Friday, June 14, 2013

Nak turun KL

Assalamualaikum,

Esok Mr.Faris balik. Seronok je rasa. Tengok Imtinan ni sepanjang hari ni moyok je. Buat tu tak kena buat ni tak kena. Tu cara-cara budak bosan la tu gayanya.

Dahlah pandai melawan sekarang ni.
Mama cakap "imtinan,wash u-uk!"
Dia geleng pala sambil selamba jawab "Acee" maknanya dia taknak. Menjawab kan? Homel je.

"imtinan, canteknya kalau sikat rambut ni..nak mama sikat tak?"

"acee" jugak.

Dah besar anak mama, lagi seminggu cukup 21months old. Pandai dah tunjuk perasaan. Bermain dengan tantrum. Silalah anak. Sila. Semua ni kenangan mania untuk mama dan papa kenang bila kamu besar nanti.

Oh,esok mr.Faris balik dan kami plan nak turun KL. rindu sangat dah saya dengan KL. serius. Kurang lebih 9tahun saya di KL. jatuh bangun sakit demam banyak di sana. Mana tak rindu. Di KL lah saya belajar berdikari, tanpa keluarga tanpa sedara mara. Di KL Lah saya menuntut ilmu. Di KL jugalah saya bertemu Mr.Faris utk kali pertama. Di KL jugalah saya membina persahabatan dengan kawan-kawan. Di JL jugalah kami membina hidup sebagai suami isteri. Membina sebuah keluarga. Di KL jugalah tempat saya melahirkan anak-anak saya. Sungguh saya rindu sangat rasanya nak ke sana.

Rindu ayam goreng+sambal belacan cafe Halimah di UIA. Paling utama nih. Hahaha.

Tapi above all rasanya nak ke Kinnokuniya atau MPH atau Popular untuk cari bahan bacaan anak-anak. Sedar diri dah jadi mak.

Nota untuk Mr.Faris : Jangan risau, saya tak pernah rindu IKEA dan Jalan TAR. Hehehe...


Daughter - Wife - Mom

2 comments:

  1. Eerrrr..saye yg dekat pon selalu rindukan ikea dan jalan tar...heheh

    ReplyDelete
  2. Ye...saya tahu itu...agak2 kalau ikea tutup ape jadi pada kak aty ek?hihi... ;)

    ReplyDelete