Wednesday, March 26, 2014

BIG BAD BOX 2014


 Assalamualaikum,

Lama mensepikan diri. Takde entri baru. Mode jiwa kacau is ON.
Semalam Mr. Faris ajak pegi Big Bad Box ni. Ok la yuk kita pegi.
Ada la jugak bahan nak update blog suam-suam kuku ni. 

Jujur cakap la ek...orang2 yang hantu buku ni memang tak patut la miss Big Bad Wolf.
Tapi saya selalu sangat miss BBW ni. Susah nak cari terkebetulan Mr.Faris tu off bila time ada BBW. Tu yang baru2 ni pun terlepas jugak. Agaknya bila ada BIG BAD BOX SALE ni tu yang Mr.Faris beria ajak. Kebetulan dia off semalam.

Tapi itulah, yang tinggal pun belen2 BBW je. Tapi tetap heaven jugakla. Penat tapi best. Mr.Faris gelak je. Dia kata jarang tengok saya senyum kalau penat. Hahaha.

Ni first time ek buat Big Bad Box Sale ni ? Buku sgt lah murah. Saya lg prefer yg ni kot dari BBW. Hahahaha. Sebab takyah penat2 nak budget berape eh nak beli...berapa eh nak beli..ala kang amik ni terlebih bajet plak... ha yang ni takde ye perasaan macam tu. Perasaan dia best je. Sebab mula2 masuk, keje korang just pilih kotak saiz mana korang nak. Pastu bayar kotak je. Nanti penuhkan je buku2 dlm kotak tu. Takyah penat2 kira, takyah penat2 pikir. Buku takyah bayar dah. Best kan mcm ni.
Kotak saiz besar RM99
Story book macam ni banyakkkk sgt ada. Ikon yg kat tepi2 tu semua boleh tekan, pastu keluar bunyi. Terlebih seronok dari anak2 nampaknya.. ;p

Macam ni pulak buku yg boleh rekod2...Boleh buat story telling session macam tu. Baca dan rekod. Pastu play balik voice sendiri bagi anak dengar. Barulah kasih ibu ada dimana2 gituuuuu.....


Total rembatan. Macam tak pecaya pulak boleh dapat semua ni dgn harga RM99 je... Semua ni jenis hard cover tau. Adela seketul dua buku nipis. Softpadded pun banyak.




Tapi semua buku anak2 je. Memang target nak beli untuk diorang je. Mak nye ni buku kat rumah dah banyak, tu pun belum habis baca lagi. Kesian tengok anak-anak duk usung buku sama je. Hehe... Bila Imtinan tanya 'Mama, bila nak pegi beli buku baru?" Haaaa....baru tersedar dah lama rupanya tak bwk budak2 shopping buku. Semalam seronoknye la hai Imtinan dgn Iman pilih buku. Letak kotak ats stroller, suh diorang pilih isikan dlm kotak. Eh tapi lepas tu Papa pilih balik la...hehehe...

Sape2 nak pegi sila lah... Sempat lagi ni... sampai 30/3. Tempat cam biasa la kat Mines convention centre.

TaTa........

4 comments:

  1. alamak tergodanyaaa......dah dua kali terjah big bad wolf ni...kalu pegi lagi kali ni dah masuk kali ketiga...hehehe....acane ni....;p

    ReplyDelete
  2. hahaha...dah dua kali ye? Makanya udah2 le tu kak...tinggal la belen2 utk org lain pulak... kihkihkih ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nmpk gaya gitulah..walaupun dalam hati terrringinnn sgt nak terjah section 'home n garden' sbb nk carik buku organizing pulak...hehheehehe

      Delete
    2. Takpe akak, kita tunggu hujung tahun nanti pulak ye. hahaha...

      Delete