Wednesday, March 13, 2013

Resipi | Gulai Itik

Assalamualaikum.
Resipi ni kena tulis cepat2...kut kang lupe mana nak belaja lagi. Mabeles sampai moncong2 la bibir dapat makan gulai ni. Tak segan puji sebab bukan resipi sendiri..hik hik hik...

Err...u-ols makan itik tak? Tak ek?
Itik sedap hokey. Dulu-dulu saya minat sangat dengan citer kungfu cina tu. cina suka itik kan? Mesti ade la scene itik kena gantung kat kedai makan tu kan... Itu adalah geli...tapi adventure! Aaahhh...merapu-rapu tak tau nak tulis apa. Jom kita tulih resipi jom.

Bahan-bahan :
•1ekor itik. Potong ikut suka-suka hati
•1biji bawang besar
• Setengah labu bawang putih
•7-10 biji bawang merah.
•3kuntum cengkih, 3kuntum bunga lawang, 3kuntum pelaga, 1batang kulit katu manis anggaran 3inci
•2 sudu kelapa sangan,tumbuk sampai pecah minyak (sampai jadi kerisik)
•Santan cair dari 1bijik kelapa atau ikut suka-suka hati jugak.
•Air asam jawa
•Rempah kari 2paket (agak2 dalam 2senduk), bancuh dengan cikit air.
•Garam Gula
•Minyak 1cawan

Cara :
-Itik tu rebus sampai lembut. Jangan terlalu lembut sangat.

- bawang putih tu mayang separuh. Lagi separuh blend bersama bwg besar&bwg merah.

-pijarkan minyak dlm kuali. Tumis bwg putih mayang bersama cengkih,bunga lawang,pelaga,dan kayu manis.

-Bila dah layu dan naik bau, masukkan pes rempah kari. Api perlahan ok..pastu masukkan air asam jawa. Tumis sampai masak. Iaitu bila rempah nampak dah kering. proses ni amik masa agak lama

-Pastu masukkan bawang kisar. Tumis lagi sampai masak. Iaitu bila nampak kering. Bila agak2 dah kering masukkan kerisik. Pun api jgn terlalu kuat. Sedang2 je...ni pun amik masa agak lama jugeee

-Pastu masukkan daging itik yg dah hampir lembut tadi tu. Gaul2kan dengan rempah tumisan sampai sebati. Api maintai perlahan k.

-Agak-agak dah sebati sila masukkan santan. Kalau pekat sangat boleh tambah air.

-Pastu letak garam gula cambiasa. Tunggu sampai daging itik tu betul-betul empuk. Tahap lembut dia bergantung pada selera masing-masing. Kitoram suka yg lembut amat sampai hampir2 tertanggal dari tulang tu..

-Sekian.

***gambar takde kalo mende sedap nih...keh3...

2 comments:

  1. Su,tak pernah makan itik. Telur tu sokmo dah makan.hehe

    Teringinnya nak makan!

    ReplyDelete
  2. Hehee...all time feveret family ni...su plk kalu telur itik sokmo wat pusing gula hangus..hehe..daging itik sedap tini, goreng kunyit@panggang pun sedak jugok...try la...hehe

    ReplyDelete