Wednesday, January 23, 2013

Mother of Two...

Assalamualaikum..moga sentiasa di bawah lindungan Allah.

Apa yg kecoh sangat ni?
Baru anak dua dah kecoh dah?
Biarlah...Saje nak mengkecohkan diri sendiri...

Alah, takde kecoh apa pun.
Semalam, a friend
of mine (also a mother of two) texted me,

"Akak...cemana rasa beranak dua? Doc ada pesan suh plan tak?"

-eh,ke dia tanya "akak...cemana rasa after czer 2nd time?sakit tak?" ahhh...mana2 lah,malas
Nak cek balik mesej kat fb..

Panjang la jgk chit chat time kitorang. Dari bab sakit bersalin, pengalaman ceaser 2x, homeschooling baby&toddler, sampaiiiii lah ke bab family planning..
(biaselaaa bila mak-mak bercerita kan)

Jujur kata la,
Sampai la ni saya masih kelam kelibut uruskan dua2 anak.
Tu cara2 ada bibik tu.
Pon masih tak tentu arah.
Sbb anak-anak still cari mak jgk..
Imtinan malam2 meraung cari mama.
Sampai bibik surrender takmo dah tidur dgn dia.
"Sakit bahu makcik ni Puan,mahu di dokong aja dia malam2."
Mengadu bibikku.

Anak-anak. Begitulah.

Tapi ada jgk orang tak paham.
Apsal nak plan2? Bukan keje pon,duk umah goyang kaki jeeee....beranak la ramai2...apa adehal!

Saya punya pendirian senang je, yg beranak saya. Yg menjaga ank2 adalah saya.
Yg menanggung susah payah saya.
Peduliklah apa org kata.
Susah senang saya bukan ramai yg nak menolong.
Yg berjanji nak menolong tu ramai. Takat janji.
Tapi takkan takde rasa malu kita ni nak menadah mintak tolong orang sentiasa?

Alah...kadang2 yg berbunyik tu, belum pun ada anak lagi.
Yg kawin pun belum,pon ada.. Jadi apalah dikisahkan sangat kan?
Tempat kita lain-lain.
Takkan sama.
Kalaupun dia dah beranak sampai seploh orang, bolehlah dia cakap mcm tu.
jadik apa kita nk terasa sangat, biar je lah.
Tu kekuatan yg Allah bagi kat dia. Saya takde kekuatan mcm tu.
Lebih dia kat situ,
Lebih saya kat tempat lain.

Ok,meh saya simplify satu2...
Sebenarnya entri ni lebih kepada PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI.
Supaya tak mudah melatah bila orang mengata.

1. Ingat balik apa tujuan nak jadik surirumah hari tu. Nak didik anak kan?
DIDIK. Yes, DIDIK.
MENDIDIK dan MEMBESARKAN anak ni adalah dua benda yg berbeza (pada saya). Membesarkan tu adalah, bagi dia cukup makan, pakai, mandikan dia, tukar lampin semua. Tu membesarkan/menjaga.
Tapi mendidik tu lebih complicated lagi. Ada pendidikan langsung dan tidak langsung. Yang tidak langsung tu mungkin senang. (Tupun kadang2 tak termampu jgk bak buat) Tp yg langsung tu...haih, mana nak cari masa.. Boleh, tapi terkejar2.

2. Zaman dah berubah.
Pada saya, zaman dulu dan sekarang lain. Sekarang persekitaran tak berapa nak sihat. Dulu-dulu mak wat keje kat dapur bukak tivi bagi anak tgk tv pun xpe. Zaman sekarang walau kata tengok kartun pun, belum tentu lagi iklan tu takde benda yg merapu meraban. Itu baru contoh bab iklan. Belum lagi yg lain2..Ngeri. Sekarang ni pon tv kat rumah ni byk off dari on. Lagi sanggup tengok imtinan meraung tergolek2 bila saya terpaksa entertain baby Iman waktu dia nakkan mamanya nih.

3. Saya perantau.
Di bumi KL ni saya takde sesape. Mak bapak adik beradik walau sorang pun takde kat sini.
Jauh nun di Kelantan.
Saya dan Mr.Faris dua2 Kelantan origin ;)
Sakit pening susah senang sendiri2 je kat sini.
Bukan merungut. Kami dah lalui pon saat2 perit tu sejak lagirkan Imtinan sampai sekarang. Belajar berdikari yg benar2 berdikari.
Mula dari A sampai Z.
Bangga dengan Mr.Faris dan diri sendiri sebab berjaya lalui semua nih dgn cekal hati.

Kejauhan ni jgk buat saya tekad taknak beranak lagi buat masa sekarang. Cukup dua dulu. Susah sebenarnya bila family jauh dari kita.

3. Nature kerja suami.
Mr.Faris keje bukan mcm org lain. Pagi2 keluar petang balik. Malam ada kt rumah. Kalau kata usung keja bwk balik rumah pon, kalau kata laki terperap kt bilik pon,still ada kt rumah jgk. Kurang2 blh tlg jaga anak 5minit kalau saya nak ke toilet.

Mr.Faris keje tak tentu masa. Jadual keluar sebulan sekali. Dlm sebulan ada dlm 4 flight (tu kira purata la..) Keluar keje biasanya 3hari 3malam tak balik. Kdg2 ada yg sampai 8hari straight..Jauh plak tu. kalau kata tak balik duduk opis takpe lagi. Apa2 hal emergency boleh kol2 balik kejap. Kalau kata dalam malaysia ni pon xpe lagi. Ini takkkk...Paris tu jauh, Frankfurt tu jauh, Istanbul tu jauh, LA tu jauh...

Ye,saya serik waktu bleeding yg teruk baru nih. Waktu pregnantkan baby Iman. Imtinan sekitar 8,9bulan waktu tuh. Bleeding yg sgt byk sampai darah penuh kat lantai. Mr.Faris baru sampai Paris waktu tu.
Me? I have no courage at all nak drive sendiri bawak Imtinan pegi hospital. Pastu kena tahan kat ward Imtinan nak kasi nurse jaga? Nak letak kat kaunter pendaftaran klinik sedangkan mak terbaring kat katil dengan wayar segala? Memang tak la kan. Untung waktu tu kat kampung...ada jgk abang2&kakak ipar tlg jagakan imtinan dan tlg tunggu saya kat hospital.

Pon serik jugak waktu pregnantkan Iman, usia kandungan 35week, muntah teruk waktu tu. dengan perut memulas2..2hari 2malam tanggung sakit. Ingat nak beranak dah. Mujur juga kat rumah mertua waktu tu. pukul 3pagi abah mertua hantar saya pegi hospital, sambil jagakan Imtinan lagi. Cuba kalau aaya sorang2 kat KL? Nak campak anak2 kat mana?

Tiga je ke alasan?
Cukup ar tiga..nati ada byk idea kita tambah lagi.
Sape nak beranak ramai2 dan rapat2 nah silakan.
Kalau tanya saya,saya jawab tak.
Biarlah anak sorang pon asalkan kualiti macam seploh orang.
Tu pada saya lah.
Jangan tiru saya kalau korang ada pandangan sendiri.
Saya mmg nak jaga anak saya betul2. Bukan kata org beranak ramai tu x mampu jaga anak betul2..

BUKAN...BUKAN...BUKAN!!

Saya malah kagum kalau org bernaak ramai pastu dpt hasilkan anak2 yg bagus2 kualitinya.

Read : saya yg tak mampu. Saya mmg surrender. Saya tak mampu nak realisasikan impian saya kalau saya tak mulakan family planning skrg nih. Anak saya dua sekarang nih, dua2 pompuan. Alhamdulillah. Setidak2 masing2 ada kawan nak hantar ke kelas rennag ke,archey ke,lepas ni...taklah kekok sorang2 kan.

Tapi jauh di sudut hati mmg nak anak lelaki. Mcm terkilan tak dpaat bagi boy pada suami.

Saya : Abang x kisah ke
Xde anak laki?

Mr.Faris : Ada beza ke laki ke pompuan?

Saya : Mestilah ada.. Ank pompuan dah besar dah kawin ikut suami. Anak lelaki lah yg akan jaga kita.

Mr.Faris : kalau boleh jgn ada pikiran mcm tu. Kita besarkan anak2 ni biar ikhlas, jgn awal2 dah letak niat nak suruh diorang jaga kita bila kita tua. Selesaikan je tanggungjawab kita dulu.. Yg lain2 tu serah pada Allah.

Terkedu saya. 100% true....huhuhu...

Err...dlm hebat2 menaip ni pun jauh di sudut hati kitorang redha je kalau Allah nakbagi baby lagi dlm masa terdekat..walopon kata plan taknak ada anak lagi sampai anak2 yg berdua ni masuk sekolah, sape tahu kalo tetiba Allah campakkan rasa rinduuuu nak cium bau baby lepas2 ni sape tau kan...

Yg penting kita bukan menolak, tapi merancang. Selagimana method tu tak haram di sisi agama,cukuplah. Apa yg org sekeliling cakap tak sepenting apa yg Allah 'cakap'.

Utk yg nak plan2 tu, jgn terasa sgt lah dgn sindiran2 orang...

P/s : Dlm proses menghantar bibik pulang ke indon dan mertua suk ajak suruh balik kelantan,stay kat sana dgn diorang sampai anak2 besar cikit...
Hehe...let me think first ye umi&abah.



- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment