Ok la...
syabas untuk diri sendiri sebab berjaya up entri selama tiga hari berturut-turut.
This is rare. Very rare...hahaha poyo!
Yela bukan senang uiks nak up entri konsisten macam ni.
Taktau la bertahan berapa lama attitude cenggini.
Siap gambar edit bagai.
Tak syabas lagi macam tu?
Tak syabas tak dapatla air freee...haha
Tetttttttt...
Ni gambar freezer kitorang.
Pun gambar lama jugak. Godek-godek laptop nampak ada banyak pulak gambar.
Marilah kita bercerita sikit...
CARA ORGANISE/SUSUNATUR BAHAGIAN FREEZER.
Sama jugak dengan cara saya susunatur bahagian sayur-sayur. [sila klik untuk membaca..gituuu]
1. Saya guna bekas-bekas plastik jugak.
Saya start guna cara macam ni kalau tak silap year 2012.
So lebih kurang dah 2 tahun la kan bertahan teknik ni.
Tu tandanya cara ni sesuai dengan gaya hidup kami anak beranak.
Syabas bete syabas.
Reason guna bekas plastik ni sebab murah. Andaikata pecah pun tak ralat nak buang.
Ganti je baru. Alaaa selalu blh dapat free je pun bila tapau nasik arab.
Tapi biasanya bekas-bekas plastik ni tahan lama la jugak.
ok la..suka la. Nak handle pun senang.
Terpaling best sekali sebab senang nak nampak apa isi dalam.
Dan yang terpaling paling paling best sekali sebab bekas ni jenis yang sama kaler dan sama saiz.
So bila susun tu cantik je kejadiannya.
2. Bahagikan lauk-lauk mentah kepada portion kecik.
Ikut berapa portion sekali masak.
Eh, ini rasanya semua orang pun buat macam ni kannnnn...
Nanti lauk pun akan kekal fresh.
Lauk-lauk mentah ni kalau duk ulang-ulang keluar masuk peti, lama2 jadi kurang fresh.
Silap-silap boleh kena food contamination.
Newlyweds biasa tak ramai la yg tahu benda2 macam ni, unless kalau mak dah siap2 bagitu.
Hahahaha...
Ingat lagi mula2 kawin dulu (year 2008) , simpan udang dalam peti semua sekilo satu bekas.
Bila time nak masak keluarkan rendam air kejap pastu pelan-pelan cungkil sekor-sekor guna garfu.
Hoih fail sangat rasa bila kenang2 balik..hahaha..
Yela, mana biasa kan. Time anak dara kat umah mak biasa je setengah kilo udang tu sekali masak.
Mau tak, dah tinggal sampai 6-7 orang, masak pun banyak la.
Dah kawin, tinggal berdua je dengan cik abang, sekali masak paling banyak pun seploh ekor je.
3. Label
Kalau rajin buat la labelling.
Saya ni pun bukan sentiasa sempat nak tulis label semua tu.
Time free buat. Time tak maafkan je diri sendiri...
Alah, yang masuk dapur pun saya sorang je.
Mr.Faris? Memang takkkk laaaa...hahaha...
Tapi kan, labelling ni membantu sebenarnya.
Walaupun kata dah guna plastik jenis cerah boleh nmpak terus ke dalam,
tetap bila dah beku, visibility tu kurang.
Especially kalau ayam...mana part peha,mana part dada, mana part kepak,yada yada yada....
Enjoy the picturessss..
1. Box merah : Bahan-bahan yang takde kumpulan/geng/kawan2..
Contoh dalam gambar tu ada tray putih kecik tu, pastu ada leftover sikit, cheese 3-4keping,etc.
2. Box biru : Ada bekas kecik tersusun kan..Dalam bekas kecik tu adalah daging cincang. Beli sepeket pastu asingkan terus kepada portion kecik-kecik. Kadang-kadang bahagian isi ayam/daging yg dah dipotong kecik pun simpan macam ni jugak. Biasanya guna untuk rencah goreng mi ke, macam tu.
3. MyChef : Tu bekal Mr.Faris bawak pegi keje tu. Hehehe...
Stok makanan kudap-kudap biasa letak kat tepi pintu ni.
Dalam proses nak kurangan makanan macam ni sebenarnya. Pelan-pelan kayuh.
Sekarang tengah belaja slow2 buat stok nugget sendiri, donut &karipap frozen sendiri...
Tapi biasalah time constrain kan...huhuhu..
Ni rupa freezer di hari yang lain pulak. Restock barang basah biasanya dua minggu sekali.
So dua minggu sekali keadaan dalam fridge akan berubah.
Tapi cara penyimpanan maintain.
Tu nampak leftover banyak kan, huhu..
Ni kalau macam ni biasanya time mak&ayah mertua datang.
Biasala orang tua kan jenis sayang nak buang.
In a way baguslah bila sayang nak buang tu. Tak membazir.
Saya pulak jenis yang atas meja makan kena kosong.
Lepas makan time, meja mesti clear. Taktaula kenapa...tapi cannot la tengok kalau ada makanan banyak atas meja. So, kalau time mak ayah mertua ada left over tu saya masukkan dalam plastik terus masuk freezer. Esok nak makan panaskan. Tapi kalau time family Mr.Faris ada ok la tak membazir.
Niyang jadi lambakan leftover dalam fridge ni bila diorang dah balik.
Takde sape nak makan sudahnya. Lama-lama terpaksa jugak buang. Huhuu.
See the lauk pauk mentah ni bila masuk dalam bekas plastik murah camni nampak kemas kan.
Hahahha...matilah, memuji mendiri mesendiri ni..
Ok, cer tengok rapat-rapat...nampak tak dalam bekas plastik tu eceli ada plastik lagi.
Yes, i know so many plastic bags equals to not go green.
T_____________T
Forgive me for this dear earth.
Dalam setiap bekas tu ada dalam 3-5 portion. Contoh la dlm bekas yang label 'ikan kembong' tu kan, eceli ada 5 portion. Each portion ada la dalam 2@3ekor ikan kembong, masukkan dlm plastik, bungkus,then baru letak dlm bekas plastik besar tu.
Paham? Huwaaaaa...nangis nak explain.
Ni ketul ais, pon masukkan dalam bekas plastik jugak. (Zoom in bekas berpenutup hijau tu).
Saya kan.... cukup la sakit mata kalau bukak petiais nampak bekas plastik ais ketul segedabak besar dalam freezer. Makan ruang pun ye jugak.
Dan, kelapa parut tu adalah kes-kes terpencil tu. Jarang sangat kat umah ni nak ada stok kelapa parut. Biasa beli ni bila nak buat inti kuih ketayap je..Ada lebih, bahagi dua portion, frozen kan. Besok-besok boleh buat lain yg inti kelapa lagi.
Ok,dah tu je...
Penat uiks.
No comments:
Post a Comment