Yang...bangun yang... Ada aircraft went missing.
Saya : Aircraft apa? (Sambil mamai2).
Triple 7 yang.. (B777). Operate pegi Beijing.
Saya : Airline mana?
MAS lah...
Sambung tarik selimut balik...takde apa2 lah...MAS kot...takkanlsh..Serius mengantuk sgt2. Mata takleh buka. Sambung tido....huhu..
Pukul 10 bangun mcm teringat-ingat apa yg mr.Faris bgtau. Pegi bilik dia tgh study. Tengok dia tak study pun. Lah abg buat apa ni? Jap lagi exam tu... (Mula nak membebel dah...)
Mr.Faris : Abg tak boleh la yang...
Lama saya tgk dia...cuba paham apa yg dia rasa. Nampak airmuka sendu dia. Saya jenguk tgk dia tgh ushar email senarai nama crew yg ada dlm B777-200 yg hilang tu..
Abg kenal ke kapten dgn FO (flight officer) tu?
Mr.Faris : Kenal... FO tu junior abg kat flying school dulu. Takla close sgt. Tp member sembang2 jgk la..Kapten tu plk instructor (jurulatih) tu...
Saya : Macamana blh went missing?
Mr.Faris : ntahla...weird case jgk ni... (Then we discussed all the possibilities and theories of bla bla bla and bla.......)
Dah hbs dia brief teori semua tu..saya suruh dia sambung study. Tp dia kata dia tak boleh.
Saya : Agaknya sbb tu training flight kot? FO belum biasa lg dgn function aircraft tu? (Cuba2 nak sogok teori kurang bijak la kononnya...) Dia geleng. Muka serius. Tp kosong. Muka kosong paham tak camana? Huhu...
Mr.Faris : This is B777. Not B737...walopon training tp dia dah biasa operate flight. Lainlah training B737..org bru nak sentuh aircraft...Plus kapten tu instructor yang..byk experience dia tu..Bukan senang nak jadi examiner ni...
Mmg nampak sgt dia mcm tak brapa nak tentu arah. Nampak keadaan dia tu mcm "berat". Eh tak tau la nak cakap camana.
Saya : Abg kenapa? Ada apa2 nak kongsikan dgn ayang x?
Mr.Faris : hurm...takpelah ayg g la mandikan budak2...i'm okey...insyaAllah.
Lamaaaaa lepas tu tgh siapkan ank2 kt bilik Master, Mr.Faris tetiba masuk bilik...
Dia kata dia nak peluk saya...
Saya : abang...kita doa la biar selamat. Takde apa2 tu. Semua ok.. Abg jgn risau sgt lah..priority goes to your simulator kejap lg. Habis sim kita borak balik psl ni..ok?
Mr.Faris dia tenung mata saya dalam. Lama... Pastu dia cakap :
"Ayang...that was abg punya flight tu yang. What if abg tolak offer untuk tukar ke AIRBUS A380 hari tu? And what if last night flight to Beijing tu abg yg operate?"
Nampak jelas sangat sendu kat muka dia. Ok paham dah kenapa. Paham dah. Sebab sebelum ni memang dia pun selalu operate B777 ke beijing tu.
Lepas tu Mr.Faris kelua pegi Subang, attend simulator test dia. Saya pulak tersendu sorang kat umah. Malamnye lepas Mr.Faris balik, kitorang pegi KLIA. Keadaan kt KLIA tu biasa je. Takde la chaotic ke apa. Sbb dah malam pun kan...Tp feel dia sgt lain. Seramai2 ummat manusia kat situ, keadaan tetap sunyi...muka staff2 pun nampak lesu je.
Uneasy feeling.
Dari pagi semalam sampai ke hari ni, dia tetap mcm tu. Saya pun takde rasa nak senyum. Takde rasa nak ketawa. Cud you guys imagine how a cheerful hubby and a talkative wife suddenly turn.............
(I have no word to put)
Takde semangat.
Lemah longlai.
Letih.
Padahal we dont have any family member involved in the accident pun. Sekarang ni rasa nak nangis je utk lepaskan sebak dan sayu...
Cuba buat list senarai barang yg nak beli hari ni...after 1 hour :
Ni je blh tulis. Tak tau nak tulih apa. Blank. Seriusly tak blh fokus. Mr.Faris pun smlm tak study pun. Balik dari KLIA, terus tdo... Dia cakap dia rasa penaaaaaaat sgt. Sangat-sangat penat. Huhu....
Ok cukuplah kisah sendu kami ni.
Kalau kitorang yag takde kaitan mana ni pun boleh terasa dgn kehilangan tu. What more the family members? As human, i please all of you do not spread any unofficial information. Please please please.
Takyah share eh kalau takat news tu dari status facebook ke, print screen twitter ke, whatsapp ke...if u really believe on any information, just direct away inform the authority..
Ni pun org share kat whatsapp jgk.
Mana proof? Kalau ye betul pun takyah spread lg. Tunggu authority confirmkan dulu. Yg cakap terselamat pun tak kurang jugak. Selamba je up status "pesawat dah selamat mendarat di vietnam. Semua mangsa selamat". I hope this is true. I really hope. But please dont spread it yet. What if it turns wrong?
Fikir keadaan family mangsa same lah. Mak ayah. Wife. Anak2. Siblings. Seronoknye bila tgk org kata selamat. Dah hepi seronok gembira semua.....Tp rupanya sebaliknya? Paham tak rasa tu camana? Ni soal nyawa manusia. Soal keselamatan. Bukan benda main2 yg boleh jadikan medan pertandingan "sape cepat up latest news dia hebat". Tolong eh pikir family mangsa tu. Cer kalau victim tu adik beradik korang? Mak ayah korang? Anak korang?
Ada jgk status yg ckp "Macamana pun aircraft tu xleh nak terbang dah. Dah habsi minyak. Samada meletup atau terjunam dalam laut dah tu". Amboiii sedapnye. Takpe nak pikir mcm tu pun takpe. Tapi pikir je cukuplah. Nak speculate apa pun speculatelah...tp biar among korang je. Takyah nak spread secara worldwide sgt.
Tu yg si Shariman Omar tu apa cerite la pulak duk up kata pilot pas lah. Pilot pas bo*** lah apelah...ni sape yang bo*** tak tau lah ni. Nampak muka si shariman ni macam dah 30an. Tp taktaula kot jenis muka nampak tua tp sebenarnya baru umur 12 tahun (lahhhh sangattttt). Sape tau kan? (Nada menyindir) . Yang kita ni nak letak picture pun x mampu je. Rasa sebak pulak nak tenung muka FO tu. Dia blh bantai cakap mcm tu? Tetiba esok2 ni jadi saspek baru tahu. Cepatlah insaf encik shariman oiii.
Apapun biarlah doa tu jgn putus. Letakkan keyakinan pada Allah. Let us unite and pray for the aircraft to come back. Come back and come back. Whether there is news hidden or not biarlah...dah luar bidang kuasa kita. Selamat dulu. Lepas tu baru kita pikir apa punca blh jadi mcm tu. Saat sekarang ni cuma DOA je yg boleh bantu. DOA je medium kita dgn ALLAH. Doalah bersungguh2, dgn penuh pengharapan yg ALLAH MENDENGAR DOA kita. Jgn pandai up kat fb je suruh doa tapi belakang tak doa pon???
Latest PC saya tgk kat tv3 tghari tadi yang kata dah dapat detect radar (through radar tentera). The aircraft MAY BE penah turn back. Maknanya dlm keadaan cemas di malam kejadian tu, diorang dah divert ke mana2 airport, top up minyak, dan turn back. Ataupun terus turn back..(tak sure)..and then hilang balik. Bunyi mcm tak logik la tapi. Sebab kalau dah stop mana2 airport sekalipun kena contact control tower jgk kan untuk inform. Takpelah. Apapun KEMUNGKINAN tu ada. Keajaiban tu hanya milik ALLAH. Bila dia berkata "kun" maka terjadilah benda tu. Allah sahaja yg mampu ubah takdir.
Seriously saya mmg follow sungguh2 berita kehilangan ni. Deep inside ada sesuatu yg mendorong saya utk "ambil tahu". Saya pun tak tau kenapa. Mungkin sbb tu berkait dgn bidang kerja Mr.Faris. Ntah.
I said to him once; "If i am an heir of bangsawan, i wouldnt allow u to work as pilot. Anymore."
He replied ; "i wish too...."
Smile.... :-)
Semalam i said the same thing to him again. Dia pandang saya pastu dia cakap :
"Fatal accident could happen anywhere. Kereta eksiden. Motor eksiden. Bas eksiden. Cedera ke, meninggal ke, kat mana2 boleh terjadi. Kat mana jasad kita tu tak penting. Kat mana kubur kita pun tak penting. Kat laut ke, kat darat ke, kat perut haiwan sekalipun jasad kita tak penting. Sebab roh akan pergi menghadap tuhan juga. YANG PENTING MACAMANA KEADAAN ROH KITA WAKTU MENGHADAP ALLAH. "
Terpaku sikit dapat peringatan macam tu. Betul jgk.
-Posted using BlogPress from my iPhone
Ya Allah...kita hanya mampu merancang,Allah yang mengkehendaki setiap sesuatu...dari semalam dok sebak jer...pray for them...moga semua selamat hendakNya.
ReplyDeleteMay Allah protect them. All of them. huhu...
DeleteMood masih kelaut lg ni. seminggu x jengah blog.
Allahu rabbi, sesungguhnya semua kuasa Allah..bila dgr berita ni, teringat kat ur husband. terus bukak blog ni. :( Moga segalanya terungkai secepat mungkin. Pray for them.
ReplyDeleteHuhu terima kasih kak concern jgk dgn keluarga kecik kami. Harapkan yang baik-baik utk mereka semua..huhu...
Deletep/s : akak update la velog...... T_____T
husband awak pilot ke sue?
ReplyDeletejom sesama keep praying...doa yg baik2 insyaaAllah..
Haah...same company plk tu. ckt sebanyak terasa la jgk..
Deletesampai skrg pun masih belum balik lagi diorang kan.. huhu.. camana la family diorang. Semoga diberi ketabahan.
ya Allah...akak pon speechless baca...terpikir pulak pasal en faris awak... yeahh..dekat..pasti jugak lebih terasa....-semoga selamat semua nya..insyaa Allah...-harini ada sedikit gud news-
ReplyDeleteSaya pun baca entri akak tu, through fon. Bila send komen tetiba kosong. Taktau kenapa. Sampai ke hari ni masih dalam keadaan berteka teki. dgn spekulasi lepas satu satu...penat kita fikir, enat lagi la ahli keluarga diorang berfikir.
Delete