Saya tak tau bila masa artificial grass ni jadi trend.
Tapi perasan la jugak,
dari last year F duk menyebut-nyebut la
nak pasang artificial grass ni kat balkoni.
Kiranya dari duduk rumah lama dulu lagi lah.
Cuma problem nye...
Rumah lama dulu balkoni dia dah jadi toilet encik bat.
Kehkehkeh..
Kenapa la banyak2 tempat balkoni tu jgk jadi tempat diorang nak u-uk.
Jadinya niat nak pasang rumput tiruan tu tertangguh2la.
Dan...dulu-dulu memang kitorang tak pernah nak survey pun
pasal rumput tiruan tuh.
Sampailah bila nak pindah rumah baru,
F cakap nanti dia nak pasang rumput tiruan tu.
Saya tu mulanya macam tak berapa setuju.
Macam eiyahhhh leceh leceh...
Best ker pijak atas rumput?
Rumput tiruan pulak tu..of course la tajam2 kan...
Pulak tu balkoni kitorang ni jenis panjang....
Buat terbang duit je....
Tapi F ni macam biasa lah dia,
Jenis manusia gigih yang kalau nak apa2 tu
Dia usaha sampai dapat.
Bajet takpe dia kata...dia kata dia ada bajet.
Hah, kalau macam tu kita ON je lah.
Memula tu survey kat Perfect Livin '16 baru2 ni kat PWTC.
Jumpa booth pertama yang jual rumput tiruan ni.
Kalau tak silap ada 2 booth je yang jual rumput ni kat pameran tu.
Sebab masa tak cukup,
so sempat singgah kedai nama Paramount Grass je.
Ikut kata chinese guy tu, rumput tiruan yang paling bagus dan selesa adalah,
NATURAL GRASS dan COMFORT GRASS.
Dua jenis ni yang paling sedap nak pijak2 lepak golek2..
Tebal rumput dua jenis ni adalah 30-45mm.
Dua2 ni sama je,
bezanya cuma natural grass tu rumput dia ada kuning2 sikit.
Macam rumput ori kalau kita tengok kat padang ke apa,
Kan ada rumput tua yang kering kaler kekuning-kuningan tu..
Macam tulah rupa dia.
Comfort grass ni pulak dia lebih lembut.
Tapi tak nampak natural sangat.
Cuma ralatnya hari tu sebab dia kata comfort grass tu habis stok.
Even panel yang sekeping utk display pun takde.
So takleh la nak pijak and 'rasa' camana comfort nye tuh...
Harga untuk dua2 jenis ni adalah RM 15/sqf.
TAPI, sempena EXPO ni, diorang bagi harga RM12/sqf.
Gituuuu kekdah meniaga ye adik2 sekelian..
Hahaha..
So diorang bagi quotation;
Harga rumput : RM12/sqf
Delivery : free
Caj pemasangan : RM4/sqf
Drainage cell : RM5/sqf
Luas balkoni 145sqf.
So duk kira2 dgn diorang total keluar dekat 3k jugak.
Termenung jap,
walaupun lepas tawar menawar diorang kata boleh kasi free installation.
Hahaha...
Ok lah takpe, kitorang pusing2 dulu...
Pusing punye pusing..jumpe pulak booth yang jual akuarium.
Sembang-sembang dengan uncle Bangladeshi yang jaga booth tu,
selit2 tanya pasal rumput artificial yang dia pasang kat booth dia.
Uncle tu kata " U pegi itu sungai buloh sana la...itu kedai Lot 53."
Ok mekasih uncle!
Esoknye jugak pagi2 lepas hantar kids to school,
kitorang dengan gigihnye shoot to sungai buloh.
First time ke sini walopon dah duduk KL&Selangor lebih 10 tahun.
Ngeeeehehehehe..
Kat Lot53 ni, lain pulak cara diorang describe jenis rumput ni.
Pakai gred kekdahnya.
Gred A,B,C bla bla bla..
Tentu2 la nak Gred A kan. Hahaha.
Tapi macam pening sikit nak paham Bangladeshi kat sini cakap.
Rupa-rupanya Bangladeshi yang jaga booth kat kedai akuarium tu kawan dia pulak.
Patutla laju je dia suruh pegi Lot 53 ni. Hahaha pandai korang.
Kat Lot 53 ni, kiranya rumput gred A tu
sama la kualiti dengan Natural grass kat booth Paramount Grass tu.
Dan memang kitorang pijak2 sentuh2 pun boleh rasa sama je.
Harga diorang display RM9/sqf.
Wahhh jauh lagi murah la compare kat Paramount Grass kan.
Mintak kurang dia bagi RM8.
Pastu saje la mintak lagi RM7. Sampai kesudah dia tak kasi.
Hahaha...
Pastu dia tunjuk satu jenis lagi...yang gred A jugak dia kata.
Tapi yang ni RM7 sekaki. Kalau mau saya bagi RM6 la...
Pastu kitorang dah kompius dah nak pilih.
Dah apa pulak bezanya yang RM8 dengan RM7 tu?
Bila tanya dia kata :
Sama saja...dua-dua Gred A, yang ini 9 ringgit, yang sana 7 ringgit.
Kalau sama, kenapa harga lain?
Sebab sini bagus, sana tada bagus.
Huwaaa nak nangis rasa.
Ok la, last u boleh bagi berapa ni? Best price.
Sini bagus punye RM8.50, sana kurang bagus punye RM6.50.
Aik, tadi kata boleh bagi RM8 dengan RM6? Sudah naik harga ka?
Takde2 taboley la bos itu 6 ringgit...
Pastu kitorang gelak besar. Dia pun gelak sama.
SA kat Lot 53 ni bagus. Takde emo ke apa.
Cuma language barrier tu buat kitorang risau nak membeli kat situ.
Seriously lagi banyak tanya lagi banyak pening.
Kang lain kita nak lain yang dapat.
So cakap kat dia, takpelah kitorang pusing2 kedai lain dulu.
Dia pun ok je. Takdehal punye.
Tapi harga drainage cell kat sini murah je, RM3/sqf.
Penghantaran RM100 la tapi... T______T
Pemasangan tak payah dia kata.
pasang benda ni kalo atas flat surface senang je. Boleh pasang sendiri.
Move to next kedai, LOT 54.
Kat sini terus takde mood nak membeli.
Kebetulan SA yang attend kitorang tu lain macam sangat perangainya.
Moody semacam.
Tak paham sangat jugak slanga dia.
Philipino lady. Tapi cakap melayu dia lagi ok la compare to SA kat Lot 53 tadi.
Tak paham tu takpe lagi.
Part moody tu terus takde mood nak membeli.
Tanya pun mencuke je....
Takpela makcik, bukan rezeki saya dan bukan jugak rezeki makcik...hehe
So gerak ke kedai lagi satu....
Kedai ni bagus.
Tapi sebab gambar belum transfer ke laptop lagi,
makanya tunggulah update lainkali..
kehkehkeh...
Tungggguuuuuu....
Salam kenal...mumme pernah jg survey kt sg buloh ni tp x ingat no kedai.lebih kurang gitu.beli kt Ace Hardware dkt Ikea Damansara.rumputnya x tebal,tp jual ikut kaki.3 kaki/3 jubin kecik x 1 meter.120rm Kalau x silap.( Tak tau cmn nk describe saiz tu)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice story!
ReplyDeleteSaya beli pokok2 di lot 54. Baru je beli this week.. dah 2 kali ke situ.
Harga pun ok.. tp kena deal dgn bangla molek2... make them feel good haaaa lps tu harga sgt2 ok...
Sy pun berhajat nak pasang rumput tiruan juga.. sdg survey2 ni...
So.. bila nak sambung cerita puan tu??
Lps lot 54.. puan ke lot nombor berapa pulokkkk??? Harga ok ke?? HeHeHe...
Nice story!
ReplyDeleteSaya beli pokok2 di lot 54. Baru je beli this week.. dah 2 kali ke situ.
Harga pun ok.. tp kena deal dgn bangla molek2... make them feel good haaaa lps tu harga sgt2 ok...
Sy pun berhajat nak pasang rumput tiruan juga.. sdg survey2 ni...
So.. bila nak sambung cerita puan tu??
Lps lot 54.. puan ke lot nombor berapa pulokkkk??? Harga ok ke?? HeHeHe...
lepas baca post encik saya memang rasa nak komen..lain kali kalau nak karpet rumput tiruan ni tak payah la susah susah...call je company kami 01110880204
Delete(www.alaqsacarpets.com)..kami jamin bagi perkhimatan yang bagus serta harga paling murah..boleh email/whatsapp/cuma hantar borang get quote dari website kami ...kami janji call balik dan bagikan nasihat yang terbaik bagi keperluan anda...harga pun bermula dari rm3/sqft sahaja..kalau nak info lagi boleh lawat website kami kat http://www.alaqsacarpets.com/grass-carpet/ ... harga saiz ..ketebelan semua ada mention kat sana...
hai..korg ade nak carik idea utk lanscape tanaman di luar?sy bole advice ..nak letak artificial rumput ke...nak deco bunga ke ..apa2 la landscape..sy supply pokok juge..ples free to wsp me 011-16930576....hrga murah murah aje sempena mco ni..jom wsp k ..nice blogg sgt..cntik blog..
ReplyDelete