Assalamualaikum sahabat-sahabat kamar sufi. Semoga dirahmati Allah sentiasa.
Lama menyepi kembali saya mengukir seri di sini. Menguruskan si kecil Sofiyya Imtinan sendirian benar-benar menguji kesabaran. Dia banyak mencuri waktu-waktu senggang saya untuk berblog. Tapi dia tak mengerti apa-apa. Mahunya cuma perhatian. Comel bukan?
Semalam, saya mendapat panggilan dari seorang sahabat. Ini sebenar-benar sahabat. Sepanjang menjalin ukhuwwah dengannya dia tidak pernah berkata tidak untuk setiap pertolongan yg saya perlukan. TIDAK PERNAH. Mulia bukan hati dia..Hampir setahun saya tidak bertemu dia, entah semakin bulat, entah semakin susut..saya kurang tahu. Kami cuma berhubung melalui sms dan panggilan telefon. Kerana dia seorang muslimah solehah yg cukup terjaga keperibadiannya. Dia bukan mudah diajak lepak tak kira tempat. Itu saya faham.
Baru-baru ini phone saya rosak. Jadi lama juga kami tidak berhubung.
Semalam dia hubungi saya. Dia sentiasa ceria. Ketawa tidak putus, bertanyakan itu ini tentang Imtinan. Walhal hati berselubung duka. Dihujung ketawa itu ada getar suara yang saya tangkap. Ayahandanya baru meninggal. Saya pula yg terkedu. Kehilangan ayahnda tercinta perit yg amat. Saya lebih dulu merasai itu. Tetapi beratnya ujian sahabat saya kerana perginya ayahnda ini sekaligus menjadikan dia yatim piatu. Saya teringat kembali cerita-cerita dia tentang duka hilangnya seorang ibu. Kini ayah pula pergi. Peritnya hanya ALLAH yg mengerti, kerana kehilangan yg ini adalah kehilangan abadi. Kehilangan ini tiada ganti. Tidak akan ada lagi senyum ayah, tidak akan ada lagi tawa ayah.
Berdukalah semahumu duhai sahabat selagimana kau tidak mengeluh dgn ujian ALLAH ini. Bersendulah dgn tangismu selagimana kau tidak persoalkan kenapa ALLAH menjadikan takdirmu begini.
Sahabat saya Rabiiatul Adawiah, Tuhan memilihmu kerana dia tahu kau kuat. Lipatan masa akan membuktikan muslimah bernama Rabiiatul Adawiah Ibrahim ini teguh hatinya.
Saya tidak mahu menghalang dia menangis. Menangislah asalkan dihati ada redha..Tangis itu walau terhenti, akan tetap berulang dan berulang lagi kerana saya tahu, ada ketikanya bila rindu menjengah, hati akan tetap bergetar juga. Kerana yang ditinggalkan ini akan sering terasa bahawa rindu ini tiada ubatnya!
Kalau kebetulan sahabat saya ini menjengah ke sini, saya ingin dia tahu bahawa saya dan dia berkongsi rasa dan sendu yg sama..Tp sebagai manusia, kehidupan itu wajib diselusuri hingga kehujung walau sepayah mana jalannya....
Al-Fatihah buat ayahanda dia juga ayahanda saya. Moga mereka berdua ditempatkan bersama para solihiin..
Amiin...
No comments:
Post a Comment