Monday, July 29, 2013

Persiapan Raya

Taktau nak bebel apa.

Ni ramai blogger mak-mak ni senyap je mesti sebuk buat persiapan raya ni. Ke sibuk kejar lailatulqadar? Kalau jawapan yg kedua, tahniah. Terharunye saya...saya dua2 pun tak...uhuk2..

Jom sembang checklist nak?

BISKUT RAYA dah setel? Saya yillllekk..eh mana penah ada biskut raya pun umah kitorang. Beli mahupun buat dua-dua tak penah. Malas nak pikir sebenarnya. Bukan takat malas nak buat,pikir pon malas????
Ok camni. Saya kecik-kecik dulu Mak bukan jenis minat dgn biskut raya. Raya bila org datang dia suka masak berat-berat. Bihunnye,nasik minyaknye,nasik kerabunye, tu kalau dah habis set-set nasik bertema, nasik putih dgn lauk pauk pun jalan. Kalau pagi raya, pukul4 pagi dah berketung ketang goreng bihun. Sambil bebel-bebel anak dara nan sorang tak mau nolong. Pastu tiap-tiap pagi pun macam pagi raya. Sampaiii la bila dah lepas seminggu macam tu sedara mara dah surut, dah kurang orang datang baru dia tak masak. Kalau org datang mmg yg beraaat je la yg dihidang. Yg ringan2 ade la ketupat,tapai, maruku,kacang2...Begitu. Jadi, saya pun terikut-ikut perangai mak la kiranya ni, tak minat biskut2 raya ni. Tapi yang part suka masak berat-berat tu tak mengikut pulak ye...muahahhaha..

Kalau mak mertua pulak macam ni. Tiap-tiap tahun mesti ada biskut buat sendiri. Anak-anak nak makan katanya. Eh, tapi memang budak2 ni hadap biskut raya tu sungguh-sungguh pun. Baloi la buat kan. Kata ummi, ikutkan dia malas nak buat. Tapi abah tu start dari mula2 diorang kawin dulu, biskut raya mesti ada yg buatan sendiri sampai la sekarang pon mcm tu gak. Padehal abah bukan makan sangat pon. Again, untuk anak-anak katanya. Itu yang sampai suruh umi buat biskut tart kirim kat anak-anak yg belajar kat mesir sana nun...agaknya yg sampai bukan biskut raya tapi dah jadi serbuk raya kot.. Kasih abah.

Mr.Faris pulak dia tak reti nak makan biskut raya macam adik-adik dia. Elok sangatlah dengan saya. Eh tapi saya makan reti je...hahahaha...

BAJU RAYA - Mimpi ngeri ni. Selai pun takde. Sebenarnya saya takdelah ngisah sangat pon pasal baju raya ni, betul tak tipu, bila dah ada anak kan, nafsu nak bercantik2 di pagi raya tu macam nando dah. Yg ada cuma nak tengok anak-anak dan suami je cantek.

Bertambah ngeri lagi bila tadi pegi shopping kat Parkson KB, cari baju mr.Faris tapi takde satu pon yg berkenan. Ok. Adela satu kemeja ni. Macam WOW! Baju tu nampak smart,memukau. Saya suka dia pun suka. Grab dua saiz masuk fitting room. Pastu Mr.Faris dah tersengih2..."Ayang,tak nampak mcm uniform staff-staff hotel tu ke...?"
And i was...errrr....hahaha.. Yes betul. Bila dah sarung kat badan terus nampak haah la macam uniform penyambut tetamu kat hotel. Yela mmg la smart kan uniform pekerja hotel tu? Tak ke nampak WOW? Tapi takla nak buat raya kot... T______T

Bertambah kengerian lagi adalah Mr.Faris cakap macam ni. "Esok kita g KL. Amik flight lepas sahur. Cari baju kat sana senang. Balik KB flight malam last sekali".
Gulp! Ape sampai macam tu sekali bang?
Haaa...kan dah. Kenal sangat dengan perangai pakwe sorang ni. Cerewet ya ampun kalau nak membeli baju. Itu belum seluar lagi. Kalau kasut lagiiiii lah. Cuak ni. Dia dahla rabu ni dah keje. Outstation sampai sehari sebelum raya baru balik sini. Memang kena setel baju esok lusa jgk la ni. Abang please meh sini kita raya tema jawa nak? Senang sikit pakai batik jawa kemeja corak bunga-bunga kaler coklat. Nampak jelas kejawaan tu..

DUIT RAYA - awal2 dah sediakan sampul. Anak buah belah saya macam dah makin bertambah. Tahun ni 11orang. Dah cakap awal2 kat Mr.Faris. Nak bagi doploh hinggit sorang. Anak buah je tauuuuu. Anak bukan buah sikit2 dah la. Sampul duit raya cilok yang free gift sampul boboboi kat minuman solivite imtinan. Jimat sket takyah beli. Sape tanak mende fri cer bagitau? Huh! Esok nak g tukar duit kecik2 untuk anak-anak bukan buah. Sape nak duit raya meh sini dua ringgit sorang nak?

Semalam cakap kt Mr.Faris, meh kita tuka trend tahun ni. Isi dua inggit dalam sampul,pastu isi ketas tazkirah ke apa ke yg bermanafaat siket. Pastu Mr.Faris cakap macam ni..."bagi dua inggit, sambil bagi kita cakap la lagi belen tiga ringgit telah disalurkan ke tabung anak-anak yatim..."

T_________T
*oh air mata,bentila mengalir*

ok, penah dengar tak org cakap tak bagus trend bagi duit raya ni? Kita ajar budak2 kefahaman yg salah iaitu RAYA samadengan KUMPUL DUIT. Saya tak setuju. Trend tu tak salah. Trend bagi duit time raya adalah bagus, sebab kita memberi hadiah. Bila kita bagi hadiah (duit), budak-budak jadi seronok. Menseronokkan dan membuatkan kanak-kanak gembira adalah sunnah nabi. Sunnah Rasulullah. Bagi hadiah pun Rasulullah galakkan jugak. Sebab boleh kukuhkan kasih sayang sesama saudara muslim. Nampak tak yg trend bg duit raya tu sebenarnya bagus? Dan tak salah kepahaman.

Yang salah adalah mak bapak budak tu yang tak pahamkan anak dia betul2 tentang konsep duit raya. Anak tak kisah pon, mak yang lebih2..penah nampak tak mak kelebet sampul raya anak sambil buat mulut terjuih2.."eh berapa dapat? Berapa dapat?" tak penah? Saya penah. Senak mata kalau nampak pemandangan macam ni. Budak-budak ni hati dia suci. Keje nak seronok je.

Jadi mak ayah la yang boleh pahamkan kat anak betul-betul..

"Kajol....Salman...
ingat pesan mummy and daddy ni...Hari raya ni hadiah Allah bagi untuk orang-orang Islam sebab ikut suruhan DIA . Dia suruh puasa sebulan. Lama tu. kita pun puasa, sebab apa? Sebab kita sayang Allah. Kita ikut apa Allah suruh. Jadi bila raya kita berkumpul ramai-ramai..alang2 berjumpa ramai2, Kajol dgn Salman kena mintak maaf la kat sedara mara, kot2 lepas ni kita tak jumpa dia lagi dah. Supaya kita takde dosa sesama manusia. Kalau sambil bersalam-salam tu ada orang bagi hadiah, alhamdulillah amikla tanda syukur rezeki Allah bagi"

Maka Kajol dan Salman pun bertanya.."Hadiah apa daddy?"

"Hadiahla...kalau org bagi biskut raya ke, ceklat ke,duit ke...sampul ke...amik la..biasa raya orang suka bagi2 benda hadiah-hadiah kat budak2...biar seronok budak2 nanti,"

Walaupun mmg payah nak jumpa orang bagi hadiah lain selain duit tapi takpe...setidak2 kita tak letak kat pemahaman anak-anak bahawa raya mesti dapat duit. Ok tak?

Terpanjang pulak mengustajahkan kajol hari ni..

Eh ok lah nak goreng telor nak kejut pakwe sahur pulak ni..



Daughter - Wife - Mom

10 comments:

  1. Pasal duit raye tu...asben sy pernah cakap...anak dpt duit raye banyak..abahnyer pon kene kuarkn duit bnyk...uhuks....huhu...tp sy anggap bnde tu sbg sedekah..ikhlaskan hati..insyaa allah rezki akn bertambah..lelagi bg pd anak2 kecil..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan. Bila kita memberi, balasannya Allah akan bagi dalam bentuk yg kita tak perasan. Berganda-ganda kota dapat. Bukan takat pahala. InsyaAllah selalu doa pohon diberi yg baik2 untuk kita.

      Delete
  2. Amboi sampai ke kl naa nak sopink raya. Syorga beli belah kan kat sana..semua ada. Nasibla suami akak jenis yang tak kisah, akak yang paksa suh beli. Time raya ni jela dia membeli baju seluar. Kalo tak dok ulang pakai baju yg sama. Duit raya biasa orang bagi berapa ya sekarang?lama dah tak bagi duit raya..hehe sedekahla sekadar kemampuan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..hasben saya lain sikit kak..mmg payah la nak jumpa org laki mcm dia..hahaa...semua mende dia telek sabijik2..kalau beli baju mampu je dia belek jahitan satu2, kot ada benang terlebih terjurai...ai surrender kak.haha..

      Duit raya....errr....rasanya standard dulu2 lagi, RM2-RM5... Kot... Kalau jenis Sedara mara ramai,bagi ckt2 pun takpe...asalkan semua dapat. Tapi budak2 sekarang pandai demand kan. Ada yg pandai bukak sampul depan2 tu jgk pastu cakap "eh...lima ringgit jewwww???" hoih,terbelahak!

      Delete
  3. biskut raya mamilisa beli je..huhu..duit raya wajib sediakan tapi sume bukan untuk anak buah..anak buah takde..yang ada sorang je lisa cucu kesayangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la Lisa ek...ingat dulu anak buah first, time dia sorang je..kalau raya, kami adik beradik tak berkira, memang pakat hulur seratus sorang.kata anak buah sulung, kesayangan lah kan..hehe

      Delete
  4. wahh!!jauh benor sopimnye hehehe...sy tiap2 bln balik kb mesti x lepaskan peluang g kb n kb mol.x sbrnye nk blik kb...klu bab duit raya dh jd adat plk kn,x pela niat tuk bersedekah :)

    ReplyDelete
  5. Bunyi jah KL tu..sbenarnya dia nak g Alamanda tu. kat Alamanda tu semua ada. Butik baju melayu, mothercare,anakku,parkson,segala2...sennag sekali harung la tu..KB ni hok best sekali KB mall la, sbb jubah/dress muroh2...hihihi...

    ReplyDelete
  6. sudahnye pegi kl ke x kak su? hahahaha kemainnn.. nasib baik dpt pakwe cerewet, dapat gak makwe die solek cantik2. kang nan hado trus makwe nyer. hahaha nan hado ye bukan ayam nando. wakakaka

    ReplyDelete
  7. Hamoi2...sronot gelakkanku ye Tim..takde kuasa la nak g KL puasa2 ni.. Sudahnya aku pass kat dia je suh dia g sorang2...aku pasrah jela apa yg dia pilih..hehehe..
    **eh,aku suka ayam nando..nan hado tu panjang sangattt... Hihihihi...

    ReplyDelete