Sunday, April 17, 2016

Kids Activity - Cooking Time!!!

Anak pompuan, kalau di ajak memasak lajuuu je.
Abis, tetiap hari pun tu yang diorang nampak mama buat.
Ni antara aktiviti minggu ni.
Biasala balik sekolah tengahari, tukar baju makan semua,
Mama rehat jap.
Baring2 sambil dengar celoteh budak berdua tu.
Berebut2 nak bercerita tentang hal masing2.
Cerita hal kawan lah, hal teacher lah.
Siap cakap ada kawan ajak g tidur rumah dia..
Amboiiii baru umur 4 tahun lebih ni,
Dah pandai nak lepak umah kawan ye....
Kelakar la tapi.

Iman pun sekarang dah pandai dah..
Iman ni kalau dia cerita apa2,
cakap dia tersangkut-sangkut sikit.
Kadang tu nak menunggu dia habis cerita tu lama,
Imtinan dah tak sabar tunggu, terus masukkan cerita dia.
Pastu Iman dia terus stop, dia tenung kakak lama2 (dengan muka serius),
pastu dia cakap...
"Kakak. Tolong ikut turn please."
Garang oooo...macam mama dia. Hahaha..

Lepas baring2 lepak2 tu, masuk la playroom diorang, saya join main sama2.
Pastu dah petang sikit pukul 6 masuk dapur.
Ajak diorang sekali. Tolong apa2 yang patut.
Ni pun kira part of activities jugak.
Ok apa, takyah lah 24hours nak structured play manjang. Kang bosan pulak.

Menu hari sebelum tu nak masak nasik goreng untuk dinner.
Mintak diorang tolong potong kacang panjang.
Bagi mangkuk sorang satu, papan potong dengan pisau plastik ikea tu.





Hasil kakak T___________________T

Hasil Iman  T___________T

Saya perasan jugak Iman ni buat kerja macam teliti tapi nak cepat.
Dia agak kurang sabar kalau benda tu dia rasa susah.
Dia akan cepat jumpa solution / short cut way.
Ataupun kalau dia tak jumpa solution dia stop jelah buat.
Dia macam takde guilty feeling ke apa sebab tak siapkan task dia.
Bahaya jugak nih. Hahaha..
Macam kacang tu, Iman guna pisau jap je.
Dia rasa susah (sebab pisau budak2 ikea tu taula kan 'tajam' dia cemana je..haha)
So dia letak pisau tepi, dia patah2 kan je.
Macam ni pun boleh kan mama?
Owh.......boleeehhhh sangat... Iman yang kelakar.




Yang ini pulak masak the next day.
Nak buat sayur bening bayam dengan ikan bakar kunyit.

Menggaram kunyitkan ikan. Oit kakak..apesal muka mencuka je tu...aiyoooo

Letak garam kunyit kat ikan tapi mulut cakap "sabun fish...sabun fish...gosok2, sabun armpit dia.."

Siang bayam

Macam biasa Iman, mesti dia nak cepat. Dengan batang2 sekali dia masukkan dlm bekas. Last2 kakak pilih balik yang Iman buat, dia ceraikan daun tu dari batang satu2.

Dan...malam tu dua2 nye makan dengan selera.
Terkejut jugak, kakak makan bayam tu sampai habis.
Padehal dia jenis yang taknak makan sayur.
Kakak ooo kakak....mentang dia yang siang, laju je makan.

Nanti esok-esok kita buat lagi ye anak2...

No comments:

Post a Comment