Saturday, February 22, 2014

Hectic ? Out of Time? Exhausted ? Hurry ?

Takyah susah2 jawab...takde hadiah pon. Ekekeke. Hari tu penah citer kan yg Mr.Faris sekarang ni everyday kat rumah? Tak outstation dah.. (Malas nak backlink entri biasa je pun). Merasalah camana suami ada hari2 kat rumah, kelua pagi balik maghrib. Pulak dia bukan 3 bulan off boleh lepak2. 3 bulan yg sgt sibuk. Kelua pagi pegi kelas. Balik maghrib, sambung study sampai 2,3pagi, esok pagi2 kelas lagi. Kehidupan apekah itu?

Adela jgk hari2 yg takyah pegi kelas. Instructor kata boleh stidy kat rumah je. Sebab diorang mmg dapat satu laptop yg dah siap notes semua dlm tu. Tp system tetap boleh cek samada betul ke tak diorang dah khatam syllabus tu. Macam tu... Ade berani nak skip2 topik? Ekekeke... Jadi kalau dia stay kat rumah tak pegi kelas pu keadaan dia adalah mcm ni :




Tak cukup laptop company bagi. Laptop sendiri pun guna. Ipad lagi. Manuals lagi. Gigit jari la kita yg memandang ni.


Curi-curi snap je ni.

Sebagai isteri yg mithali (T__________T) saya mmg cuba sehabis bole la nak reduce stress dia. Kalau boleh semua keje rumah tu nak buat sendiri. Anak2 nak handle sendiri. Selama ni ingatkan dah cukup penat dah uruskan rumahtangga dan anak-anak sendiri bila Mr.Faris kelua outstation. Tp rupanya life sekarang lagi penat kottt.

Kalau dulu outstation dalam 3,4 hari (mostly la). So 3-4hari tu je lah penat pon. Kang dia balik. Dah ada kat bumi malaysia ni rasa tercabut melayan semua penat. Mr.Faris ni jenis yg rajin buat keje jgk. Mcm vakum rumah, basuh baju, iron baju, buang sampah...kemas2 rumah...kira saling buat la. Saya penat dia buat. Dia penat saya buat.

Tp sekarang ni mmg kejam la kalau nak berkira jgk. Seboleh2 dia balik tu biar rumah setel. At least ruang tamu dah bersapu...Anak2 dah siap mandi, dah siap makan, dinner dah siap. Mak nye pun bior le wangi2 cikit...ape salahnye menyenangkan hati suami. Pahala tu oiii...nak harapkan amal ibadat atas sejadah dah kurang ;->

Dan sebenarnya rasa penatnye... Penatnye nak kena bangun pukul 6, lepas subuh siapkan breakfast, terus masak lunch budak2. Dan dlm masa yg sama ank2 bangun nak menempek jgk. Ptg lepas asar ketung ketang kat dapur dah utk dinner, kemas rumah, then laju2 siapkan anak2 mandi, mak mandi, so that by the time mr.Faris sampai rumah semuaaa dah ready. So dia blh study dgn aman.

Tp biasala budak2...sehari papa takde... Nampak muka makan pun nak join papa sama walaupun siang2 dah siap suap. Bersepah lagi. Mlm2 ank dh tdo nak kena kemas dapur pulak. Kemas meja mkn pinggan mangkuk semua tu.

Tapi kan eceli mula2 je rasa mcm tu. FIRST WEEK JE. Pastu bila dah biasa, dah kewwwllll dah. Dah boleh rilek dah. Sebab dah ada ESTABLISHED ROUTINE. Tu yg penting nye... Kita dah tau what is next...and next...and next... Dah blh plan aktiviti dlm kepala.

Tapi Imtinan best la pandai dia psiko Papa dia. First week yg bizi tu kan, hari Jumaat pagi sebelum Mr.Faris nak gerak g kelas dia sound "Alaaaa...Papa nak tinggal kakak lagi la tu?" Merembes airmata bapaknye.....hahaha...

Pastu mr.Faris pun ada jgk la usaha utk membantu kalau nampak sy penat sangat. Mcm kalau tiba2 class blh balik awal, dia saje tak bagitau so that takde la saya ni terkejar2 siapkan rumah dan ank2...tau2 dah dekat nak sampai rumah dia wasapp suruh siapkan ank2 mkn kat luar je.

" sori xsempat kemas. Rumah besepah."
"Takpe...sekali sekala dpt tgk rumah bersepah best jgk..."

Gitu.....tp sebagai isteri rasa sejuk hati dgr kata2 mcm tu. Terbang melayang semua yg penat2 tu...masuk yg positif je ;)

"Kesian ayang...hari2 buat keje tak penah siap2..."

"Takpela...ayg ok je...kerja2 rumah mmg mcm ni"

"Tak blh la mcm tu...keje abg, abg nk siapkan. Keje ayg, tak siap2...padahal kerja2 rumah semua tu pun satu pekerjaan jgk..."

Terus bersemangat balik. Hahaha... Sesuatu sgt hati ni.

Fatimah anaknda Rasulullah SAW bila dia mengadu penat pada Rasulullah SAW, Rasulullah pesan suruh berzikir sambil buat kerja.

Cuba lah...
Subhanallah...alhamdulillah...AllahuAkbar..
InsyaAllah bersemangat dan kurang la sikit rasa letih lesu sendu sebu tu... ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. fewiittt....suka sgtttt orang share rutin harian mereka...kongsi 'keserabutan' bersama gituuu...hihi....apapun wish u best of luck my dear...=)

    ReplyDelete
  2. serabut yg seronottt....hehe
    *dah blh komen dah..tp guna laptop sajorrr*

    ReplyDelete