"Bicara Kita Bicara Sufi, Tanpa Suara Tanpa Bunyi, Namun Tak Sukar Dimengerti, Kerana Ia Lahir Dari Hati, Jua Hadiah Buat Hati"
Friday, December 19, 2014
Berlapang Dada
Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Rasa banyaknya benda nak cerita. Saya menulis tak kumpul bilangan view tau. Saya menulis bila saya ada masa lapang sahaja. Selalunya saya menulis bila saya rasa saya nak berehat. Rehat sekejap dari tugas-tugas dan amanah harian. Rasa-rasanya semenjak ada anak2 ni, macam tak pernah je update blog depan anak-anak. Hihihi... Selalunya tengah2 malam bila anak2 dah tido baru buka 'notes' kat henfon, taip2 sikit...then copy ke blogger pastu publish. Itupun kalau tak perlu mengemop lantai, update bisnes, atau setelkan kain baju.
Banyaknya nak cerita... Tapi tak best bila update tak bergambar. Hehe.
30/11 - 8/12 : Spend time kat kampung. Jarang dapat balik lama-lama macam ni. Saya balik dgn anak-anak je. Mr.Faris kerja. Niat hati cuma nak tatap wajah mak tiap-tiap hari. Nak uruskan mak dengan tangan sendiri. Pagi-pagi bangun, usai subuh, masuk bilik mak. Mak kat toilet lama. Tiap-tiap pagi Abg Atiq yang akan uruskan mak. Angkat mak masuk bilik air, tukarkan pampers, gosok gigi,mandikan mak, Selalunya tiap-tiap pagi dialah yang akan mandikan mak. Sebab mak tak nak mandi pagi, sejuk kata dia...walaupun ada heater. Abang Atiq dia ada skill melawak. Suka buat kelakar sampai mak tergelak-gelak, baru mak nak mandi...Comel sangat ni ;)
So,sambil-sambil tunggu mak setel dalam toilet, saya kemaskan tempat baring mak, buangkan semut2 dan habuk2 kalau ada. Tukar cadar baru, selimut baru. Bila mak dah siap, abg Atiq angkat mak keluar toilet, saya siapkan mak. Pakaikan baju, pakaikan pampers, pakai bedak wangi2, sikat rambut, pakaikan telekung, dudukkan mak untuk solat subuh. Mak solat kat atas katil je.
Selesai mak solat, saya bukakan tingkap, biar cahaya pagi dapat masuk ke bilik mak. Dapat jugak mak hirup udara segar. Mudah-mudahan memberi semangat untuk mak lebih kuat menanggung ujian kesakitan. Amiiin. Dapat sembang sekejap dengan mak, walaupun hakikatnya sembang sorang-sorang je. Akhir2 ni mak banyak diam. Taknak bercakap. Kita bercakap sampai dua tiga perenggan pun dia diam je. Takde respon. Ntahlah....huhu...tapi mesti dia suka bila anak-anak duduk bersembang dgn dia kan. Harap-harap macam tu lah.
Bila Imtinan&Iman bangun, siapkan pula diorang. Saat paling manis, nanti budak berdua ni akan masuk bilik mak pakaikan bedak kat pipi Tokma. Mak akan senyum...Hehe...comel. Bila mak sarapan, cucu-cucu berebut-rebut nak Tokma suapkan. Mudah-mudahan kenangan itu memberi kebahagiaan buat mak.
Mak cuma mampu duduk baring di bilik je. Dah tak berdaya sangat. Kat situlah dunia dia. Makan di situ. Minum di situ. Cuma menunggu anak-anak membawa masuk kebahagiaan.
Lepas breakfast, saya banyak lepak kat bilik mak. Baring tengok tivi apa semua pun kat bilik mak. Main play doh ke, lipat kain ke,semua pun saya usahakan buat kat bilik mak. Saje nak temankan mak. Niat balik kampung kali ni memang betul2 nak temankan mak. Untuk prepare Lunch @ dinner saya tak join sangat. Join makan je. Haha. Biasanya lunch Kak Khaty & Iqah yang siapkan. Dinner pulak, Cik Ira (wife abg atiq) yang setelkan. So memang banyak masa saya boleh spend dengan mak. Alhamdulillah.. Bila zohor pulak, Abg Amin akan balik kejap dari tempat kerja dia untuk uruskan mak. Angkat mak masuk toilet, bersihkan apa yg patut dan wudhukkan mak. Lepas solat zohor, temankan mak lunch. Tolong carikkan lauk ayam mak, atau tolong buang tulang ikan untuk mak. Sambil-sambil tahan air mata dari menitik. Terkenang-kenang, aku kecik-kecik dulu pun mesti mak tolong buat macam ni jugakkan. Huhu...tak terbalas jasa mak... Lepas tu biasanya mak akan tidur. Lepas mak tidur baru saya masuk bilik sendiri, solat zohor, suap makan anak-anak, dan tidurkan anak-anak.
Petang saya tak temankan mak. Petang untuk anak-anak pulak. Kesian diorang. Sesekali balik kampung mesti nak lepas bebas bermain di halaman. Halaman rumah mak memang luas. Macam-macam aktiviti boleh buat. Ada buai. Ada basikal kecil. Boleh main layang-layang. Boleh main pasir putih,bole kejar ayam dan itik, monyet kecil, kambing, biri-biri, oh....semua ada! Seronok tengok anak-anak gembira dan lepas bebas bermain.
Bila maghrib, abang Mujib pula yang uruskan mak. Saya akan sibuk menyental anak-anak dara dibilik air. Abang Atiq pulak waktu2 macam tu akan sibuk bantu Cik Ira. Dia akan uruskan anak-anak. Cik ira sibuk prepare dinner. Solat maghrib saya kat bilik mak. Lepas solat,ajak mak sama2 mengaji. Mata mak dah tak nampak sangat. Yassin je la yang dia boleh baca lancar, tu pun sebab dah hafal. Kalau yang lain, kena bukak quran besar. Mak dah dinner siap-siap pukul5-6ptg. So lepas isyak, tunggu nurse datang untuk cuci kaki mak. Kalau nurse tak datang, saya atau abg amin akan amik alih tugas nurse cucikan kaki mak. Ngeri jugak sebenarnya. Mak pesakit kencing manis. Luka di kaki mak dah membesar macam saiz sehelai duit RM5. Huhu...moga diberi kesembuhan...
Bila malam, nurse dah balik, time mak nak tidur, rasa sayu je...ntahlah, hati ni rasa sayu sangat. Selalunya tahan la taknak nangis depan dia ke apa. Nanti mana-mana abang akan angkat mak masuk toilet utk tukar pampers. Saya standby kemas-kemas tempat tidur mak. Pastu sikat rambut mak lagi sekali & pakaikan bedak lagi sekali. Sapu minyak dan urut-urut mak sikit2..Sekadar untuk banyakkan sentuhan. Mudah-mudahan lena tidur mak..Bila mak dah baring, dah tutupkan lampu...saya selitkan tasbih kat tangan mak. Kucup dahi mak sambil cakap "tidurlah Ma...tidur lena-lena..."...
Begitulah rutin setiap hari. Setiap hari ulang-ulang buat benda sama. Tapi ajaibnya tak datang rasa jemu. Terimakasih ya Allah memberikanku peluang untuk uruskan mak walaupun sekejap. Walaupun dapat bantu sikit-sikit je sebab kudrat anak perempuan ni tak kuat untuk angkat mak. Perlukan khidmat anak lelaki. Inilah hikmahnya bila Allah meletakkan tanggungjawab menguruskan ibubapa itu lebih berat keatas anak lelaki berbanding anak perempuan. Hanya Dia Yang Maha Arif.
Rindu...rindu waktu-waktu mak sihat...Rindu waktu-waktu mak masih kuat. Sekarang, bila sendiri dah menjadi ibu, baru mengerti hati seorang mak. Baru faham perit jerih membesarkan anak-anak. Baru tahu hebatnya sayang seorang mak. Hari-hari pun terfikirkan mak. Tiap kali mandikan anak-anak, mesti otomatik teringat.."aku kecik-kecik dulu mesti mak buat macam ni jugak". Tiap kali suapkan nasi ke mulut anak-anak, otomatik terfikir "aku kecik2 dulu mesti mak suap macam ni jugak"...oh alangkah rindunya...
Lebih satu minggu kat kampung, melihat susah payah mak, berat dugaan tanggungan mak, terasa ya Allah...hilangkan kesakitannya...kalaulah boleh memilih, saya akan pilih untuk tanggug kesakitan mak. Tapi itu yang nampak dimata kita. Pandangan Allah kita tak tahu macamana. Belum tentu kita mampu tanggung ujian itu. Allah uji orang-orang yang mampu. Allah tahu siapa dia nak pilih untuk diuji. Seminggu lebih yang banyak mengajar erti hidup.
Moga Allah terus memberi ruang dan peluang untuk saya uruskan mak. Walaupun sekejap.
Boring ke? Hehe...nanti mood ceria datang, kita gelak sama2 ok. Sekarang mood sendu (-__-)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak suka baca awak cerite pasal mak awak... tak tau napa.. rasa 'dekat'..rasa tersentuh.. macam2 rasa... kekadang rasa tetibe nangis.. maybe akak rindu sangat kat mak akak kot.. so biler baca perkara macam ni hati mudah sangat tersentuh..
ReplyDeletesemoga doa2 awak di makbulkan.. semoga awak boleh terus berbakti pada nya.. insyaa Allah... tabarakallah....