Wednesday, July 3, 2013

Jangan Jeles.

Assalamualaikum.

Rahsia hidup tenang ialah jangan ada rasa hasad dengki. Kita syukur dengan apa yg kita ada. Kita redha dengan kadar rezeki yang kita ada. Kalau rasa-rasa tak boleh nak tengok orang lain lebih dari kita, pejam mata dan tutup telinga. Itu lebih baik dari kita celik mata luas-luas bukak telinga besar-besar nak tengok apa orang lain ada dan.....senyap-senyap kita bina envy dalam diri. Hasad dengki ni satu penyakit. Lama-lama duduk dalam diri boleh jadi cancer hati. Hahaha. Tipu je. Tapi betul la boleh jadi penyakit hati.

Hari tu ada orang cabar saya.

"TERINGIN NAK TENGOK TAKAT MANA HEBAT SANGAT ANAK-ANAK YANG DIDIDIK OLEH MAK YANG ADA IJAZAH TAPI KONON NAK JADI SURIRUMAH SEBAB NAK DIDIK ANAK. HEBAT SANGAT KE? " -sambil mencebik dan mendabik dada sebab anak dia bijak-

Nampak tak satu penyakit dah tu? Apahal pulak nak mencabar-cabar ni? Seorang ibu adalah tetap seorang ibu, samada bekerja atau tidak. Semua mak nak yang terbaik untuk anak dia. Kan? Jadi, masing-masing bentuk anak masing-masing. Tak kiralah mak bekerja atau tidak. Kalau mak bekerja,ada cara jugak untuk didik anak-anak. Sebab tu anak yang mak nye bekerja pun ada yg berjaya. Kalau mak tak bekerja,pon ada cara jugak untuk didik anak-anak. Sebab tu anak yg maknye tak bekerja pun ada jgk yg berjaya. Nampak tak persamaannya? Ada kemahuan adalah jalannya. Kita sama-sama didik anak kita supaya satu hari nanti ummah akan ada satu komuniti yang soleh dan solehah. Senang kan?

Pesan saya untuk diri sendiri, jangan sesekali perlekehkan apa-apa keputusan yg orang lain buat untuk hidup dia. Senang cakap tak yah lah nak campurtangan kalau kita bukan sesiapa pun. Apatah lagi nak mencabar-cabar. Tak paham jugak ni apa sebab nak mencabar saya ni? Saya tak bekerja untuk anak-anak saya. Untuk suami saya. Awak nak kerja awak kerja lah. Saya tak kisah pon. Kadang-kadang benda kecik pon boleh jadi besar kalau cakap tak pikir dulu. Kan?

Saya tak berani nak cakap besar. Taknak kata sebab saya fulltime housewife anak-anak saya akan jadi orang ternama satu hari nanti. TAK. Tak pernah pon. Memanglah saya ada target saya. Saya nak anak-anak saya jadi orang berilmu. Alquran dan hadis dalam dada. Paham tauhid, paham fiqh. Boleh sampai tahap mujtahid cukuplah. (tinggi impian). Saya bertatih dengan cara saya untuk mencapai impian tu. Mungkin menjadi mungkin tak. Kalau anak-anak saya dapat full A exam alhamdulillah. Kalau tak...tak mengapalah. Sebab tu bukan target saya.

Jadi saya rasa nak mencabar-cabar ni macam tak matang la kan. Ye, setiap mak ada hak untuk bangga kalau anak dapat 5A UPSR. Tahniah. Tapi tak molek la bila anak kita dapat 5A UPSR kita nak cabar anak orang lain kan. Yang niat sebenarnya bukan cabar pun,tapi nak perlekeh. Aku career women sebab tu anak aku terror. Awak duk umah lipat kain dengan tumbuk sambal belacan jewwww....kompom2 anak-anak besok habis terror pun 5D. Macam gitu lebih kurangnye kan..alahai, Imtinan tu kecik lagi. Toksahlah nak jadikan UPSR tu ukutan. Ntahkan ada ke tidak UPSR lepas ni. Kan? Kelakar pun ye, tapi hati macam keciiiik je rasa. Haih. Manusia memang macam-macam.

Nak kata dia dengki saya boleh duduk rumah tak payah keluar kerja, tak jugak. Sebab dia pun laki tak kasi kerja jugak dulu, tapi keras kepala nak kerja jgk. Nak pegang duit sendiri. Dah kerja elok-elok dapat gaji bulan-bulan. Dapat beli kereta duit sendiri ( tak payah bergantung dengan suami), dapat buat rumah besar, anak-anak cerdik pandai. Jadi apa lagi masalahnya? Apa lagi yang tak puas hati nya? Nak kata laki saya kaya duit berkepuk dalam poket sampai terlondeh seluar ponnnn tak juge. Kitorang ni rumah pon takde. Padahal laki dia kaya kottt. Orang ternama pulak tu. Orang politik! Tiba-tiba pulak saya yang tolong blurr mencari sebab musabab. Apehal nak mencabar-cabar sentiasa nih?

Dari nak cabar orang baik cabar diri sendiri kan. Ada jgk pekdah.

Tapi kan..bila teringat orang yang suka dengki mendengki macam tu, teringat pulak si Nabila Huda dalam cerita Teduhan Kasih yang hot tuh. Korang tengok tak ni? Ayu ke apa nama dia. Dia punya tak puas hati kat iffah tu kan...macamkan selagi iffah tak mati selagi tu tak senang. Kan? Tapi tak tentu jugak kalau iffah mati si Ayu ni boleh senyum. Buatnya iffah mati dengan cara baik, pon ayu ni tak puas hati jugak agaknya ni. Belajar-belajar la kikis rasa hasad dengki tu dalam hati. Macam saya cakap tadila, kalau rasa-rasa kita ni jenis yang tak boleh tengok orang senang (walaupun kita sebenarnya lebih senang dari dia), lebih baik pejam mata terussss jgn tengok-tengok. Jangan jadi stalker. Lagi kita stalk lagi kita sakit hati. Sampai bila-bila hidup kita sendiri yang tak senang. Err...tak tenang.

Untuk membina ummah yang cemerlang, sebenarnya tak boleh biarkan sikap dengki mendengki ni jadi raja. Macamana sebuah keluarga boleh bergaduh sampai ke anak cucu sebab dengki mendengki ni, macam tu lah jugak sebuah ummah tu boleh hancur sebab dengki. Besar akibat dia.

Alah, cakap panjang pun mcm tak guna jgk kan. Point pentingnya perangai tu memang tak elok. Jadi dah tua-tua, pandai2 lah pilih sendiri nak buang ke tak yang tak elok tu. Pilih sendiri nak hidup dengan senang hati ke tak. Ustajah tak boleh nak bagitau panjang2. Ustajah pun lenguh jugak ni nak menaip.

Sekian. Peringatan untuk sesama kita.

Daughter - Wife - Mom

4 comments:

  1. Fuh ayat, takutnya mendengar bab cabar2 ni. Bimbang Allah x redha dgn kata2 kita sebab semuanya yang ada pun, pinjaman Dia semata. Sufi, jgn bubuh dlm hati apa yg dia kata tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia mcm2 jenis kan. Takpela saya sedar diri saya sape...ngeh3...kadang2 Allah buatkan kita dikelilingi org2 yg mcm ni pun ada sbbnya jg cuma mungkin kita cx nampak lagi kenapa..thx atas nasihat akak... :-)

      Delete