Wednesday, October 30, 2013

Bilik Anak-Anak : Susunatur

Assalamualaikum,

Phewww...akhirnya siap jugek entri ni.
Asyiklah tertangguh, menunggu laptop dari Mr.Faris. Keh3...tapi ujung2 talipon tua ni jgk yg berjasa... ;)

Tentang jasa telefon tua, lain masa kita cerita.

Urm...how to begin? And Where to start? Blurrrr...macam ni, bilik ni kecik je. Nak buat playroom mcm kesian la, ruang terhad sgt. Nak dijadikan bilik tidur pon tak dapat sbb budak-budak masih gumbira bergelimpangan di bilik utama. T_________T

This is the room when we first move in.




Lepas tu owner amik balik kotak homey2 ikea tu ;'( nanges pon tak guna....hahaha..
So lets start with DIY-ing storage box.


Kosnya RM 4 setiap satu. Kotak kuning "IndahKiat" tu free. Setiap satu kotak perlu 3 helai pembalut. Kemudian, kecek2 Mr.Faris suruh buat label. Hasilnye, saya suuuuke. Kredit to my hubby. U did great dear ;) Total kos : RM16 utk 4kotak. Mana nak cari? Mana nak cari? Haha belagak kau ek...kih3.

Ok sekarang, moh kita bukak pintu bilik moh.. Bukak je pintu first thing akn nampak adalah ini :



Ha..tulah "rumah" Diy-ed storage box tadi. Pastu saya beli whiteboard nipis tu dari Daiso, always RM5. Tampal kat softboard biru yg asal tu. just to add some colours to the room. Kasi nampak kanak-kanak sikit. Tapi masih cuba nak elak penggunaan warna terang yang mendominasi ruang. We just love pastel colours all the time. Tapi still nak kena ada ceria2 jugek la sikit, dah nama pun bilik budak2 kan.

Zoom in :



First picture tu koleksi buku anak-anak. Saya tak display semua. Simpan dalam kotak jugak. 2nd picture (clockwise) itu adalah ipad tercinta Imtinan. Hey that's mine ok. Tapi dah mcm dia punye je...siap casing nak hijau katak bagai. Hishhhh....
Kat bawah tu dalam laci meja. Saya simpan electronic books. Last sekali tu cinta hati saya, label yang suamiku sayang buat tu, bila tampal ats box tadi,oihhh OHSEM! Kih3...

Dah setel tgk, sekarang kita toleh belakang tgk pintu pulak. Kedudukan meja tadi setentang dgn pintu...



Ni namanya memaksimakan penggunaan ruang ;p

Pastu, kita tgk belah kiri pulak, nampak ini







Saya kelaskan wardrobe kepada 3 bahagian.
1 - tempat baju gantung2, kasut, bib, beg kecik, aksesori rambut,stokin.
2 - lampin pakai buang, first aid box
3 - baju harian, baju tidur, seluar

Close up pemandangan dalam:






Di bahagian pintu :



First picture tu telekung solat Imtinan, hang kat pintu belah kiri. Pastu yg tu bib hang kat pintu belah kanan. Pun memaksimakan penggunaan ruang. Tapi masih nak kekalkan konsep simple, taknak serabut2. Gituuu...hahahaha.



Ruang ke "2" - bahagian atas tu boleh memuatkan 187 keping diapers ;) selalu je buat stok banyak2. Bahagian bawahnye plk saya letak swimming diapers. Ni pun kena beli stok byk2 jgk, sbb susah nak dapat. Pinky box tu Daiso mari, always RM5 jugak...dijadikan kids first aid box. Ada lock. So xde risiko budak2 bukak buat main. Kat dlm tu simpan termometer, paracetamol, koolfever...in case kalau demam la..senang asingkan terus dari mak bapak punye. Takde kalut sgt mencari. Saya sedar diri, saya mmg bangsa kalut kalau anak2 sakit. Haishhh...

Ini bahagian ke "3" - bahagian drawers kecik2...ada nam bijik drawers kecik semuanya :



Cara susun baju dalam laci sama je mcm org lain jgk. Susun menegak, senang nak ambik senang nak maintain kemas. First picture is pandangan sisi. Second picture (clockwise) is belah Iman. Imtinan punye kat belah kiri. Saya bahagikan baju2 ikut 3 kategori, iaitu baju harian, baju tidur dan seluar. Waktu2 laci byk ruang kosong ( time baju banyak kotor), saya akn letak baju yang tak boleh duduk tegak dgn cara melintang biasa je..contohnya dlm gambar kat bawah sekali tu (ketiga clockwise). Tu ada dua ketul baju kelawar Imtinan. Kalau dulu saya akn masukkan kotak2 kecik dlm laci yg berfungsi sebagai partition dan penyendal. Tapi mandangkan laci sekarang ni tersangatlah kecik, makanya x payahlah berkotak2 ek...menyempitkan ruang lah pulok...

Phewww....
Apsal lah nak kene nerbes bila up entri mcm ni...mcm tak pahammmm jeeeeewww...mcm tak pahammmm jeeeewwww...mcm tak pahammmm jeeewww...(dah tgk video?) kah3...

Okeh,wardrobe setel!

Next to wardrobe,ada pulak rak kecik mcm kat bawah ni :



Sebab kita takde peruntukan untuk beli kotak cantik2 kat ikea, kita pegilah Daiso,well...it's always FIVE ringgit ;)
Dapat 3ketul bakul ni, saiz muat2 dgn rak kecik tu. Total RM15. Description picture mcm yg dah tulis kat gambar top view belah kanan tu...

Setentang dgn rak kecik ni ada lg satu rak yg sama...saya letak beg budak2 yg saiz bagak. Beg balik kampung ongkata...



Picture kanan atas adalah pemandangan katil tingkat atas. Benda2 mcm softoy, baby playgym,etc. Ni tempat Imtinan main panjat2 jgk ni. Ada tangga kan nak naik atas. Panjat naik turun naik balik,lepak2 main pastu turun.

Last sekali, kita tgk apa ada ats wardrobe tadi...moh kita patah balik moh...



Yang kotak bas tu lah tempat saya simpan semuaaaaaa buku2 Imtinan yg dia tak perlu akses sendiri. Maknanya buku tu buku yg perlu saya atau papa diorang ada sekali time dia baca. Dan ada jgk flashcard saiz besar. Kotak ni besar, boleh muat byj buku dan flashcard... InsyaAllah ada masa kita bincang pasal diorang nye aktiviti. Kotak gift tupperware tu plk saya isikan flashcard yg saiz kecik, mcm besar 2,3jari tu. Banyak nya flashcard warna la kalau yg kecik2 mcm tu.. Yg kotak kuning tu plk grooming set atau nama saintifiknya sikat rambut, minyak bayini, dan lain2...keh2...

Next....dah habessss....
Whole view : saya tak tipu kan bilik ni kecik? Kecik tapi selesa dan senang nak
maintain...alhamdulillah...









Daughter - Wife - Mom

21 comments:

  1. cantik biliknye..kemas....paling suka susun atur dalam lemari..kemas!!! pink2 sangat =) cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu mama ila...
      Yg pink2 tu keje hasben la tu. Suka sgt dia belikan budak2 ni baju2 kaler pink..hehe

      Delete
  2. Wahhh!!!! cantik...kemas...teratur..tersusun...suka tengok bila camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu...skrg ank2 kck lg senang la nk maintain mcm ni. Dah besar kang xtau la camane..hehe..harap2 blh dilatih :-)

      Delete
  3. cantik btul susun atur atur bilik anak2..blogwalking..jemput ke blog saya dan bertukar2 link..;)

    ReplyDelete
  4. macam kagum jeeee.....macam kagumm jee....macham terbeliak mataaa jeee.....

    haha...

    terbaik from suuu!!!!! ;DDDD

    ReplyDelete
  5. wah! macamchanteeekje…macamkemaaaasje..macamcuuunje..hehe
    suka sgt tgk dlm wardrobe tu..yang kotak2 design sndiri tu kreatif sgt..
    thumbs up! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenku cik anon.
      Owh yg kotak2 pat bijik kat rak tu ke...ala bungkus dgn wrapping paper je tu...kredit to hubby le kot, dia yg mix and match :) hihi

      Delete
  6. perabot cantik..english country style..suker sangat.........cer besar2 sikit letak gambo tu..tak puas akak nak memandang taw...hahaha...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Perabot sedia ada dari owner kak. Alaaaa saya tak pandai la kak nak kasi besar2 cun2 gambo tu..cer akak wat tutorial sikit...much appreciated! Hehee...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Tq ummi sue..ada peluang kang nak tempah header dgn ummie sue ;)

      Delete
  9. aduhai..bestnyer dapat deko bilik anak mcm ni..sy bpun berangan juga..cuma ongkosnya lum mencukupi..berangan nak beli katil double decker tok anak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tapi rumah sewa je ni dear. Perabot semua owner punya. hehe..

      Delete
  10. Cantiknya..bila tgk rs smngt nk hias blik ank..tapi semngat je la lbh..haha

    ReplyDelete