Saturday, December 21, 2013

Selamat Hari Lahir Sofiyya Iman :-)

21.12.12

Selamat ulangtahun kelahiran yang PERTAMA untuk anak mama Sofiyya Iman. Kejap sangat masa nih. Belum puas lagi nak gomol2 manja dah setahun dah.

Alhamdulillah...
Syukur dianugerahkan anak sebijak Iman, comel, manis, kalau senyum cair mama. You are just so cute in your own way dear.
Terima kasih hadir dalam hidup mama dan papa. Terima kasih menjadi penyeri rumahtangga mama dan papa. Terima kasih menjadi kawan dan sahabat Kakak Imtinan.

Walaupun Iman lahir dalam keadaan kami yg sedikit "sempit", kasih sayang kami untuk Iman dan kakak tetap sama. Takde beza sikit pun. Takde alat pengukur yg boleh ukur banyak sikitnya kasih sayang mak ayah pada ank2. Cuma hati sorang mak, hati sorang ayah je yg tahu banyak mana kasih sayang utk anak2 tu.

Setahun selepas kelahiran...

Alhamdulillah Iman membesar dgn sihat. Sekali sekala demam. Last sekali Iman demam waktu 7bulan rasanya. Lepas tu takde dah. Takat selsema sehari dua tu ada jugak..alhamdulillah. Dengan keadaan saya yg sorang2 dibumi cyber ni, family semua jauh, kalau anak2 demam/sakit mmg terasa sgt payah. Tambah2 kalau Mr.Faris outstation, terus x tau nak buat apa. Mohon sgt2 moga Allah sentiasa pelihara kesihatan anak2 dan Mr.Faris.

Kuat nangis. Haha.
Kalau sape2 yg baca entri2 saya waktu kitorang mula2 pindah ke Kota Bharu dulu boleh tahu lah macamana tahap parah Iman kalau menangis. Sampai biru muka dan tapak kaki dia. Pernah jgk sampai dia mcm sesak nafas. Sampai mcm tu. Memang ngeri ok. Ada satu kali tu waktu kitorang on the way dari KL-KB naik keta. Dia bantai nangis kaw-kaw punye. Dahla malam. Kitorang saje la pilih nak bjalan belah malam,ingatkan dia blh tdo lena. Rupanya takkkk. Mmg berentilah kereta. Berenti baru senyap. Asal keta jln je dia nangis. Waktu tu maid kitorang makcik Arni tu sampai nangis sama sbb takut tepaksa benti tepi jln tgh2 mlm...

"Bahayaaaa ini Puan. Di Indon sana perampok bisa datang kalau kita berenti gini tgh2 malam..."

Gitewwww...perampok tu penyamun la. Eh rasa rindu plk kat makcik.

Tp skrg Iman dah bagus sgt2 dah. Dia x nangis mcm tu dah. Asal dia kenyang, dia cukup tido, dia x berak. Baikkk je. Duduk la main sorang2. Dia x kosah sgt ipad,iphone,tv semua ni. Dia buat hal dia jelah. Sampai kerut2 kening dia tu kadang2, dek kerana fokus. Haha.

Suka sgt gelak pon ye. Kakak dia terjatuh pon dia boleh bantai gelak. Kitorang terbersin pun dia blh mengekek-ngekek ketawa.

Cuma satu je, Iman ni sgt cepat terkejut. Contoh kalau dia main2 ats katil tiba2 saya nampak bontot dia dah lat tepiiii sgt dah, so terkuat suara mcm jerit sikit "Iman!!! Tepi2..." Sbnrnya kita terkejut. Takut dia terjatuh. Dia pun sama2 terkejut. Sometimes, badan dia akn tersentak dgn muka takut2..huhu..kena peluk dia rapat2..usap2 belakang dia,baru dia cool down balik. If not badan dia akn terketar2..camana nk overcome problem ni eh? Huhuhu...nak google pun xtau nk panggil ni sindrom apa..hurmm...

Lain2 pekembangan...mcm ok je. Mcm budak2 baya dia lah. Belum blh bjalan lg. still meniti,bertatij sambil tolak kerusi, tolak walker, pegang sofa...bcakap pun ada la sikit2 yg dia faham. Mcm kalau dia buat apa2 yg dia tau tak boleh... Contoh bukk pintu kabinet dapur ke..dah terbiasa asal dia nak bukak je saya akan cakap "imaaan..." nada tegas sambil pandang tepat kat mata dia. So dia tau tu maknanya tak boleh. Kdg2 ada time dia terrrrbukak jgk pintu tu, belum sempat sy cakap dia dah lebih dulu stop. Pandang kite. Tunggu kita larang. Kira kalau xde sape tegur jgk mmg dia bukak la.

Selamba.
Kalau kakak tgh mkn biskut ke, kdg2 kakak terleka jap, tau2 biskut yg kt tgn kakak tu dah separuh dlm mulut Iman. Dia jenis tak kisah. Janji dpt. Kakak selalu nangis. Kang dia pandang je lah kakak nangis. Kalau dia rasa nak bagi balik, dia bagi. Kalau tak dia cepat2 habiskan. Pastu gerakkan tgn dia tanda "dah habisss".

Sama jgk kalau kakak tgh main apa2, tiba2 dia rasa dia nak main jgk benda yg sama, dia main amik je...yg Imtinan pulak feel kakak-kakak sangat, konon marahla...pastu cakap "Baby..." "Baby...ni kakak ni..." "Baby.." Konon mendengus2 lah mengeluh lah..marahla konon kan. Iman kang dia bagi balik benda tu, tapi dia geram dia pandangggg je kakak dia pastu cepuk sebijik kat muka...takpun dia tarik je rambut kakak tu pastu dia blah la...sambil blah terkekek2 ketawa... Kira mcm gangster ar sikit... Tak dpt barang dapat lepas geram pun takpe. Janji dapat. Kita setel terus je kat sini. Takyah gaduh lama2 simpan dalam takde. Jap lagi kita kawan balik ye kak...macam tuuuu...

Saya gelak je tgk perangai budak berdua ni. Makan sama, main sama, mandi sama, solat berjemaah pulak tu..tak menahan..hahaha...

Cuma ralat sikit tang iman ni sbb tak boleh fokus betul2 utk pendidikan awal dia. Kalau dulu yela Imtinan tu sorang je kan. Bangun pagi mandikan, sarapan dah boleh menghadap dia "belaja" apa2. Sekarang semua sekali harung je. Tapi dari sisi baik nye Iman byk kot absorb apa yg kakak dia belaja. Mcm kakak Imtinan dulu2 baya Iman ni kalau blaja alid ba taa tu still kat peringkat awal la. Iman ni siap huruf berbaris semua pun dia dah nampak. Secara tak langsung dia jgk blaja dari apa yg kakak dia blaja...Cuma dari segi output belum boleh nampak lagi.
Apa-apa pun sebagai mak ayah, harapan kita satu je....nak yg terbaik utk anak2...

Sebab tu kita tak boleh condemn cara org lain didik anak dia. Kalau terang2 cara tu salah, dan nak tegur, silalah guna polite way. Tapi condemn2 ni takyah la kut ek..sebab semuaaaaaaaaaa org pun bak yg terbaik utk ank masing2..tinggal lagi cara je berbeza.

Sama2 kita hasilkan generasi yg terrrrbaik utk ummah yg terrrrbaik. Boleh? Mesti boleee punye...

Daaaadaaaaa...



Picture tadi sebelum Papa g keje. Bersedihhhh je Mr.Faris kene g keje dihari lahir anak dara.


Pose feveret. Sujud. Sikit2 tertonggeng...


Tu tgh lap lantai dgn kakak sebenarnya tu. Masing2 pegang wet tissue kt tgn.


Mandi kolam. Asyik kena letak dlm pelampung je. Tak mampu saya nak handle dua2. Risau takut terlepas pandang. Mmg kena gilir2 sorang kat luar,sorang dlm pelampung. Tp Iman bangsa relax. Letak ar dia dlm pelampung tu. Kang dia hanyuuuut ikut air pastu feeeeeel, lama2 eh. Dah tertido???? Mcm tu...


Kat Penang. Mr Faris ni dia suka sangat cium anak2. Kejap kang dahi,pipi,rambut...anak2 mama...esok2 Papa dah tua jgn segan nak cium papa pulak k... (Oh...touching...)



Ni dlm flight ke Penang..cium lagi...hehe


Birthday girl. Suka tgk dia senyum mcm ni


Dgn mama tembam pulok...


Hepi 1year old birthday sayang! :)

Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

  1. So sweettt...hehe comey, happy birthday ok...smuge menjadi hamba Allah yg solehah :)

    ReplyDelete
  2. Seronok betul kn dengan gelagat anak2...wlpn diorg gaduh kita tgk nk tergelak.nway happy besday sofiyya iman...semoga beroleh kejayaan dunia akhirat in sya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi khairiah...alhamdulillah dipanjangkan umur utk melihat ank2 membesar depan mata. Most precious moment ever...lucu-geram-sayang-marah semuaaaa ada...hahaha..
      Aminnn...thx for dua...

      Delete