Assalamualaikum.
Hurm....bila selalu update blog tak tau pulak nak update pasal apa. Sindrom sangat kan. Tapi best jugak bila ada blog sendiri ni. Nak menceceh pasal apa pun silakanlah. Takde sape nak marah. Kalau ada yg marah pun bukan kita dengar kan? Hehehe.. Jadi tulih je la apa2 yang rasa nak tulih. Asal senonoh. Kalau hari ni rasa nak jadi ID (interior designer), maka update la pasal deco-deco rumah. Kalau rasa nak jadi chef, update pasal resipi walaupun org lain berduyun2 dah masak masakan tu, tetap la jgk nak tulih resipi kat blog kannnn? Apa pedulik. Mengata diri sendiri nih...
Hari ni sebab tak tau nak cakap apa, saya rasa nak jadi dokter pulak.
Hurm...saya bukan jenis kisah sangat pasal supplement ke apa ke. Sebab utama kerana MALAS sebab LECEH. Tak sedar diri dah tua pun satu hal jugak. Tua tak tua lah. Cuma makin berusia. Dari zaman anak dara mana ada nak ambik supplement apa2. Jamu jauh sekali. Sebab tu ar tak cantekkkkk...
(T___________T) tsk...tsk...
Adela sebelum kawin dulu amik herbalife. Tupun bukan sebab kesihatan sangat. Tapi sebab nak kurus. Nak kawen kannnn. Tapi takde kurus mana pun. Sebab tak boleh nak ikut rules. Makan kena jaga. Banyak rules lah pulak. Bau dan rasa pun agak yakkk jugakla. Tu herbalife tahun 2008. Herbalife sekarang tak tau la kan. Ni cerita lama ye. Mungkin sekarang dah improve. Habis satu kotak je dah takmo continue. Sekilo pun tak turun. Sedih sebab gemuk montel dihari persandingan. Zizi ezzette gemuk takpela dia cantek. Puteh melepak. Yang kita ni puteh jugak. Puteh nak kena sepak. Hahaha..
Serik. Hidup pulak bergantung pada nasik dan lauk pauk yang melimpah tiap2 hari. Nama nak diet makan slaad je tu tak ar. Tekak ni berdaftar sebagai tekak melayu. Dahla Kat UIA dulu cafe dia makanan best2. Sekarang tak tau. Cafe AIKOL (kuliyyah of Law) ada bubur nasik dan segala sup2 yang sedap. Meletop. Lepas makan tapau lagi. Hahaha. Dekat cafe kolej Aminah ada ayam goreng dan sambal belacan yang Ya Rabbbbiiii sedap sampai menangis-nangis. Pedas dan sedap. Kat cafe kuliyyah econs pulak ada lauk yang banyakkk sangat. Ikan keli bakar cecah air asam meleleh. Kerja makan je... Balik rumah masak makan lagi. Kalau mr.Faris ada kat rumah malam-malam keluar ronda-ronda singgah makan lagi. Pukul 12 pun masih melongo kat mamak Taqwa Seri Gombak. Makan nasik dengan kari kepala ikan dia. Sedap. Taqwa ni satu-satunya mamak yang serve sambal belacan waktu tu.
Jadual makanan waktu tu (lepas kawin) macam ni :
8pagi : nasik lemak/mi goreng cafe aikol+fishball dua cucuk.
10 : bubur nasik cafe aikol.
Lunch : nasik campur cafe aminah atau cafe econs.
Malam : Masak dan makan kat rumah.
Tengah Malam : Mamak Taqwa @ Mamak Nisma
Lepas tu end 2011 beranakkan Imtinan.
Mula la rasa badan lain macam kan. Asyik letih je. Bertarung beranakkan dia ngeri. Lembik selepet sampai takleh push. Sempat tertido kejap. Taktau la tido ke pengsan kan. Energy takde. Itu yg keluar ikut tingkap tu. Imtinan umur 4bulan pregnant lagi. Kembar pulak tu. agaknya perlukan energy banyak sikit la kot ek. Letih ya amat. Bulan puasa pulak tu. Tiap-tiap hari pun melepet je. Puasa terpaksa selang seli. Sampah pun tak buang. Tiga hari Mr.Faris outstesen tiga harila terperap sampah kat dapur. Kadang sampai berulat. Penat yang tak buat apa pun. Cousin suggest suruh makan shaklee. Dengan konfidennya rejek. Haha. Sebab dah kenal diri sendiri kan. Tau memang jenis tak consistent. Tapi bila nak bersalinkan Iman, mengalah jugaklah. Pikirkan nak supply susu untuk Imtinan lagi, Iman lagi.
Start amik SHAKLEE ni dengan set berpantang dia. Hasil is best. Hari pertama bersalin start makan. Beranak czer nih. Hari kedua dah boleh bangun. Berkeras dengan dokter nak bangun g toilet sendiri. Pastu kena marah sebab g toilet tak call nurse. Biar arrrr org dah sehat kan nih.
Bab sihat, bab cergas Yes. Shaklee suit me well. Sape2 lepas bersalin saya suggest consume la shaklee ni. Bagus. Tapi untuk milk booster, tak menjadi pulak dengan saya. Togok air baper liter pun macam tu jgk. Sama je. Lepastu decide nak stop je shaklee ni. Sebab rasa macam malas. Hahahha. Malas sebab leceh banyak sangat mende dalam set tu. Makan pulak kan ada aturan jgk. Hak ni kena makan pagi. Hak ni tak boleh ni. Hak ni kena macam ni. Bla bla bla.... Pastu rasa rimas jgk bila esp tu macam susah nak bawak travel. Botol dia besau. Pastu nak kena cedok2 bancuh bagai. Serbuk2 yang tertumpah tu kang nanti semut cepat je datang. Rimas tau. Errr...takpe ke ni ek komen2 produk orang? Ni bukan komplen tau sebenarnya. Cuma nak cakap untuk orang yg malas nak disiplin macam saya ni agak tak sesuai la. Bagi lah produk apa pun utk orang yg takde disiplin, tak jalan punye kan. Hihihi...
Dan-dan tu jgk stop shaklee.
Dan perasan perubahan pada badan. Banyaaaak yg tak elok. Pasal penat tu toksah lah nak cerita banyak-banyak kali. Part takde tenaga pun satu hal. Lesu pun ye. Paling seksa sembelit. Adeh... Kulit muka pun teruk jgk. Sampai rasa mcm taknak ar keluar rumah. Genyeh dengan sabun mahal pun tak jalan ni. Pastu rasa nak amik supplement balik. Serius rasa perlu sangat-sangat dengan supplement ni. Lama jugak mencari supplement yg sesuai. Errr maksudnya yang sesuai dengan org malas tapi nak sihat macam saya ni.
Sekarang ni try Ephyra pulak. Baru hari ketiga. Belum nampak apa-apa perubahan. Tapi rasa-rasa macam
Saya suke je Ephyra ni. Hehe first, sebab rasa dia best. Nak sihat pun nak sedap kat tekak jugak ke? Hahaha...matilah mcm ni nak telan jamu guane...pagi2 minum rasa tak cukup pulak satu sachet. Sebab sedap. Masam-masam oren gitu. Second, sebab takde rules pelik-pelik. Makan pagi sebelum breakfast. Atau malam sebelum tido. Saya amik sebelum breakfast. Malam
kang lupa plk. Dah tertido kejap nak bangun g bancuh Ephyra memang tak la..kata malas kan. Hahaha. Third, sebab senang nak bawak g mana-mana pun. Mr.Faris kan selalu outstesen. Sebab Ephyra ni dia dah pack elok2 satu sachet utk sekali bancuh, so kalau 3 hari outstesen saya selit je dalam poket beg dia 3 sachet. Senang. Takde tertumpah-tumpah ke apa. Dapat produk yg senang dan sedap macam ni harap2 la ada kesan kan. Takmo la pikir sedap je kesan tah kemana.
Serius. Harap sangat la boleh consistent. Nak sihat weiii...terasa sangat perubahan diri. Umur belum cecah tigaploh dah sakit belakang lah,sakit kaki lah, sakit bahu lah, semua sakit lah.
Errr...harap-harap ni supplement terakhir saya la ni...hihi..
Kalau sudi share, bagitau la korang makan apa. Ke takde analkan apa2 tapi sihat cergas? Syabas. Huhu..
Daughter - Wife - Mom
Haha suka entri ni. Nak sihat cantik mmg kena ada disiplin dik, badan nak pakai lama kalo umur panjang. Yg penting sihat sebenarnya. Akak kalo tak mkn supplement mmg lembik spjg hari. Makan jamu je pon. Pernah mkn berry gen dari tupperware. Makan sekotak je. Jenis malas nak bancuh2 ni pastu tekak tak boleh terima rasa dia. Loya je rasa..lagi2 kalo yg jenis air kena minum tu. Tak bape gemar. Kalo pil2 laju je masuk. Ni tgh try kopi gano. Mcm ada energy sikit.
ReplyDeleteHihihi...itulah pasal kak. Baru sekarang rasa nak jaga kesihatan balik. Ngeri tgk skrg mcm2 penyakit...urm...akak makan jamu apa ek kak? Tgh meng-ushar jamu jgk ni. Nak cri yg murah2 dan berkesan. Plus utk family planning jgk. Hihihi
DeleteAkak makan Jamu Maajun Anggun Bistari (MAB). Harga bawah rm20 belas2 je, ada pengesahan kkm. Ada ramai pengedar seluruh msia ni, boleh google cari info :)
DeleteShaklee mmng leceh kan..haha..dulu ps beranak amik full set gak...biler nak travelling kemain payah nak hangkut..pastu..sama ar..bnyk rules..sudahnyer..biler sekali berhenti..nak ikut rules tu blk dah malas..terus stop...ni lepas berbulan2 tak amik ape2 supp..amik balik esp shaklee dan oste ke hape nama nyer..huhu...espu tu..kalau travelling..haraaammm nak dibawak sekali..hahahaha..gini lah org tak berape nak kental jiwa raga ngan suppl tambahan ni...huhu
ReplyDeleteKannnnnn....ingatkan saya sorang je yg rasa leceh dgn shaklee ni. Ad ageng rupanya. Hehe.. Itu yg try nak tukar ke supp lain yg lebih simple ni...hurm..
ReplyDelete