Sunday, August 15, 2010

..::Sotong Sumbat Apollo::..

 ~ Sotong ni Sufi dah potong lepas masak untuk senang makan ~

Salam ramadhan kareem...
Ni Sufi nak sambung balik n3 semalam..semalam baru post 2 menu...ada lagi satu, sebab dah penat semalam so sambung la hari ni pulak..

Sotong Sumbat Apollo ni seyesly menu baru yg SUfi tak pernah buat pun sebelum ni..Rekaan ni terhasil bila tengok sotong tu dah 2 mingggu dlm peti ais..nak dibuang sayang..tengok pulak ada ayam bahagian dada..Selalu kalo beli ayam mmg mcm ni lah, bahagian dada mesti terbuang..

So, Sufi asah otak kasi tajam cikit..Ting!!! Dapat idea dah... SOTONG SUMBAT! - the name Apollo tu sbb sotong tu besar sangat nampak cam roket apollo... ;p

Bahan-Bahan;

1. 2 ekor sotong sais giant.Jgn pilih yang ada telor - bersihkan dan cucuk2 badan sotong tu dgn garpu..
2. 1 atau dua  keping dada ayam, direbus.
3. Lada hitam dan garam secukup rasa. Kalau suka blh tmbah gula juga.
4. 1 ulas bawang merah di cincang halus.
5. 3 sudu makan sos tiram.
6. 1 biji telor.
7. 2 sudu makan tepung gandum.
8. 1 sudu besar minyak zaitun.

Caranya;

1. Dada ayam yang dah direbus ditumbuk bersama bawang merah, lada hitam, dan garam.Tumbuk sampai betul2 lumat.
2. Pukul telor bersama sos tiram.
3. Masukkan isi ayam yang dah ditumbuk tadi ke dalam sotong. Jangan penuh sangat, nanti melimpah. Pastu tutup dengan kepala sotong, cucuk dengan lidi dalam bentuk cross utk mengelakkan kepala tercabut dan isi terkeluar! hehe..
4. Celupkan sotong ke dalam bancuhan telor dan sos tiram. Biar sekejap - lbh kurang 10 minit dan agak2 rasa sos tu dah meresap ke dalam sotong.
5. Golekkan sotong dengan tepung, jangan tebal2, biar nipis je tepung tu..
7. Panaskan minyak zaitun, pastu goreng lah sotong tadi tu..
8.Bila dah agak2 nak masak, tuang sedikit lebihan bancuhan telor dan sos tiram tu ke dlm kuali..
9. Done!


~ SELAMAT MENCUBA ~

No comments:

Post a Comment