Saturday, January 19, 2013

8.1.2013 - Syahid Seorang Ibu

Assalamualaikum....

Masih lagi dalam mood berduka. Hati, berhentilah menangis. Mata,simpanlah airmata ini.

Selang 3 hari pemergian Tok Ayah, keluarga ini diuji lagi. Lara hati ditambah lagi.

Allahu...Allahu...Allahu...

{إنّا للّه وإنا إليه راجعون}

Beratnya terasa dada,tak tahu bagaimana nak menukilkan kisah ini di sini.

8.1.2013 : jam 3pagi,saya mendapat panggilan dari ibu mertua saya, memaklumkan "Cik gee dah takde..."

Saya waktu itu tengah menyusukan baby Iman. Tergamam. Terasa lembik tiba-tiba.

Cik gee ibu saudara Mr.Faris. Anak arwah Tok Ayah. Masih muda lagi orangnya. Dijemput Allah saat menanggung sakit melahirkan anak ke lima. Mulianya dia. Pergi dlm keadaan begitu. Tapi sedih di hati kami yg ditinggalkan ini Allah sahaja yg mengerti. Dua kehilangan dalam masa tak sampai seminggu?

Allahu Allah... Berilah kami kekuatan.

Sampai ke hari ini saya terasa mcm cik gee masih ada. Kadang2 terdetik hati nak sms dia, nak buka facebook dia... Ape ni..huhu..

Saya rapat dgn cik gee. (Cik gee mmg rapat dgn semua orang pun)

Bila saya berkahwin dgn Mr.Faris,masuk dlm keluarga baru,segalanya baru, kekok mesti ada. Siapa yg tenangkan saya? Cik gee lah.. Siapa org pertama yg buat saya rasa diterima dlm keluarga ini? Cik gee lah juga. Siapa org pertama yg greet saya dgn lawak selamba dia? Cik gee lah juga. Semuanya cik gee. Waktu saya mengandungkan Imtinan, mengidam nak makan homemade laksa penang,siapa yg layankan? Cik gee juga yg penat2 ke pasar usung ikan,ulam segala nak masakkan saya kuah laksa.

Sungguh,saya rindu Cik gee. Rinduuu sangat-sangat.

Cik gee tinggal di Terengganu. Malam anniversary Cik gee tahun 2011 saya ke Terengganu. Bermalam di rumah Cik gee. Malam tu Cik gee buat chicken chop. Sedap! Lepastu kitorang keluar macam pasangan muda yg masih kapel2. Comel je Cik gee ni..Cik gee dan Cik Mi (suami dia). Saya dan Mr.Faris. Cik gee tinggal anak-anaknya di rumah. Lepak di old Town sampai tengah malam. Jalan2 tepi pantai amik angin malam, bergambar sakan.

Indahnya rasa kenangan tu...saat ni,waktu menaip entri ni, saya mcm terasa-rasa lagi pelukan cik gee atas jambatan gantung dekat dgn pasar payang terengganu tu..cik gee gelak2 bila saya kata rasa gayat,jambatan tu mcm goyang2.. Cik gee peluk saya,dia kata "nak feel ala2 titanic"
Cik gee.....miss u....huhu...

Teringat juga waktu Cik gee turun KL, kitorang keluar "berkapel2" lagi, lepak kat sate kajang. Cik gee order air kelapa, bila budak pelayan tu cakap "urm,air kelapa ada tp lambat ckt kak.." cik gee dgn selambanya reply : "haah kan..mestilah kena panjat pokok kelapa dulu baru leh dpt airnya..."
Yes,cik gee...cik gee selalu buat org tak kering gusi... How i miss u cik gee...

Awal tahun 2012, Saya dan Cik gee sama2 disahkan mengandung. Due kitorang dekat-dekat. Cik gee 5/1/13. Saya 9/1/13. Teruja sungguh kitoran,asal jumpa je pegang perut,pastu teka sape dulu meletup. Bezanya Cik gee mengandung anak ke lima, dan saya mengandung anak ke dua. Kandungan saya dan Cik gee mengalami masalah yg sama. Bleeding di awal pregnancy. Bleeding Cik gee biasa2 aja. Bleeding saya berakhir dengan keguguran salah satu kembar. (Saya pregnant kembar waktu tu).
21/12/12 saya melahirkan Sofiyya Iman bersama kembarnya yg telah tiada sejak dari awal kandungan lagi. Sedangkan Cik gee masih menunggu giliran dia.

Ye, awal2 pregnant dulu cik gee pernah suarakan pada saya : "Pregnant kali ni pelik lah...pelik sungguh"

Saya : Pelik macamana?

Cik gee : haiii...tak tahu lah..tapi pelik lah..rasa pelik..

Saya : hah..nak dpt baby boy la tu....
(cik gee mmg berharap utk dpt ank lelaki lagi)

Cik gee : Eh bukan..bukan...bukan gitu..

Saya : urm...ke nak dpt kembar?

Cik gee : hurm,ntah..tak tahu..

Saya : Ala,instinct kata camana?

Cik gee : Instinct rasa seronok sgt2..mcm orang baru first time pregnant!

(Kitorang gelak besar....)

Nah, hint sudah ada di situ. Cik gee seronok untuk syahid rupanya...Tapi saya tak terfikir bahawa tu petanda ada sesuatu yg akan berlaku. Sebab cik gee mmg kelakar orangnya. Ye,adakalanya bila teringat peristiwa ini saya rasa bersalah. Kenapa saya x dapat tangkap maksud cik gee waktu tu?

Malam sebelum Cik gee meninggal, Cik gee sms Mr.Faris. "Lambatnya nak tunggu 8haribulan.." lebih kurang gitu lah sms-nya. Nk bersalin 8/1 kata dia. Dah tak larat usung perut. Biasa dia x pernah lebih due. Tapi kali ni due dah lebih tiga hari.

Nampak kan,mesej Cik gee tu mcm bagi hint yg dia x sabar nak tunggu dijemput Allah. Allahu Allah. Mulianya mati seorang syahid. Pergi dia benar2 pada 8/1. Sekitar jam 2pagi.

Menurut cerita Cik Mi (suami cik gee ni), mlm tu Cik Mi keluar main badminton. Tapi balik awal dari biasa sbb cik gee dah bagitau dia rasa lain macam. Malam tu dah ada labour sign,ada keluar darah bercampur lendir. Tapi belum sakit lagi. So lengah-lengah lah ke hospital. Balik dari main badminton tu Cik Mi picit2kan Cik gee,kata Cik gee dia rasa lenguh2 badan. Lepas urut-urut tu, decide nak g hospital. Bersiap-siaplah. Cik Mi masuk toilet bersihkan badan nak siap2. Cikgee plk ke dapur buat milo (mungkin utk tenaga nak push bersalin nanti). Kejap je Cik Mi dgr mcm bunyi benda jatuh. Cepat2 keluar toilet, tgk Cikgee dah terlentang jatuh kat ruang tengah,panggil bibik keluar bilik,kol ambulan semua. Hospital kata within 15min ambulan akn sampai. Cik gee dah terlentang jatuh,darah dah byk keluar. Kata bibik,waktu tu muka Cikgee pun dah mcm biru2. Tunggu punya tunggu ambulan tak sampai jugak. Cik Mi dah x sabar dah nak tunggu, decide nak bwk g spital sendiri dgn keta. Masalah pulak tak terdaya nak angkat Cikgee masuk kereta. Panggil jiran2 tlg angkat,makan satu jam jgk cik gee mcm tu. dah tgh malam, dah pukul 1pagi lebih.. On the way ke hospital tu baru terserempak dgn ambulan. Berhentilah kereta pindahkan Cik gee masuk ambulan, sbb doktor dah ada dlm ambulan tu. Waktu tu lah perasan yang Cik gee dah takde bersama2 dgn baby dlm perut yg belum sempat dilahirkan....exact time takde sape perasan sebab dlm kekalutan.

Cikgee pergi meninggalkan 4orang anak yg masih kecik. Waktu jenazah selesai dimandikan, anak yg sulung (darjah 4 ke 5) kucup dahi ummi dia. Menangis. Mungkin faham
Erti kehilangan. Sedang adik2 yg lain masih kecik,masih seronok bermain dgn sedara mara kat luar. Waktu tu Mr.Faris peluk anak sulung cikgee tu kuat2..Dia pun menangis sama. Tak tertanggung rasa sayu tu. Tambah2 bila tengok jenazah nampak mcm orang mengandung yg tengah tidur je.

Cik gee....kitorang rindu Cik gee sangat2...Semalam berkumpul rumah Tok Ayah,kitorang (anak-anak buah cik gee ni) masuk bilik yg selalu cik gee duduk bila Cik gee balik kelantan tu. kitorang nangis ramai-ramai sebab terlalu amat rindukan Cik gee..

Cik gee org baik.
Kelakar.
Suka buat lawak tapi xpernah menyakitkan hati.
Cik gee selalu amik berat pasal kitorang.
Cikgee pandai jaga ukhuwwah.
Cikgee anak yg bertanggungjawab.
Cikgee tak pernah kedekut membantu.
Cikgee selalu positif.
Selalu dengar cikgee merungut apa2,tapi cik gee tak pernah nak salahkan orang lain.
Paling sayu bila Cik Mi kata: Cikgee tak pernah buat airmata Cik Mi menitis sepanjang usia perkahwinan ni...

Allahu Allah...

Al-Fatihah buat Allahyarham Noor Azian Abdul Ghani.


.
- Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

  1. innalillahiwainnailaihirojiun..
    k.su.. sedihnya :'( tabah ye k.su & famili..Allah lebih syg kan dia.. kirim2kan doa utk dia & tok ayah kat sana.. :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Tim...tabah&redha...tp mcm xprcaya...rindu...semua rasa ada. Huhu..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah.

    Sabar ye su. Allah lebih menyayanginya.

    Kehilangan orang yang kita sayang adalah antara ujian terhebat..:(

    ReplyDelete
  4. Alfatihah...terimakasih tini... Kita sedih, tp bila tgk keadaan ank2 dia yg kecik2 lagi lah sedih..yg bongsu tu sokmo duk tggu ummi dia balik keje..pahtu tanya 'mana umi x balik lagi?'...kesian sgt...huhu

    ReplyDelete