"Bicara Kita Bicara Sufi, Tanpa Suara Tanpa Bunyi, Namun Tak Sukar Dimengerti, Kerana Ia Lahir Dari Hati, Jua Hadiah Buat Hati"
Thursday, March 6, 2014
Life
Hari2 bangun pagi solat Subuh.
Lepas Subuh buat breakfast (kalau hasben nak makan).
Kalau tak sambung tido balik.
Bangun.
Golek2 dengan anak-anak, mandi sama2.
Breakfast seadanya.
Beraktiviti dgn anak-anak.
Tengahari masak. Lunch sama2.
Sambung aktiviti.
Kudapan petang anak-anak.
Masak dinner. Makan dinner.
Pastu mandi.
Atau mandi dulu, kemudian makan malam.
Bedtime story session.
Anak-anak tido.
Mak bangun, setelkan laundry.
Kemas ruang tamu.
Kemas dapur.
Sidai baju.
Lipat kain.
Iron baju.
Blogwalking.
Update entri kalau ada modal bersembang.
Prepare bahan utk aktiviti ank2 esok.
Tidur
Life yg nampak simple tapi tak berapa nak simple mana pun.
(Perlukan kekuatan fizikal sikit lah. Kalau asyik tak laraaaat je mmg tak terbuat semua keje2 rumah tu.)
Sampai satu tahap, terfikir satu perkara....
Mananye sumbangan aku pada masyarakat?
Dari pagi sampai ke pagi esoknya...Mana? Ntah la....
Walaupun dulu bila abah mertua persoalkan isu ni, saya mmg yakin yang menghasilkan anak-anak yg hebat tu pun satu sumbangan pada masyarakat. Sumbangan jangka masa panjang.
Tapi...Ntah, kadang2 mcm takut. Ye ke apa yg aku buat untuk anak-anak ni? Betul ke didikan yg aku bagi ni? Mampu ke menghasilkan anak yg cemerlang? Kalau AL-Fateh mampu menakluk kota Costantinople pada usia belasan tahun (17 ke 18 lupa) ..kalau Salehuddin AL-Ayubi mampu mengetuai angkatan perang ke Baitul Maqdis, pon di usia belasan tahun (13 tahun kalau tak silap)...kalau Fatimah Azzahra putri Rasulullah wafat diusia 29 tahun (lebih kurang) dgn jasa yg sangat banyak pada agama....siapa pula Sofiyya Imtinan dan Sofiyya Iman di usia belasan tahun nanti? Cuma di sekolah bertarung utk SPM sahaja kah? Kalaupun dapat 40A sekalipun, belum cukup hebat tu. Ke mana nak bawa A tu? Macamana nak jadikan A tu satu sumbangan untuk agama? Kalau setakat nak suruh org pandang yg kita bijak kita bagus itu dah lari dari tujuan asal...Kalau setakat nak keja best dpt income masyuk..pon lagilah lari jauh tujuannya...
Ataupun sama macam mak dia ni...umur dah 28, masih terkial2 nak update blog pun tak reti. Muqaddam pun tak habis hafal. 30 juzuk apetah lagi. Hadis 40 jauh sekali. Sunan Sittah lagiiiiilah tak nampak bayang. 'Kitab' undang-undang tu tolak je ketepi dulu. Bukan tak penting. Tapi apelah sangat undang2 manusia jika dibandingkan dgn kanun Allah?
Malu pada diri sendiri.....
Kena lakukan sesuatu ni...yes yes kena lakukan sesuatu sebelum terlambat.
Sebelum dah tak dapat nikmat bernafas di muka bumi Allah, kena jugak lakukan sesuatu....
Sesuatu...oooohhh sesuatu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akk da melalui fasa tu...ops 'da' tu tak sesuai digunakan sebab skrg pun kdg2 masih mengalami persoalan2 mcm tu,,,rasa mcm kalau Allah panggil balik sekarang entah amal apa yg ada..amal khusus rasa mcm serba tak cukup...utk umat..aduuhhh jauhhh sgt lg rasanya...cuma as time goes by, cuba carik apa yg seronok dilakukan dan how to use that hobby as medium of dakwah...masih mencuba lg ni..jom sama2 su...;)
ReplyDeleteYang seronok nye adalah pk nak enjoy je la...hik3...
ReplyDeletetu le masalah nye...hurm....
selalu -selalu la ingatkan saya ni..cepat lalai saya ni...