Assalamualaikum, morning ! :)
Weekend ni mestila sibuk semua org spend masa dgn family kan? Kalau working moms biasanya mesti berpeluh nak setelkan semua housechore on weekend. Basuh baju,iron baju, nak melayan anak2 lagi...nak family outing lagi. Time management adalah penting.
Kalau stay at home moms pulak rasanya weekend la masa yg blh nak rehat sikit kot.. Sikit je lah pon kan...haha.. Yela,weekend suami ada, tidak2 adela yg membantu sikit-sikit..
Tapi kalau work at home moms (WAHM) kejadiannya agak parah sikit ye. Especially kalau yg ada anak kecik. Iolss letewww... Uolss pun sama kan? Hihi... Kadang2 rasa macam kalau kira step (kiraan jumlah langkah) dalam sehari, mungkin yang duduk kat melaka dah boleh sampai ke johor kot...haha.. Kalau tak urus masa betul2 boleh pengsan agaknya...*over sangatlah pulak bunyinya*.
Dulu-dulu waktu kat sekolah (menengah), saya selalu sangat join kem-kem kepimpinan. Boleh kata every weekend ada program. Macam2 jenis nama kem. Kem motivasi,kem kepimpinan,kem latihan,etc. Saya enjoy join semua2 tu. Dulu tenaga kuat. Sekarang dah tua..upsss T______T
Selalunya dlm kem2 mcm mesti ada slot "TIME MANAGEMENT". My feveret slot of all. Haha..nampak tak perangai ni wujud dari kecik lagi.
Nak cerita tapi dah ingat2 lupa segala term..
Selalunya dlm slot time management ni, peserta kena buat list semua aktiviti yg kita buat dalam sehari-hari.. All means all lah. Basuh kasut ke, goaok baju ke, terlentang depan tivi tgk movie hindustan ke...takpe semua tulis...buat list. Meman penuh la list kan...Pastu motivator / penceramah akan draw 4 kolum besarrrr punye kat whiteboard.
Diorang akn buat 4 pembahagian :
1. PALING PENTING
2. PENTING
3. KURANG PENTING
4. TAK PENTING
Then peserta kena tengok balik list aktiviti seharian yang ditulis tadi tu. Pastu try sort out ikut 4 kategori ni. Bila dah setel tu bileh nampak la kolum yang "TAK PENTING" tula yg paling banyak senarainya... Haih.. T_____T
Tu kaedah utk budak2 sekolah. Kalau utk mak-mak budak pun sama lah... Sebab dah terbiasa dgn kaedah sort out ni dari sekolah kan, sampai sekarang terbawak2 perangai tu. Cuma sekarang canggih lagi la... Taip pon kat henpon je... ;) pastu letak emoticon comey2 as mark mana yg penting, yg tak penting, yg kurang penting....bla bla bla...
List under group "TAK PENTING" tu sometimes blh masuk trash terus je...
Pengurusan masa tu sangat penting kan? Setiap malam pun sbel tidur saya buat list dulu kat fon...berderet-deret lost "things to do"...then after sort out mana nak kena dulukan, mana blh kendiankan, baru tidur dgn aman.
Esok bangun pagi2 dah tau dah apa menda nak buat. So flow kerja akn jadi smooth dan cepat. InsyaAllah.
Hurm...ngantuk dah. It's four am now... Babai semua...
Zzzzzzz....
- Posted using BlogPress from my iPhone
Just received a check for $500.
ReplyDeleteSometimes people don't believe me when I tell them about how much you can get filling out paid surveys online...
So I show them a video of myself getting paid $500 for taking paid surveys.