Tuesday, May 6, 2014

WORKSTATION : Apa Ada Dalam Drawer?

Tak tahu nak sembang apa.
Design gubahan baru pun takde lagi.
Takde banyak masa sangat nak berlepak-lepak kat kedai barang pengantin lama2.
Perlu jgk kan nak survey barang murah kat mana.
Kalau dapat beli "bahan mentah" dengan harga rendah baru dapat kasi harga murah jugak kat customer.
Gitula kekdah jual beli bila kita selalu kesian kat orang. hahahaha....

Ok, moh le tengok ni kejap.
Buat2 ilang ngantuk korang di ofis di pagi2  ni. Tuesday blues ke ni hari ni..? Ke dah takde blues dah?
Jangan nanti lagi tengok lagi ngantuk dah la ye...Weewooweewoo...


Laci pertama. Untung la laci besar, boleh sumbat byk sikit barang.
 Kitorang pun alatulis / stationary tak banyak sgt. Mana yg perlu je simpan. Yang agak2 jarang guna tu Mr. F dia sakit mata sikit.. Kang dia suh buang la...haha.

Guna drawers' divider dari Daiso ni. Korang kalau yg dah biasa guna tahu la kan betapa lembiknye divider ni. Saya cukup tak gemar dgn divider ni. Tapi ini je pilihan yg ada, sbb nak cepat. Nak diy tak sempat. Macam kan kejar dateline je..hihihi...

Tapi hari tu ternampak menda alah ni untuk pasang kat tengah2 tempat bertemu dua divider tu. Aaaa tak tau nak explain cemana. Urm boleh la tolong tegakkan sikit divider tu supaya tak terlalu lembik. NI kalau menda putih tu gamkan terus kat laci tu harus kukuh sikit binaan tu. Tapi macam sayang plak. Kang nak tukar divider lain payah pulak.


ohhhhh CROSS STANDS namanya... T_____T

Part pembahagian alatulis tu macam biasala... Asingkan ikut jenis peralatan. Kalau tak takde guna la ada divider kan. Hehe...

Macam yang ni geng-geng measuring tape dan geng-geng marker.

Ni pulak geng-geng tukang potong. Gunting, pisau, polistrine cutter pon sumbat seklai kat geng-geng tukang potong ni.

Ha yang ni nampak lebih jelas. Untuk benda2 kecik macam peniti softboard  and paper clip tu isi dalam bekas plastik kecik je. Jimat ;p


Ok, jom ushar second drawer plak. Second drawer ni saya potong kotak2 susu anakanda dan kotak tisu je. Hehehe. Jimat dan berbaloi. Tahan lama tau kotak2 ni. Bila disusun2 sedang elok pulak dgn saiz drawer. Kira cun lah. 

Kat drawer ni kita simpankan benda yang jarang guna. Macam tape, bateri, pelekat alas kaki kerusi tu, etc. Tapi macam banyak tape je ;p


Koleksi washi tape.


 DuluMr.F kan, dia kalau pegi Incheon kan mesti dia beli tape kiut2 ni utk wife dia. Sekarang takde dah trip ke Incheon. So takde dahla tape comel2..Ni je la yg tinggal. Tu pun byk yg beli kat DIY je yg tinggal ni.


Ok lah....tu je...taktau ape nak tulis. Daaaa....


















7 comments:

  1. wewiittt terammmaattt suka perkongsian begini...cantik tersusun jek....washi tape tu pun akk ada beli kat diy. tapi dah beli taktahu pulak nak guna utk apa. ahaha. ;D

    ReplyDelete
  2. Selalunye sy jadikan elemen deko kat kerja2 craft and diy. Hehe.. Tp washi tape from diy tu x brpaa nak berfungsi sgt hehe...sbb dia mcm nipis & agak transparent. Nak buat border kat tepi kerja craft pun x brapa nak cantik..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ada beli jugak tapi tah bila nak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bolehla kan utk mudahkan kerja kita+cut cost.

      Delete
  5. kemas naaaah. kalau rajin terbuat la sndiri kan..
    kalo kat daiso tu macam2 dah diy yg kita rasa comelcomel je..
    hihihi.///

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg buat sendiri lebih puas hati. Tapi perlukan byk masa..baik beli je la kot, tambah ada daiso&diy shop skrg ni. Hihi...

      Delete