Sunday, June 9, 2013

Dua Minggu Cuti Adalah Seronok!

Assalamualaikum.

Wah..tajuk tazkirah..panjang kemain. Abaikan.

Saje nak berbangga, Mr.Faris cuti bersidai kat rumah kirang lebih dua minggu jugak ni, seronok uiks. Berbahagialah isteri-isteri yg laki nya dapat cuti panjang kan? Ber-arti juga, dapatlah bersidai juga dari workload yang banyak itu. Hollloh surirumah pon banyak keje tau..hihi..

Tidak2 pon, bangun pagi rumah dah ada orang sapu, geliat-geliat malas siket, pass Imtinan kat papa, nah anak kamu kita. Papa mandikan. Papa gosokkan gigi. Papa pakaikan baju. Papa sikatkan rambut. Mama mandikan baby Iman je.....pastu mandikan diri sendiri.

Breakfast ready. Roti bakar+kaya+mentega. Cukuplah tu. Serius, rasa hilang separuh penat. Macam nak cakap je kat Mr.Faris ; "berenti je keje bang...kita duk rumah mcm ni kang seronok". Belum habis cakap mesti ada yg kena ketuk pale kan.. Berhentilah berangan. Lagi tiga hari je belen cuti tinggal. Bersyukurlah dengan kesenangan yg Allah bagi walaupun bersifat sekejap. Hidup kena balik pada asal. Terima dengan redha yg dia harus pergi mencari rezeki untuk tanggung anak2 dan bini yang kuat makan nasik nih.

Insaf (T_____________T)

Orang dulu-dulu mesti best kan? Zaman2 dulu macam dalam cerita2 P.Ramlee tu. Zaman laki bini kerja sama2. Macam seronoknyeeee...Saya kalau nonton tv cerita melayu lama macam ni mesti cakap kat Mr.Faris.. "Bang,jomla benti keje bang, kita turun sawah sama2..makan nasik lauk pucuk ubi amik belakang rumah, ikan tangkap sendiri kat sungai..seronok!".

Orang sebelah muka bengkek je..haha,sabau ye bang..sabau.

Eh betul..kalaulah saya diberi pilihan, saya nak je jalani hidup macam tu. Rumah keciiik je. Laki bini keje banting tulang sama2, turun sawah buat padi. Tanam sayur, pastu ada kebun sikit2, turun sungai tangkap ikan sama2..seronok hoiii..yang penting bebas dari loan bank! Haha... Yang paling penting lagi 24jam hadap je muka laki bini anak masing2.

Oh mintak2 malam ni tidur mimpi hidup di zaman dulu2...

Ok,bai...gudnyte (^__')

Daughter - Wife - Mom

4 comments:

  1. hamoih2..bahagianye dia..ai tumpang bahagia jugek:)
    kapan kan ketemu?
    su, tolong send sms deh..nadi ile no fon..hehe:)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Jemput bertamu ke rumah la nanad, jarak tidak lagi memisahkan kita.hihi. Urm intenet slow sgt ni nadi, nak on fb pon x mampu..ater cemana..kamu guna nombol kenpon yg mana leni?

    ReplyDelete
  4. hehe..no same..maxis 012286 celcom 019285 tu:)

    ReplyDelete