang... Tak best. Dah tua katanya....haha

Eh lari topik rasa ni....

Ok now cite pasal produk bersih2 muka...Dulu2 saya pakai SKII. Best je. Tp sbb kulit byk jeragat, kena tambah itu tambah ini...hujung2 cecah riban jugak. Pastu diri jenis tak konsisten guna produk. Hasil tak kemana...boleh la rasa best bila pakai. Tp kecewa sbb jeragat x hilang. Dah cemana nak ilang pakainye tidak pun... If can afford, skII memang best pun. Tp tak la miracle sangat.

Ni dua minggu ni tukar set muka Nour Ain plak. Tegok la cemana ada perubahan ke tak. Dah dua minggu pakai. Essence SKII still pakai lagi. Cuma pencuci dengan krim je guna set Nour Ain ni. Mula2 pakai macam best. Dah masuk minggu kedua ni macam balik pada asal je...macam kusam balik. Entahla...tengokla cuba lagi sampai habis satu set... Hoiii cemana nak muka chantek macam emma maembong niiiiiiii....grrrrr....

Ha, tapi Nour Ain ni day cream dia cam hazab je. Hahaha...macam kesat & payah nak apply kasi rata. Pastu kaler oren & x berapa nak blend dengan muka. Agagaga... Lepas apply tu rasa rimas nak bernapas..kadang2 kalau rimas sangat amik air tepuk2 kat muka baru rasa lega sikit...eh macam2 hal la kau ni Sumayyah...pakai je la...ok takpe kita think positif. Wellll....kata beauty is pain...hahaha... Tapi night cream dia best. Bila apply tu boleh rasa anjal kulit especially tang pipi uolssss...haha...lagi best parut2 jerawat lama yang hitam2 tu pun pudar...tapi kulit tak menggelupas tau. Tu yang best tu...

Supplement untuk kesihatan dalaman pulak takde ambik apa2...last year,mid 2013 ke macam tu ada try Ephyra..best la. Rasa dia pun sedap. Pastu senang pulak tu. Macam kalau nak travel ke, senang la sbb pack dia kecik2...tengok orang2 sekeliling mcm nampak la kesan. Kazen mazen, kawan2 semua ckp best. Tp tulah hari tu try 2kotak belum rasa kesannya...dah terus rasa malas nak continue...sbb mahal kot...hahahaha...

Gaya makan. Haaaaa yang ni takleh nak ubah lagi. Tak mampu la nak diet. Kejap kang lapar. Pastu bila makan tak reti nak sikit-sikit. Ikutkan kat umah ni takde tau jajan kudap2 segala tu. Yang ada pun kismis,kurma,badan. Pastu adala biskut cracker macam hupseng ke...jacob ke...tu jelah pun. So bila lapar malam2 takde cekedis nak kunyah... goreng telor mata makan dengan nasik belen dinner, taruk kicap,patah2kan cilipadi sikit. Coooool lah sangat. Lepas makan tidur dengan lena...tak sunnah langsung kan gaya hidup macam ni? Ziana Zain tu makan nasik separuh senduk je tau sehari. Takyah jadi duta slim world pun takpe camtu.... Kak Ziana tolong bagi motibasi sikit kat adik ye...Huhu... Ok kita tukar nanti...kita tukar... Errr kita CUBA tukar...

Bab exercise/sukan/riadhah.....yang ni memang boleh bagi zero mark terus. Tak suka. Dari kecik pun tak suka sukan. Zaman sekolah-sekolah dulu pun mana ada join sport pun. Nama je presiden rumah sukan, tapi takdenye nak participate. Bab-bab planning, organize program, susun jadual latihan, buat modul etc memang terer. Tapi nama nak melompat tengah2 padang, nama nak sanggup tergeliat kaki, terkehel urat segala memang takkkkk. Eh puteri lilin mana layak berjemur tengah panas? Ada satu je sukan yang saya pernah join. Hahahaha...sukan catur. Yang tu terer. Memang pengarah strategi sangat perangai tu. Ye la best ape main catur. Keje duduk dan berfikir. Tu je. Takyah panas2 berpeluh bagai...ada kipas,ada econ, tak ke best tu...nak nampak terer sikit, buat kerut2 kening...kata sukan berpikir kan. Ujung2 kalau tak menang, kalah. Kalau tak kalah, menang. Untung sikit dapat seri... Perangai malas bersukan ni sampai sekarang terbawak2... Sekali sekala ada la layan Mr.Faris main badminton. Main kalau buah elok je terbang suka la. Ni kalau jap-jap jatuh...jap-jap jatuh. Kejap kang pass racket, hands up. Hahaha... Dah tu cemana nak sihat &awet muda cam Erra Pajira? Huwaaaa....

JAP EH NAK BUAT AZAM TAHUN BARU JAP...TAK LAMA DAH NAK MASUK MUHARRAM NI...






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 16, 2014

Sakit Mata


Welll...sakit mata pun boleh buat entri kalau kretip. Kan? Hahaha.

LIMA HARI sakit mata.
Pastu F dia tanya.."Yang,sakit mata in english ape eh?"
"Ntah...eye rash kot..abang kenapa?"
"Takde ape...nak MC,"
"Haluuuu...sape yg sakit mata ni?"
"Haha...in preparation, kalau berjangkit,"

Sesuatu sangat laki den ni ha...wife sakit mata, dia pulak sibuk2 nak apply medical leave?

Eh...by the way, bukan eye rash tau. EYE INFECTION...hahaha...eye infection please... Kekadang kan rasa dem sangat benda2 kecik macam ni pon tatau.

Korang penah tak google cara-cara elak sakit mata dari berjangkit? Saya buat tau...hahaha... Serius, hari mula2 kena sakit mata tu benda paling risau takut terjangkit kat anak2 dan F...Penat kot kalau satu family sakit. Agagaga...

Meh nak share sikit tips untuk elak berjangkit.

Rule no.1 : Mula2 kena terus g klinik amik ubat please. If keje cepat2 amik MC. Sebelum korang buat naya kat opismate ;)
Haritu malas nak g klinik. Mesej adik F, mintak dia prescribe ubat. Senang keje, g beli kat farmasi je.

Rule no.2 : Apply ubat rajin2. Jgn malas. Dua @ tiga hari akan ok. InsyaAllah. Kalau g klinik, biasanya akan dapat dua benda. Satu krim utk sapu dalam mata. Lagi satu eye drop/artificial tears. Lebih kurang je mana2. Drop dlm mata 2jam sekali. Sekali drop 2titik. Bacala direction kat situ..hahaha. Eye drop tu akan buat tekak korang rasa pahit2 sikit. Pahit tapi best. Hahaha. Krim tu pulak jgn culas sapu. Sapu belah malam je sekali. Pastu mata akan rasa tak selesa. Tapi tak sakit pon. Tarik sikit kelopak bawah mata, sapu krim tu dalam mata ikut byk mana korang nak. Best! Hahaha.

Rule no.3 : Kurangkan tenyeh/garu/sental mata. Memang gatal & rasa tak selesa. Tu yang eye drop tu, yelah tu...boleh nolong legakan sikit mata tu. Tapi tak de la ilang terus gatal tu. Kalau tak tahan sangat, tenyeh sepuas2 hati. Lepas tu basuh tangan dengan sabun. Basuh betul2 pleaseee...then lap kering tangan. Everytime after sentuh mata, terus basuh tangan.

Rule no.4 : Kalau rasa2 takleh tahan jugak nak menggaru je, silalah pakai spek itam. Spek itam tu bukan sebab taknak eye contact dgn orang lain untuk elak jangkit ke apa...tapi untuk elakkan tangan sendiri dari tergaru2. Kang dah garu lupa basuh pegang orang lain,bla bla bla...tu yg berjangkit tu...Tak rasa kelakau ke sakit mata, kena pakai spek itam. Jangan pandang mata org yang kena sakit mata, nanti berjangkit...hahaha..

Rule no.4 : Tiap kali lepas pegang mata/kawasan muka sila basuh tangan. Jangan amik mudah terus pegang itu ini.. Ni yg mak-mak ni, jangan pegang anak2 dulu. Basuh tangan dulu, lepas tu baru boleh pegang. Tu pun elak dari pegang tangan anak-anak/ahli rumah. Eye contact takpe. Hand contact tu yang tak bleh..haha...Takpelah takyah salam peluk cium dulu sementara sakit mata tu ;) Elak jugak dari sentuh mata/bahagian muka ahli rumah.

Rule no.5 : kadang2 bila airmata meleleh, lap (tekapkan) dengan tisu tau. Pastu buang tisu tu. Toksah nak selit2 bawah bantal ke tepi kusyen ke...

Rule no.6 : Kalau boleh tidur asing dari ahli rumah. Kalau boleh la...kalau tak boleh pasrah je...cuma time tidur tu takleh nak tido lasak2 la...nak kena beringat-ingat kot kang tergaru mata dalam tidur, pastu dodoi2 anak pulak. Kesian budak2...bapak budak takpe, abaikan je... Kalau tidur asing, tidur sendiri2 best la sikit takyah nak kontrol2...hehe

Rule no.7 : Sabar,istighfar,dan doa... Setiap ujian kesakitan yang datang tu, tak kira betapa susah nak ngeja ke nak menyebut nama virus tu...ia tetap datang dengan izin Allah. Datang untuk menguji, sambil2 menghapuskan dosa2 kecil yang ada.

Doa..yes doa... Doa tu lah yang buatkan saya terkedu jap. Tiap2 malam (sebelum tido) dalam tempoh lima hari tu Imtinan selalu doa "Ya Allah, sihatkan Mama...ya Allah, kakak rindu nak main2 dengan Mama...please ya Allah,". Proud of her. Belum pun cecah umur 3 tahun. Dah pandai mintak dari Allah...Allahu Allah...sucinya fitrah anak2 kan? Mudah-mudahna berterusan kebergantunag dia dengan Allah...

Speechlesss...


Eh, tips dah habislah.
Yang benar;
Bekas pesakit mata
T__________T


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 1, 2014

Al-Rahman & Al-Rahim

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kembali bertemu Ramadhan.
Salah satu dari beribu2 nikmat yang Allah bagi.
Tak terucap syukur.
Walaupun makin bertambah umur makin byk dosa, makin banyak maksiat, tetap juga Allah bagi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan berkat, bulan penuh pengampunan ini. Tandanya Allah masih bagi peluang. Tinggal kita aje nak grab chance ke taknak.

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Lafaz yang selalu kita sebut hari-hari. Al-rahman dan Al-rahim. Sifat pemurah (rahman) Allah itu lah yang buat kita boleh dapat macam2 jenis nikmat. Tak kira siapa, tak kira perhitungan amalan pun Allah bagi jugak nikmat. Kau mengaku Aku Tuhanmu, ok Aku bagi nikmat dunia. Kau taknak mengaku Aku Tuhanmu,pun takpe aku bagi jugak...sebab Aku punya sifat Ar-rahman.
Muslim ke, non-muslim ke, baik ke,jahat ke, semua dapat nikmat.

Tapi Ar-rahim tu lebih khusus. Lebih bermaksud pemberian kasih sayang Allah kepada orang2 yang dia pilih. Sape dapat yang ni untung lah. Setel "urusan" dia didunia. Dapat nikmat yg orang lain semua berebut nak. Sape taknak kasih sayang Allah? Takde kannn....tapi terpulang pada Allah dia nak pilih sape utk dia sayang. Dan terpulang pada kita jugak macamana kita nak put effort untuk "tackle" Allah.

Suami yang beristeri dua. Walaupun mungkin suami tu dah cuba nak bahagikan kasih sayang samarata, tapi tetaplah jugak isteri yang pandai ambil hati & pandai tackle suami tu yg akan win kan.

Sama jgk mak ayah yang ada anak ramai. Walaupun sayang anak sama rata katanya, tapi mestilah anak yang pandai tackle hati mak ayah tu yg akan win. Maksudnya akan lebih menyenangkan hati mak ayah. Bila menyenangkan hati, senyap2 kasih sayang tu akan pergi lebih pada anak yang pandai ambik hati tu. Hukum alam kot benda2 ni.

Samalah dengan kes kita hamba dengan Allah ni. Nak saling berebut untuk sentiasa dekat dengan Allah. Nak kena selalu "tackle" Allah. Nak kena selalu ikut apa Dia suruh. Common sense. Sapa lagi kuat berusaha untuk dapatkan kasih sayang Allah, dia lah yang akan dapat kasih sayang Allah tu. InsyaAllah...

Pernah tak sepanjang2 hidup ni korang terfikir.... Apesal la Pakcik Mubarak tu kaya sangat?Padehal mesjid pun tak penah jejak?Belagak pulak tu? Takde derrr nak berkawan dgn org takde reta mcm kita ni... Apesal la Bob tu life dia mcm best je? Grad je terus dapat keje. Exam pon slalu score. Mak bapak orang senang. Padehal dulu dia roommate aku takde penah solat pun.

Penah tak ada rasa tak puas hati? Bukan dengki ke apa, tapi terpikir persoalan macam tu. Terlintas kat pikiran. Penah jugak saya dengar orang cakap "tak payahla penat2 aku solat, doa bagai...bukan Dia nak bagi pun. Orang bukan islam tu takde solat2 pun kaya raya jugak,".

Manusia, bila iman tak sekuat mana. Sampai satu tahap sabar dia hilang kalau apa yg dia mintak tak dapat2. Balik pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah tadi. Kita kalau boleh nak kejar dua-dua sekali. Biar Allah bagi kita apa-apa nikmat tu bersama2 dengan kasih sayangNya. Supaya nanti nikmat yang Allah bagi tu tak memudaratkan kita esok2. Tak melekakan. Tak menjauhkan kita dari Dia. Ha...tu tanda Allah sayang.

Ibaratnya macam ni...kita pergi mintak makanan kat rumah orang kaya2. Orang tu jemput kita masuk rumah dia elok2, sembang dgn kita elok2, memuliakan kita sebagai tetamu sampai kita tak rasa hina. Ujung-ujung dia bagi sepinggan nasik dgn lauk seketul je. Tapi kita akn dapat suap rezeki tu ke mulut dengan senang hati. Sebab terasa dimuliakan dgn layanan org kaya baik hati tu. Cukup dengan rezeki utk hari tu. Mudah-mudahan akan bertumbuh menjadi darah daging yang berkat.

Cer compare kalau kita pegi menadah mintak dengan orang tapi pintu pagar pun taknak bukak. Aci baling je kot pintu. Nah amik lah...cepat2 blah....bising je!!! Walopon dapat nasi seperiuk besar, lauk sekawah, hati tu sakit. Buat ape kan. Terbantut selera. Rezeki jugak. Malah lagi banyak dari rezeki sepinggan nasik. Tapi rezeki yang tak menyenangkan.

Allahu a'alam.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 16, 2014

Family Time

Assalamualaikum,

Lama tak update. Lama2 mau bersawang lagi belog ni. Takde bizi mana pun. 2-3hari ni mood ada kelaut sikit. Consider "cheat-days" lah ek. Hehe..

Iman tengah tidur. Imtinan tengah nyanyi. Haha.. Ye, dia on ipad, ikut nyanyi joget2...haha...silalah...selalu pon mcm tu. Penat nyanyi nanti dia pilih video slow motion sikit...kang tau2 dia tdo...

Sekarang 4.19. Lagi 2jam Mr.Faris touch down KLIA. Start esok cuti enam hari. Rasa lain macam sikit kali ni. Padahal baru 2 hari tak jumpa. Tapi mcm dah lama.. Sebab takde quality time kot.

Dekat sebulan jugak Mr.Faris sibuk uruskan hal family dia. Biasala anak sulung... Bukan senang ada adik ramai. Macam2 perangai, macam2 kerenah. Lepas satu...satu...Untung jugakla Mr.F tu penyabar. Saya ni prefer utk tak campur tangan. Bukan malas ke apa. Tapi penat. Haha... Hal sendiri pun tak setel2..Tp tulah budak2 tu kadang lebih suka bercerita dengan saya dari dengan mak ayah diorang sendiri. Ape nak buat. Kenala jugak forward kat abg diorang jgk utk setelkan. Ada girlfriend bagitau kakaknye ni. Nak kawin pun kakaknye ni. Tak cukup duit pun kakaknye ni. Nak topup pun kakaknye ni. Nak pakai henpon pun kakaknye ni. Takpela korang...esok2 dah kawin takde nye nak ingat kakak korang ni kan?kan?kan? Haha..

Dah sibuk sangat uruskan hal famili hal adik beradik, lately tgk Imtinan byk buat perangai. Mcm nak membentak nak merajuk... iman tu ok lagi. Dia mcm biasa la "ada aku kisah" punye org. Haha. Imtinan ni jenis pompuan sikit...hari tu dia sampai taknak langsung kat papa dia. Apesal la... Papa g keje pun taknak salam. Papa balik keje pun dia buat taktau je. Tak teruja macam biasa.

Hari tu saya cuba la becakap dgn dia. Dalam pekat2 pelat dia pun tapi ok la blh jgk paham. Try tanya dia...

"Kakak kenapa selalu taknak papa?"

"Bukan taknaklah..."

"Urm...ok.. Kakak sayang Papa kan?"

"Sayang..."

"Mama?"

"Sayang...sayang semua...sayang papa,sayang mama, sayang baby,sayang tokma......." -the list goes on as always-

"So,kenapa kakak taknak papa?"

"Papa tak sayang kakak.. Kakak sayang papa"

"Papa cakap dia tak sayang kakak ke?"

"Taklah..."

"Habis tu?"

"Urm...papa sibuk...sibuk keje...tak sayang lah tu.."

T________T

Huwaaaa....mcm tu pemikiran budak 2 tahun ye. Sape yg sibuk org tu tak sayang dia...huhu... Ok i think i need to correct her understanding lil' bit... Tunggulah, satu hari nanti...kalau nak becakap dgn dia kena prepare..sbb dia byk tanya. Haha..

So i told Mr.F the story..
Mr. F pun hugged his girl tight. Mintak maaf session lah kiranya. The dialogue goes like this :

"Kakak....papa mintak maaf tau. Papa sayang kakak"

"Ape maaf-maaf nye? Maaf takde ni..."

"Kenapa maaf takde?"

"Maaf hilang dah.."

"Maaf pegi mana?"

"Maaf pegi school lah..."

"Tak boleh maafkan papa ke ni?"

"Hurm...yelah...kakak maafkan... Tapi janji tau jangan buat lagi?"

Ok sayang....we promise u...huhu..
Anak kecil tak pernah menipu. Siap hulur-hulur jari suruh janji "kait kelingking" lagi. Apa yg lahir dari hati dia itulah yg dia tahu. Cuma kami sebagai mak ayah tak tahu macamana nak memahamkan ahli-ahli keluarga yg lain bahawa we need more times to spend with our kids. Macamana nak pahamkan mereka bahawa anak2 kami ni masih kecil. Inilah masa2 penting dlm kehidupan seorang manusia. Macamana nak pahamkan adik2 beradik dan mak ayah mertua yg saya pun banyak kerja jgk sebenarnya walopon bunyinye tak bekerja. Hard. Really.It.Is.

Two days ago, sebelum outstation Mr.F dah pesan siap2. Cuti 6 hari ni dia nak spend betul2 utk ank2. So..... Tlg keluarkan dari kalendar other events.

Baiklah.......... ;)



~US~



- Posted using BlogPress from my iPhone