Wednesday, July 24, 2013

Kids Keeper - Untuk Keselamatan Anak-Anak

19,20,21,22,23....

Wah,dekat seminggu tak update apa2.
Pakwe ada kat rumah, jadi kurang sikit daya berpikir nak up entri apa, nak cerita pasal apa.

Sibuk sikit, sibuk pikir nak jalan kemana. Nak buka apa, nak sahur apa. Gambar makan-makan buka dan sahur dah takde ye. Sebab malas nak layan kehendak Imtinan tu. Henset ni kan bila dia bangun tidur dia yg punya. Kegemaran dia belek2 gambar dalam henset dan edit2 guna apps. Bila dia nampak gambar makanan, dia MINTAK. Takat mintak takpe jgk. Ni NAK dan-dan tu jgk. Sesuatu sangat kan kamu ni?

Minggu lepas sibuk buka umah orang. Buka umah Tok Gee (nenek Mr.Faris). Imtinan panggil dia NekGee. Buka umah parents in law, buka umah mak sendiri...pastu tau2 ajelah bila buka puasa kumpul ramai2, makan macam2 kan.. Ended up malam semalam sakit perut sampai terduduk2...iktibar tu, iktibar. pahadan muhuke sahangat.

Ok. Haritu mengadu kan pasal Imtinan sekarang ni tak terkawal kalau ke mall, atau supermarket kecik2 nak beli barang. Dia nak lepas bebas. Taknak duduk dalam stroller. Taknak duduk dalam troli. Taknak duduk dalam carrier. Taknak didukung! Umpanlah apa pun mg dia taknak. Dia cuma nak LEPAS BEBAS dan BERLARI. Anak sorang takpe lagi, boleh lagi nak handle. Sorang jaga sorang shopping.

Bila anak dua, ada ketikanya bila baby tengah cranky, kitorang tak terkejar Imtinan tu. Sebab taknak terlepas pandang, dan sesuatu yg buruk terjadi, kitorang putuskan untuk guna kids Keeper ni. Ye, kitorang tau tak senonoh pakaikan tali kat anak kan? Nampak macam tuuuuut plak kan nak ikat2 tali bagai?
Pedulik. Demi keselamatan anak-anak.
Hanya korang je yg tau tahap aktif anak korang macamana. Ada budak yg jenis boleh duduk diam dalam stroller sambil isap puting...pastu terlena...

Tapi Imtinan tak. Takkan ada waktu dia diam dalam stroller. Kecuali kalau dia ngantuk nak tido. Kitorang taknak umpankan dia dengan gula2,aiskrim atau gadget. Semata-mata sebab taknak dia nangis kena tambat dalam stroller. Ada kids keeper ni lega sikit. Dia pun boleh berlari test otot-otot dia. Eksplore dunia dia sendiri.

Selalu sangat time shopping kat supermarket kitorang dengar announcement ada budak kat kaunter hilang mak ayah lah...mak ayah buat announcement hilang anak lah...tu belum lagi cerita2 kat internet tentang sindiket culik kanak-kanak kat supermarket lah...semua tu mimpi ngeri bagi saya...mintak jauh dari kejadian2 seperti tu.

Tambah pulak Imtinan ni tak reti takut dengan siapa-siapa pun..Pernah satu kali tu, Imtinan jatuh dalam kolam ikan kat hospital. Kat depan hospital, main entrance. Cetek je kolamnya. Kolam ikan koi yg kaler oren cantek2 tu. Kat tengah2 kolam tu ada air pancut. Agaknya sebab nak air pancut tu kot..atau mungkin nak ikan. Dalam sekelip mata dia dah terjun dalam kolam tu. Dalam masa beberapa saat,sebab saya sapu airliur baby yg tengah meleleh dan kebetulan ada somebody tegur Mr.Faris. He was just saying hi to that guy and gedebussshhhhh Imtinan dah tersengih2 kat dalam kolam tu. iktibar tu, iktibar... Sesak napas seketika pikirkan kelasakan dia.

Setkaat ni guna kidskeeper ni ok la. Belum lagi nampak dia struggle nak lucutkan diri dari mendalah tu. belum jgk dia ngamuk2 mintak bukakan tali. Takde lagi. Alhamdulillah. Mintak2 jgn la ada. Hehhe...
Mula-mula segan jgk la bila guna, orang duk pandang2...kulit muka ni tak setebal kulitapakaki tau bila orang pandang senyum2 gelak2...hahaha...tapi Mr.Faris cakap, mana2 tempat dia pegi, kat belah-belah UK belah2 US, belah2 negara arab nu mmg org ramai guna bendalah ni kat shopping mall. Sebab safety. Budaya yg baik kita tiru ok? Haaaa....tu free dapat tazkirah dari suami...hahaha... Ai angguk je la....



Rupa kidskeeper yang style beg... Thanks to KAK ASMA Familyini atas suggestion. Gigih saya g cari ni kak...jumpa kat kidshop kat Tesco KB. Nilah untungnya ada sahabatmaya kan....hihihi...
RM29.90. Comey je beg tu keciiiik sedang elok untuk anak dara saya yg kecik jugak...hehe




Pandangan depan. Cubaan membuat peace yg tak pernah menjadi...




Pandangan belakang.

Guna bila time nak beli barang. Dan supermarket yg ada eskalator...dan kat tempat-tempat crowded. Serius risau kalau anak tiba-tiba berlari ke escalator, atau tengah2 crowd tibe2 anak hilang...ohhh....

Mohon Allah jauhkan kita semua dari ujian2 besar dengan kehilangan anak-anak ni...

Daughter - Wife - Mom

6 comments:

  1. rasenye untuk lisa nanti mamilisa akan gunakan kaedah ni jugak kot..dah ada tokoh kelasakan skarang..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa tu mcm oandai pose dpn cam je...hihi...xpe demi kswlamatan. Guna pun time dia taknak duduk dlm stroller/troley je...

      Delete
  2. Yay..dah jumpa. Ada rupanya jual kat tesco. Macam nak beli jugak la..imtinan macam sebaya anak akak je. Tapi akak dah ada yg jenis tali tu, mana ntah letak. Hehe budak2 baya ni memang kena extra jaga. Akal panjang. Aktif tanda sihat. Bagi je diorang ni explore di bawah pengawasan kita la. Satu minit macam2 boleh jadi.

    ReplyDelete
  3. Bukan kat tesco kak. Kat kedai kids dalam bangunan tesco... Tp kalau akak pandai jahit, diy pun boleh ni..nampak senang je...nampak la..buatnye xtau senang ke idok..muahahaha

    ReplyDelete
  4. Ai is tak peduli ape org pikir..sbb tau rasenye anak dapat kaki die punyer nak berlari mcm haper...huhu..dah lama carik bende ni..yeaahh demi keselamatan anak..yg lain2 ade aku kesah..heheh...tq share kat mane nk carik beli..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....ai pun nak 'is tak peduli jgk lah'...

      Delete