Tuesday, December 3, 2013

Tarif Letrik Naik?

Garu pale...

Kalau bujang menyewa ramai2 xterasa sgt. Bil bulan2 boleh share ramai2. Kalau gaji 2k sebulan. Menyewa rumah 4 orang. Bil letrik rm200 sebulan. Divide 4, sorang baru kena bayar RM50. Tapi klaau dah kawin kalau RM200 tu mmg ko sorang jelah bayar kan...

September consumption, bil RM180. Oktober kita jimat sikit...dapat bil RM150. Ok ada harapan kurang lagi ni. Saya tukar semua mentol lampu yang kuning tu guna mentol putih. Jimat, watt rendah. Dengan harapan bil disember punye boleh drop jadi RM110 ke..memang tinggal harapan je la jawabnya kalau tahun depan tarif naik lagi...besar harapan kekal je RM150...

Adeh la... Nak boikot pun tak boleh kan.. Giler ah nak boikot TNB. Tak hagak2. Kalau Astro lain la. Saya tak subscribe dah astro. Bukan sempat nak tengok pun. Asyik2 ulang cerita sama apehal kan. Ada decoder pun buat apa kalau balik2 ulang cerita sama jgk. Dahla ikut suka hati dia nak buang channel mana nak tambah channel mana. Sukati je...

Part letrik ni, paling dasat fridge la. Takkan la mlm2 nak tido nak off peti pulak. Tu sewel namanya. Hahaha. Aircond pun on mlm kejap je sian ank2 nak tdo panas bepeluh2... Dah tgh2 pagi buta kang off je aircond, pasang kipas je.

Habis nak cut belanja tang mana pulak ni. Seriesly bila saya dah jaga akaun family (start anak dah besar sikit ni dah boleh fokus nak uruskan rumahtangga), memang terasa sangat la kalau harga apa2 naik. Gula naik. Petrol naik. Letrik naik. Gula naik tak terasa sangat. Kitorang kat rumah ni sebulan 1kg gula pun cukup dah. Tu kalau berdua je la. Kalau ramai tetamu datan lepas topup sekilo, kejap kang sekilo lagi...bancuh air kekdahnya...

Hurm...Taktau la nak komplen kat sape. Masalahnya ada ke tempat komplen? Hahahha. Merempan jela kat sini. Syukur jela dgn apa yg ada.. Tapi jujur dari hati memang rasa ralat, rasa tak puas hati pun ye. Lepas satu2...orang banyak duit takpela tak terasa la takat naik sikit2. Tapi utk golongan yg cukup2 je ni caner? Memang sentiasa tersepit la sifirnya...

Mana nak menabung utk anak2,
Mana nak bayar cukai,
Mana nak menyimpan utk masa depan,
Dengan harga rumah yg melampau2,
Buat loan beli rumah,kita dah mati pun belum tentu habis bayar... Melampau sgt harga property sekarang....

Redha dan pasrah..
Penat nak pikir. Benda2 mcm ni pikir sampai tertonggeng pon tak blh buat apa jgk. Luar bidang kuasa kita. Mcm saya cakap tadila...kalau ada kemampuan nak boikot, boikot je...tapi dah takleh nak boikot, membebel pun tak guna... (Tau pon tak guna kan...hahahaha)...

Jap...tukar cerita jap...yg tiga beradik mati tu sedih kan. Huhu. Takutnya la dgn dunia sekarang. Lepas satu....satu... Nyawa orang dibuat main je. Marah punye pasal. Pastu masuk lokap bicara claim insanity...konon2 tak waras waktu melakukan perbuatan tersebut (ini kes-kes lain la...bukan yg kes sekarang ni). Kes bunuh bukan senang nak buktikan bersalah. Bukan boleh pakai logik akal semata-mata.

Mcm kacau bilau sangat dah dunia hari ni. Bunuh sana bunuh sini. Tembah sana tembak sini. Sakit jiwa ke apa diorang ni. Hari tu kat cyber ni, kat area neo cyber singgah beli barang kat kedai runcit. Ada set-set arab tengah bergaduh bertumbuk. Nasib baik tiba2 hujan. Tau pon berenti. Oooo basah takut pulak. Gaduh tak takut pon? Arab ni gaduh2 tu biasa la. Tapi mulut je la bising selalunya...setel apa dia nak luahkan tu, diorang boleh salam2 babai mcm takde apa...kalau sampai nak bertumbuk2 pecah muka segala ni jarang la. Itu apa yg saya nampak kat Mesir dulu la...(tak termasuk kes perang...tu lain).

Eh balik pada kes 3 beradik tu,serius kesian...tengok muka ayah mangsa tu Allahu....kesiannya. Mudah-mudahan Allah beri ketabahan utk dia. Hilang anak tiga sekaligus. Berat ujian tu. Ini kalau apply hukum qisas ni, memang mulialah hati keluarga mangsa kalau diorang maafkan pembunuh tu..huhu..

Hurm..........
Malam ni keje saya mengeluh je nampaknya...



- Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

  1. bila tarif lekrtrik naik kami yg ada kedai ni lg berat rasanya...mau bertingket-tingket lagi bil lektrik huhuhu....psl 3 beradik 2 rasa x tenang tgk berita 2 Nauzubillah mintak dijauhkan benda2 macam ni....risau sgt skrg ni.

    ReplyDelete
  2. Ha betul2...khairiah bisnes cybercafe kan? Urm..sama la mcm tokei restoran,bila gula naik mesti terkesan...uhuhu..

    ReplyDelete
  3. yer lah..memang terasa...
    lagi pindah umah besar sikit ni..
    lagi2 pasang ekon...
    dulu umah sewa...banyak gune satu ruang jer..ruang bawah..jadi satu kipas dan tv jer bukak..lepak ngan anak.. bil kalau cecah 50 hengget pon dah rase banyak sangat..laki dah bising2...
    sekarang...pindah umah sendiri...betul ar..umah lagi besae...lagi banyak bil nyeeerr..!! walaupon duudk ruang family kat atas..satu ruang jer..tapi playroom anak kat sebelah family hall tu sentiasa tepasang kipas dan lampu... dulu...bukak satu lampu kat bawah waktu malan dah terang dah depan ke belakang..sekarang..lampu carpoch kene bukak...lampu belang dapur kene sekali...kalau tak umah gelap hampun -sebab jiran2 ramai takde lagi- tu belum cerite bab ekon... bil cecah Rm 100 sebulan rase murah...selalu mesti nak 150...pitaaaaaammmm.....belum lagi masuk bende2 lain..bil astro bagai tu....

    ReplyDelete
  4. Huhu...itulah,econ tu lagi menambahkan bil tu. Skrg ni panasnya lain. Penah je try x on econ, kesian ank2 la...bepeluh2 tak lena tdo. Jap kang terbangun. Kita nk buat keje pun x blh. Kat umah sy skrg ni baju xleh jemur kat luar. Mmg rule management mcm tu. Kena guna dryer. Nak jimat nye pasal, jemur baju dlm bilik mlm2 time tdo je. Sekali harung bawah satu aircond je. Dryer mkn letrik kuat jgk kot...huhuhu.. Xtau la nak bejimat celah mana. Hehe

    ReplyDelete