Sunday, August 18, 2013

Kekurangan Waktu Senggang

Assalamualaikum.

Semalam Sabtu. Hari ni Ahad. Esok Isnin.
Dah kenapa membilang-bilang hari?
Ha....sabtu ahad semua seronok la ye. Musim-musim raya ni openhouse manjang. Tekak pun sama haussss je...ye dak? Tak open house pun, kenduri kawin. Kan? Masa2 untuk mengeratkan silaturrahim jgk sebenarnya ni.....

Zaman2 sekarang ni takde der saje2 nak ketuk rumah orang tiba2 singgah lepak. Tambah dah berfamili dah beranak-anak. Sebab masing2 pum sibuk. Time raya jela nak bjalan pun. Bagus jgk kemestian berjalan waktu raya ni. Tidak-tidak, setahun sekali bertemu le jugak.

Dalam dua minggu ni, saya akan terlebih sibuk sedikit. Esok akan start proses
sorting dan kemas semua barang2...we are moving to another house. Tapi tak banyak barang bawak. Baju2 dan barang mainan anak2 je. Barang2 lain semua nak pack angkut letak rumah Mak saya. Kat rumah mak, memang kitorang adik beradik ada bilik masing2. Takde share2... Senangla sikit nak sumbat barang banyak2 pun. Takmau angkut pegi rumah sewa. Penat. Biar je semua kat umah mak. Nanti dah ada rumah sendiri baru angkut semua.

Dalam tempoh ni, mungkin tak sempat update blog dah kot. Kena kamikaze sikit proses mengemas kali ni. Tempoh yg betul2 singkat. Eh, tapi blogwalking tu mcm wajib je...cuma nak drop comment tu tak tau la...hehehe...

Awal2 mintak maaf la kalau jarang bertegur sapa kat rumah-rumah maya korang semua. Percayalah baca tetap baca...hehe...

Ok, it's 4 am now.
Laki tgh tunggu nak mengemas kat luar..
Ku sedap2 dibilik meng-hapdet.
Kederhakaan apakah ini?????

Ok, babai :-)
#Salam Syawal

4 comments:

  1. pindah lg ke su?

    best kan kat rumah mak ada bilik sendiri..semua adik beradik ada bilik gak ke..? (eh nyeboks lak..hee)

    ReplyDelete
  2. Hehe tepat sekali,pindah balik kL semula..insyaAllah..
    Alhamdulillah semua adik beradik ada bilik sendiri kat rumah mak. Alah, kitorang adik beradik lima orang je...sikit, bolehla buatkan bilik sorang satu. Mak saya kena stroke dulu, tahun 2007. Pastu abang-abang semua pakat nak duduk sekali satu rumah nak jaga mak senang. Itu yg kena buatkan bilik sorang satu sbb masing2 dah ada isteri dan anak...saya jela yg berjauhan dgn mak, sedih xdapat nak jaga dia. Mak saya ni jenis tak blh tidur rumah orang...hehe...

    ReplyDelete
  3. Kak fizah : ehhhhh....mana ada nyeboks nye...ni namanya proses merapatkan ukhuwah...hehe

    ReplyDelete
  4. hehe..oritess..semuge mak su sihat2 selalu ye..=)

    ReplyDelete