Sunday, January 19, 2014

Homemade Glue for Kid

Boleh tak diterjemahkan sebagai GAM BUATAN SENDIRI? Boleh kan? Hohoho.

Instinct mak-mak saya merasakan sekarang dah sesuai untuk Imtinan buat collage. Sbb dia pun dah boleh menerima arahan dgn baik. Masalahnya cuma satu. Gam. Tak tau nak guna gam apa yg sesuai. Apa-apa aktiviti homeschooling untuk imtinan memang nak kena amik kira Iman jgk. Iman skrg masih dlm proses merasa. Semua benda nak masuk mulut. Nak kena perhatikan dia dan bantu imtinan "belaja" dalam satu masa yg sama bukan mudah. Boleh buat. Tapi kena kreatif. Otak kena pusing sana pusing sini nak berpikir apa mende aktiviti yg sesuai utk Imtinan dan dlm masa yg sama tak membahayakan Iman. Dan jugak nak kena berpikir mcmana nak jadikan aktiviti utk Imtinan tu Iman boleh join sama.

Kalau boleh taknak la exclude-kan Iman dari aktiviti kitorang bersama kan. Dan taknak jgk terlalu banyak say "NO" untuk dia. Tak elok kan anak membesar dgn terlalu banyak perkataan "jangan" / "no"... Seolah2 kita mewujudkan aura negatif di sekitar anak-anak. Hamboih....

Eh terpanjang pulak...
Ok back to the track...hahaha...

Saya try google search "homemade glue"....wohohohoooo banyak kot website yg bagi resipi. I tried one of them. Alhamdulillah. Hasilnya memuaskan.

Meh nak share plak..senang sgt....
Dan....sedap sebenarnya. Mcm kuih rasa dia...tiihihihiii...


Bahan :

1 cawan tepung
1/3 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh cuka

Boh tepung, boh gula, boh separuh dari sukatan air tu. Kacau2 biar hancur tepung yg bergentel2 tu. Feel dia mcm buat kuih bula puasa..haha..



Proses mempenyekkan tepung. Pastu dah hancur tepung2 tu masukkanlah belen air td tu. Gaul adunan jap. Adunan akn jd cair mcm kt bwh ni :


Pastu masak lah. Gaul2 non stop waktu masak tu sampai jadi likat melekat mcm ni. Tutup api. Sejukkan.


Dah siap.


Masukkan dlm air tight container. Simpan dlm peti sejuk. Menurut kata tuan punye resipi asal ni tahan 6bulan simpan dlm petisejuk youuu...jimat belanja gam sekolah anak2..hahahaha...




Hasil collage guna gam buatan sendiri...


Tukang buat collage...first try.


Suke dia...walaupun terkena marah jgk sebab taknak berenti main gam. Haha...

Ok tu je...
#entri ni dah 2 bulan dalam draft...keh3...



Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. Dulu kecik2 mak akak buat macam ni jugak tuk kiteorg adik beradik.... huwaaaaaa... nages sebab terkenang sangat kat arwah... gigih die tuk senangkan hati anak2 biler malam2 nak buat kerja sekolah tapi takde duit nak beli gam... sobsoobbsss

    ReplyDelete
  2. Serius mak akk buat sndri gam? Terer nye dia... Besar jasanya utk ank2..mudah-mudahan semua tu dikira sbagai pahala dan amal kebajikam utknye kt sana..Tp mmg bagus la gam ni. Xde bau gam yg mcm kita beli kt kedai tu...

    ReplyDelete