Thursday, April 17, 2014

MA

MA

Wanita yang sangat tabah. Dari kecik panggil mak ni Ma je. Asalnye dari Mama tapi yg tinggal 'Ma' je. Kadang datang angin glamour panggil Mama jgk. Haha. Kecik2 dulu mak ni anak orang senang. Orang kampung yg senang. Sebab arwah atok sebelah mak ni org berduit. Bukanlah kaya raya. Cuma zaman dulu kalo orang banyak kebun, banyak haiwan ternakan, banyak tanah sawah, kira org senang lah.

Mak bukan org sini. Bukan orang Malaysia. Mak orang Thailand. Sebab tu mak tak boleh membaca dan tak bole menulis bahasa Malaysia. Kalau jawi terer ;) Arwah nenek sebelah mak katanya cina mari. Tp tak sure ye ke cina. Ke siamese. Tapi muka arwah nenek sebijik mcm cina. Muka bulat. Kulit putih. Mata sepet. Arwah tok plk memang Melayu tulen. So tak tau la nak cakap mak ni sebenarnya bangsa apa. Tapi claim to be Malay la. Sebab dibesarkan mcm cara org melayu muslim.

Mak kecik2 dulu kesayangan arwah tok. Semua ank pompuan dia tok sayang sebenarnya. Tapi kisah remaja mak ni tragis sikit. Pernah ada org jahat nak jadikan mak isteri. Padahal baru umur belas-belas. Ofkos la tok tak bagi. Sesuatu la kan nak bg anak kat orang jahat. Penah org tu bayar tok dgn duit yg banyak sbb nak beli mak. Helllooo??? Eii dengar pun rasa nak belasah je.

Sbb tok risau, so mak tak boleh pegi sekolah. Kena perintah berkurung dalam rumah. Sampai tok upah cikgu sekolah dtg mengajar kat umah. Sedih kan...mmg mak tak merasa hidup remaja mcm org lain. Tapi org jahat tu tak puas hati. Satu hari tu dia dtg umah tok bwk geng2 dia, letak parang kat tengkuk tok, pukul adik beradik pompuan mak yg lain, pastu diorang culik mak, bawak lari....jahat gileeee ini orang.
(Macam movie tak? Tapi ini seriussss).

Pastu mak kawin dgn ayah. Nak kata family arrangement pun tak jugak. Lepas kena culik tu, taktau camana mak boleh lepas. Lari kot. Lupa dah cerita tu. Pastu tok hantar mak stay dgn family angkat yg jauh dari kampung asal mak. Sbb nak "sorok" mak ni dari org jahat tu. Kat umah family angkat tu la mak jumpa arwah ayah. Ayah waktu tu baru balik dari belaja kat India. Terus pegi Thailand utk dakwah. Muslim kat sana waktu tu tak kuat lagi fahamannya. Bila first time ayah tgk mak kat umah family angkat dia tu terus berkenan. Ouchhhh....gigit jari je iolss dgr cerita ni. Hihi...

Lepas kawin dgn ayah, mak betul2 jadi isteri yg redha. Bukan senang jd isteri pejuang. Tambah2 Thailand, yg memang pistol, senapang, peluru, parang, bunuh-bunuh semua tu dah macam ulam-ulam buat cicah sambal belacan je. First, diuji dgn kesusahan. Ayah bukan ada income pun kat Thailand tu. Keja ikut dapat je. Cukup la utk isi perut anak isteri. Saya takleh imagine camana mak blh adapt dan tukar cara hidup dari orang senang kepada org susah mcm tu. That's life.

Lepastu ayah buka sekolah kat sana. Sekolah berstatus pondok. Lepas buka sekolah tu hidup tak sempit sgt. Agaknye berkat buka tempat ilmu kot. Ntah. Tp ada ujian lain. Ujian serangan peluru. Puak2 bukan Islam mmg tentang la kalau ada tempat2 utk sebar agama Islam ni. Waktu tu mak dah ada tiga anak lelaki. Berderet sorang setahun. Amboiii rezeki sangat ;p
Mak cerita kadang tgh mkn malam bunyi peluru berderai atas bumbung. Terus paut anak2 bertiga sama2 meniarap. Sbb peluru mmg org tembak menembusi dinding (rumah atap kan dulu2). Kalau berdiri ke duduk ke habislah. Kalo meniarap insyaAllah selamat. Peluru lalu kut atas kepala je. Tu ujian dia sebagai isteri pejuang. Takleh imagine if it was me. Huhu..mesti saya dah merayu2 kat Mr.Faris...udah-udah le tu bang...huhu...

Lama kat Thailand, sampai masa abang sulung nak masuk darjah satu. Ayah tak nampak masa depan sekolah kat Thailand. Terpaksa hantar abang sulung balik tinggal dengan arwah tok kat malaysia plak. Mak. Cekal mana pun hati seorang pompuan tu dia tetap mak. Seorang mak takkan pernah boleh bertoleransi tentang soal berjauhan dgn anak2. Setahun lebih je mak bertahan. Akhirnya mak&ayah pindah balik Malaysia. Mula kehidupan kat sini. Until now.

Mula2 pindah balik Malaysia tu ayah keja kat Rantau Panjang. Jadi cikgu/ustaz. Abang sulung pulak tinggal dgn tok kat Pengkalan Chepa. Area Kota Bharu. Dan bersekolah kat situ. Mak pun ayah suruh tinggal sekali dgn tok je dulu. Biar ayah sorang2 kat Rantau Panjang. Taknak mak hidup susah lagi sbb kehidupan waktu belum establish. Sampailah lahir abg nombor 4. Pindah duk rantau panjang tinggal sama2 dgn ayah. Mak cakap dia tak tahan dah benornya duduk dgn tok. Jiwa dia sakit. Hari2 kena laser je dgn nenek. Nenek ni eceli mak tiri ayah je pun. Tu yg takleh terima mak ank beranak menumpang kat situ tu. Eh tp tu cerita lama lah. Sekarang semua dah baik2 dah.

Mak kerja keras utk besarkan ank2. Untuk hantar anak blaja tinggi2 eceli. Gaji ayah ofkos tak cukup. Tapi rezeki Allah tu sentiasa ada. Mak buat jualan kecik2. Tapi income masyuk jgk la. Jual nasik lemak, nasi kerabu, nasi berlauk...semua2 lah. Mula2 jual kat tepi jalan. Pastu sebab asyik kena kacau dgn org2 lelaki yg jahat, mak buat jualan kat umah je. Ada rezeki ada lah org dtg. Pastu ada jgk mak supply karipap kecik2 utk syarikat bas mutiara. Tu pun income masyuk jgk tu. Berdikit2 mak kumpul duit. Dpt beli gelang besor2...tapi x pakai sgt pun. Simpan utk masa depan.

Bila abg sulung dapat sambung blaja pegi Mesir,mak gunalah hasil jualan dia tu utk tampung duit ayah hantar anak pegi blaja. Tiket kapal terbnag yg mahal, duit blanja bulan2, semua tu kalo dikumpul2 makan ribu. Pastu tahun yg sama jugak abang nombor dua dapat blaja kat UIA. Tahun berikutnya abg nombor tiga pun pegi further study kat mesir jugak. Alhamdulillah. Tapi still duit mengalir macam air. Waktu tu lah kami adik2 yg kat umah ni kena ikat perut sikit. Makan lauk kena catu la sikit. Takpe...hantar utk abg2...

Kemudian tak cukup dgn rezeki jualan makanan, mak&ayah buka kedai jahit cum bengkel. Ayah attend course. Pastu sambil ambik tempahan dari tokey2 baju melayu, ayah ajar jgk org2 yg tak pandai menjahit ni dari A-Z. Macam rekrut la kekdah dia. Ayah ajar smapai pandai pastu keje dgn ayah. Jadi tukang jahit kat kedai ayah. Termasukla mak yg takde basic menjahit tu. Dari tak reti apa2 gigih mak belaja sampai boleh jahit slack. Semuanya demi anak-anak. Alhamdulillah, rezeki masuk sampai boleh buatkan rumah utk pekerja and all. Dari dua orang pekerja sampai berpuluh2.

Tapi tak lama.
16th August 2000, ayah meninggal. Isteri yg setia itu menjadi sepi sesepinya. Bisnes kedai jahit mak dan ayah merudum. Akhirnya tutup. Meneruskan hidup sehari2, mengayuh mesin jahit hanya utk anak2. Menolak setiap pinangan orang, juga demi anak-anak. Mungkin juga demi kasih pada ayah. Hidup mak start terduga balik. Malam2 mak stay up sampai 2,3pagi menjahit. Dan menjahit tu cuma alasan. Sebenarnya mak tak boleh tidur sebab rindu....teman tidur dia dah takde. Saya satu2 anak perempuan yg temankan mak tidur. Tapi anak dan suami tetap takkan sama kan?

Kemudian selepas ayah, tok pulak meninggal. Mak terduga lagi. Selang tak lama lepas tu nenek pulak meninggal. Waktu tu nampak mak murung. Bersedih. Suami, ayah,dan ibu. Ketiga-tiga kesayangan mak pergi dalam tempoh masa yang dekat-dekat. Kesian mak. Hilang tempat bermanja.

2007, waktu saya di pusat matrikulasi IIUM, mak kena serangan stroke. Major stroke. Kami usaha sungguh2 utk pulihkan semangat mak. Anak-anaklah doktor terhebat seorang ibu sebenarnya. Sebulan lebih saya bantu mak buat terapi sendiri kat rumah. Kembalilah mak bertatih, dan alhamdulillah...walaupun langkah mak tak secekap dulu, cakap mak tak selebat dulu, tapi alhamdulillah semua anggota badan mak berfungsi kembali. Sempat saya dan Mr.Faris bawak mak pergi bercuti kat KK waktu tu. Tak sempat bawak mak pegi umrah je.

2010 - serangan stroke kali kedua. Major stroke juga. Kali ni lebih berat lagi. Seluruh badan mak tak berfungsi. Cuma dapat kelip mata. Suap makanan pun tersedak keluar balik. Waktu tu kami anak-anak berusaha sehabis boleh utk kembalikan mak macam dulu. Pesan doktor-doktor pakar...JAGA EMOSI. Sbb jaga emosi mak juga lah kami tak hantar mak ke hospital. Biar mak dapat rawatan kat rumah. Seminggu sekali bawak jumpa pakar. Hari-hari panggil tukang urut. Kemudian latih buat terapi kat rumah. Dari mak tak boleh suap makanan sendiri kami latih sampai boleh. Dari tak boleh bangun kami paksa sampai boleh. Kami adik beradik berpakat utk tinggal satu bumbung. Keluarkan duit, besarkan rumah mak sebesar-besarnya setakat mampu, utk keselesaan nak stay ramai-ramai. Termasuk saya yg stay di KL ni pun dapat jgk sebuah bilik. Alhamdulillah...Semuanya utk wanita yg terlalu byk ujiannya dalam hidup. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha yg berjalan seiring, semangat mak untuk pulih tu datang. Lama-lama mak dah boleh bangun. Boleh jalan. Boleh uruskan diri sendiri. Mandi sendiri. Angkat wudhuk sendiri. Walaupun sampai sekarang sebelah kaki dan sebelah tangan mak masih tak berfungsi. Takpe ma. Kuatkan semangat ma. Kami ank2 ada utk ma.

Banyak ujian mak. Sungguh2 banyak...

Tapi percayalah bahawa Allah tu adil. Walaupun Allah uji mak seberat-beratnya...tapi Allah kurniakan mak support system yg bagus. Mak ada adik beradik yg sangat supportive. Waktu mak kena stroke tu adik beradik mak dari Thailand bergilir2 datang jaga mak. Walaupun masing2 dah ada laki bini. Tapi takdehal,semua org paham. Maklong datang temankan mak 2 minggu. Tinggal paklong kt kampung. Pastu Ummi pulak datang stay 3minggu, tinggalkan Khali (suami dia) kat kampung. Kemudian Makda pulak datang 2minggu, angkut dgn Pakda sekali pun sama dtg stay. Pastu Pakteh pulak dtg stay,pon angkut makteh nye sekali. Ada sorang adik mak ni, pompuan. Suami dia dh meninggal. Kerja sendiri bukak kedai runcit utk sara hidup dan ank2 blaja. Pon sanggup datang temankan mak berbulan2. Tutup kedai ok. Anak2 dia kt sana adik beradik mak yg lain pulak tolong jaga. Nampak tak Allah tu adil?

Dan Allah kurniakan jgk mak menantu2 yg baik. Mak ada 4 orang anak lelaki. Bermakna empat orang menantu perempuan. Hebatnya Allah membersihkan hati-hati menantu permepuan mak ni sehingga mereka sanggup tinggal bersama di bawah satu bumbung, semata2 utk bantu suami jaga mak. Org pompuan mesti paham kan rimasnya tinggal bersama ramai-ramai, dgn masing2 ada anak-anak lagi. Aurat nak kena jaga. Hari-hari kena bertudung litup....phewwww...

Serius saya kagum. Kagum dgn bersihnya hati mereka. Kagum dgn adilnya Allah yg menjadikan semua ni. Allah bg mak ujian. Untuk kifarah dosa-dosa mak. Utk beri mak lebih pahala. Malah Allah tolong pula mak dgn menyucikan hati-hati org sekeliling mak so that kasih syg mereka-mereka ni boleh bantu kuatkan semangat mak.

Panjangkan entri kali ni? Iktibar dari kisah hidup seorang mak.

Rindu mak yg dulu-dulu....
T_________________T






- Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

  1. ya Allah..nanges baca..memang macam drama..tapi akak tau memang real punye cerite ni..ma awak mesti sangat cantik kan orang nya.. sampai kene culik..sampai ada orng nak.. sedih sangat rasa baca semua ni...tapi alhamdulillah..macam awak cakap..bahagian mak awak tetap baik biler dikelilingi orang2 yang baik... semoga ma awak cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  2. sampai nangis2 baca cite ni...kuat betul semangat seorang mak...beruntung sangat2 dikurniakan orang yang menyayangi saat kesusahan hadir...

    ReplyDelete
  3. Kak Aty & Khairiah : huhu...kite pun nangis jugak. Tambah sekarangmak dah makin tak sihat. Stay hospital dah sekarang ni...huhuhuwaaa

    ReplyDelete
  4. Allah...sebak terus baca perjalanan hidup mak su...mmg org yg hebat, sbb ujian hidupnya hebat..

    syafakillah utk mak su. semoga kembali sembuh dan sihat ceria ;')

    ReplyDelete